Semenanjung Malaysia sedang banjir teruk, ini pula yang terjadi di Sarawak

F1

Hanya sehari memasuki tahun 2021, kita disajikan dengan berita buruk dari kedua-dua belah Malaysia. Kedua-duanya melibatkan air jugak, banjir besar sekarang ni tengah melanda di Pahang, Johor dan beberapa negeri Pantai Timur. Banjir ni dah saban tahun berlaku, dan kami harap mangsa yang terlibat agar selamat dan dipermudahkan segala urusan.

728 X 90

Di Sarawak pulak, sebuah tragedi buruk turut berlaku di tepi sungai. Tragedi Triso mengorbankan 9 orang penumpang, termasuklah seorang bayi berusia empat bulan. Ni merupakan tragedi paling malang yang berlaku sepanjang sejarah perkhidmatan feri di Sarawak.

Feri Triso Kemalangan
Via Bernama

Kenderaan hilang kawalan lepas cuba berundur dari feri, ibu mangsa hanya mampu berharap keajaiban berlaku

Kejadian ni berlaku sangat pantas, dan harus dipuji terlebih dahulu bagaimana orang ramai cuba selamatkan kenderaan mangsa. Walaupun begitu, Tuhan lebih sayangkan mereka. Media melaporkan kejadian tersebut berlaku akibat kenderaan pacuan empat roda (4WD) tu hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam sungai. Sebelum tu, kenderaan tersebut dikatakan cuba berundur lepas kapasiti feri yang cuba dinaiki pemandu tu dah penuh.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut pulak cuba sedaya upaya selamatkan kenderaan yang terbabas dan terjunam ke sungai dari dibawa lebih jauh oleh arus Sungai Batang Lupar yang agak deras pada masa tu. Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan (DSP) Bingkok John kata orang ramai sempat mengikat kenderaan berkenaan dengan rantai besi dan menariknya bagi menghalang 4WD tersebut tenggelam sebelum bertindak mengeluarkan kesemua mangsa.

Feri Triso Mangsa
Via ISMAweb

Mangsa yang terkorban ialah pemandu 4WD Ford Ranger tu, Ronany Ting, 33 serta lapan penumpangnya iaitu Siti Aisha Abdullah, 36; Nor Shuhada Mohamad, 16; Alvin Phang, 12; Khairunnisa Muhamad, 14; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7; Wallace Phang, 7; Mohd Hamdan, 5, dan Muhd Mustaqim Mohd Ahmad Mohd Hamdan, 4 bulan.

Munah Agon, 58 melihat sendiri kejadian tersebut depan matanya. Jelasnya penuh sedih dan hiba, masa tu dia sangat berharap mereka selamat. Kalau tak semua pun, cukuplah sorang. Namun harapannya punah apabila disahkan takde sorang berjaya diselamatkan meskipun ada antara orang ramai yang berjaya keluarkan mangsa tak berlengah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.

“Kami menaiki dua kenderaan dari Kapit dan beberapa saat sebelum kejadian itu, saya keluar dari kereta yang saya naiki kerana hendak membuang air kecil. Ketika itu saya melihat kereta yang dipandu anak saya tiba-tiba meluncur laju menghala ke arah feri. Tidak lama selepas itu, saya tergamam seketika apabila melihat kereta yang dipandu anak saya itu jatuh ke dalam sungai. Saya amat terkejut kerana kejadian itu berlaku di depan mata saya. Mujur cucu saya, (Fatihah Najwa Mohamad Hamzah, 10) keluar dan masuk ke dalam kereta yang saya naiki. Kalau tidak, sepuluh ahli keluarga saya yang menjadi mangsa,”-Munah Agon, ibu dan nenek kepada mangsa, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Harian Metro Munah Agon
Munah Agon, masih sebak.. -Via Harian Metro

Munah Agon turut kehilangan suaminya baru-baru ni, jadi tentunya ni merupakan kejadian yang amat berat untuknya. Suami kepada Siti Aisha Abdullah, Mohammad Hamzah Razali hanya mampu reda akan pemergian isteri bersama lima orang anaknya tu. Kini tinggal 2 orang lagi anaknya, iaitu Fatihah Najwa (10) dan Mohd. Imran (13). Menurut suaminya lagi, dua buah kereta tersebut hari tu dalam perjalanan nak hantar sorang anak mereka ke sekolah pengajian tahfiz di Kuching. Dalam kesempatan ni, kami nak ucapkan takziah atas pemergian ahli keluarga Munah dan Mohammad Hamzah Razali.

Kerajaan negeri Sarawak tinjau lokasi digesa pasang penghadang, dakwa kejadian tu adalah kecuaian sendiri

Memang sudah ‘budaya’ kita agaknya; benda dah jadi barulah nak buat sesuatu tentangnya. Lebih kuranglah dengan kisah KJ yang jatuh dari basikal terlanggar lubang baru-baru ni, terus dibaiki jalan tu dan dipinta maaf lagi oleh JKR. Warga emas jatuh akibat terlanggar basikal dan maut, takde bunyi pun. Sebelum tragedi Triso ni, sememangnya pangkalan tersebut tak dilengkapi dengan ciri keselamatan.

https://www.youtube.com/watch?v=fPim68vSgFw

Maka berikutan tragedi tu, Timbalan Ketua Menteri II Sarawak James Jemut meninjau lokasi tersebut dan duduk semeja mendapatkan maklumat dari operator feri, wakil JKR dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). Menurutnya, kejadian tu bukanlah berpunca kerana kesilapan operator feri sebaliknya ia disebabkan kecuaian kendiri. Oleh demikian, JKR diarahkan untuk pasang penghadang dengan serta merta.

“Dengan palang penghadang yang kukuh, tiada kenderaan yang boleh jatuh (ketika menaiki atau turun dari feri). Ini akan dilaksanakan dengan segera. Perlu faham, bahawa dalam kejadian semalam kenderaan itu jatuh dari kawasan tempat feri berlabuh, bukannya jatuh dari feri (sebagaimana yang disangka ramai),”- Seperti yang dilaporkan Harian Metro

Sambungnya lagi, SOP feri tersebut kena dipatuhi. Antaranya ialah semua penumpang dikehendaki turun daripada kenderaan, sebelum kenderaan dipandu melalui laluan disediakan untuk masuk ke dalam feri, dan hanya masuk kembali masuk ke dalam kenderaan itu apabila kenderaan telah dipandu keluar dari feri berkenaan. Dia turut jelaskan sebenarnya dah ada perancangan nak buat projek jambatan khususnya di Batang Lupar demi gantikan perkhidmatan feri Triso namun dijangka akan siap menjelang 2025 atau 2026.

Dalam gambaran keseluruhannya, tragedi seperti ni boleh je dielakkan dengan pemasangan ciri-ciri keselamatan seperti penghadang dan banyak lagi. Juragan feri tersebut, Kurmi Denan mengaku masih trauma dan terkejut bila mengenang peristiwa tersebut. Masa tu dia rasa hairan kenapa kereta tu tiba-tiba bergerak turun ke platform tu menuju ke sungai sedangkan feri dah jalan. Dakwanya lagi, tak benar apa yang dilaporkan media bahawa kapasiti feri tu dah penuh dan mangsa diarahkan undurkan kereta.

Terjemahan: “Cerita dalam Facebok yang mengatakan feri penuh dan staff mengarahkan Hilux berpatah balik ke atas adalah tidak benar. Saya sebagai saksi ketika menuju ke arah site, Hilux tersebut kelihatan seakan terjatuh (tergelincir). Saya membunyikan hon feri dan semua penumpang dapat melihat bagaimana keadaan semasa kejadian. Pada pendapat saya, kalau feri yang satu lagi belum keluar, bagaimana feri saya hendak masuk? Apabila saya ingin memasuki site, sebuah lagi feri (nombor) 26 memang dah keluar daripada kawasan parking untuk mengeluarkan penumpang. Mereka (semua) sudah keluar, (jadi) saya hendak masuk site. Semasa masuk site, mula-mula saya melihat kosong di kawasan atas memang tiada kereta.
Feri Triso Saksi Juragan
Via Sarawak Update
Apabila saya dah masuki site itu, (tiba-tiba) ada kereta Hilux. Dia laju, lepas tu dia slow di depan memang dia dah berhenti saya tengok macam dah berhenti lah. Tapi dia dah lebih dari kawasan padang, palang pagar tu. Jadi apabila saya fokus nak masuk dalam site tu, fokus nak masuk saya angkat kepala lagi, saya hairan tengok Hilux tu pandai turun sendiri. Slow-slow dia turun sebab tu saya menjerit (ada seorang kru saya duduk dengan saya tadi) sebab tu saya menjerit apahal Hilux tu tiba-tiba turun? Dah tahu feri tak ada, tiada feri saya cakap. Apabila saya cakap macam tu, dia (kru tadi) terus keluar menjerit kepada staff di bawah. Hilux tu turun-turun-turun-turun, makin laju, makin laju, terus masuk air.”- seperti yang dipetik dari terjemahan seorang warganet di saluran Youtube Astro Awani dalam video juragan sebagai saksi utama kejadian

Kami harap tragedi ni membuka mata ramai termasuklah pihak penguatkuasa agar lebih prihatin terhadap risiko-risiko kemalangan yang mungkin boleh berlaku. Peristiwa ni jugak wajib dijadikan pengajaran kepada perkhidmatan feri dan para pengguna feri, mungkin dengan pelaksanaan SOP yang lebih baik ataupun tambah pegawai yang boleh pantau pergerakan di pangkalan tu dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *