Sempena memperingati wabak COVID-19, ini nama unik yang diberikan kepada kembar

F1

Sempena memperingati wabak pandemik yang melanda seluruh dunia termasuklah negara kita sendiri, sepasang suami isteri di India menyambut kelahiran sepasang anak kembar berlainan jantina mereka dengan nama yang agak ‘bersejarah’ jugak.

Via Giphy

Nama Covid dan Corona adalah untuk tujuan baik, kata ibunya…

Menurut laporan New Straits Time, kembar tersebut dilahirkan ketika India pun tengah dalam situasi lockdown selama 21 hari di Hospital Memorial Dr. Bhimrao Ambedkar , Raipur. Memetik berita dari The New Indian Express;

“Sekumpulan doktor dan staf perubatan jalankan pembedahan caesaraen ke atas ibunya lepas dia mengadu sakit dan (dilihat) terdapatnya komplikasi. Ibu dan kembar bayinya selamat dan berada dalam keadaan baik. Berat bayi tersebut adalah 2.9 kg dan 2.7 kg”- Kenyataan dari wakil perubatan dari Hospital Memorial Dr. Bhimrao Ambedkar.

Hospital Bhimrao
Via Twitter

Pasangan suami isteri tersebut, Pretti dan Vinay Verma berkongsi pengalaman mereka yang terpaksa menghadapi banyak sekatan jalan raya sebelum berjaya sampai ke hospital tersebut ketika Pretti hampir bersalin di atas motorsikal milik suaminya pada waktu tengah malam.

Pasal pemilihan nama tu pula, Pretti kata;

“Kami menamakan mereka (kembar berlainan jantina) sebagai Covid (untuk lelaki) dan Corona (untuk perempuan). Kami terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran dan rintangan namun tetap berjaya melahirkan mereka, jadi saya dan suami saya ingin jadikan hari ini lebih bermakna untuk dikenang.

Sudah tentu, virus adalah suatu yang berbahaya dan mengancam nyawa, tapi ia buatkan ramai fokus pada sanitasi, kebersihan dan suburkan banyak tabiat yang baik. Jadi kami terfikir mengenai nama ni. Bila para staf hospital pun mula panggil bayi tersebut Corona dan Covid, kami akhirnya ambil keputusan untuk menamakan mereka sempena pandemik ni.- Pretti, seperti yang dipetik oleh New Straits Times pada 5 April 2020

Pretti Corona Covid
Pretti, bersama anak sulungnya dan cahaya anak kembarnya, Corona dan Covid.. -Via NST

Namun begitu, ibu bapa masih ada kuasa untuk tukar nama bayi mereka jika mereka berubah fikiran. Cuma buat masa ni, bayi kembar mereka bernama Corona dan Covid ler…Kalau tengok pun, macam cantik jugak nama Corona dan Covid ni sebenarnya.

Masa wabak COVID-19 hanya dikenali sebagai koronavirus Wuhan dulu, jenama minuman beralkohol Corona mengalami lonjakan jualan yang agak tinggi jugak. Jadi secara tak langsung, nama ni cukup penting khususnya bila untuk perniagaan.

Sampai jadi iklan untuk publisiti.. -Via Giphy

Cuma yang tak baiknya adalah pandemik COVID ni pun banyak mengorbankan nyawa, jadi kami takdelah nak sarankan korang guna nama Corona ke COVID ke semata-mata nak lariskan perniagaan pulak. Nampak tak manis untuk bisnes, lagi-lagi untuk pelanggan yang dah kehilangan ahli keluarga kerana COVID-19 ni.

Jangkakan lebih banyak kelahiran pada 2021 di Malaysia, doktor pesan rancang sebaiknya pada waktu PKP ni

Cakap pasal bersalin dan anak ni, kami tak nafikan bahawa waktu PKP ni boleh jadi suatu masa yang sesuai untuk korang eratkan semula pertalian keluarga korang lepas sekolah dah tutup, pejabat pun tutup dan korang sekeluarga perlu duduk rumah je.

Pdrm Sekatan Jalan Raya
Via Perak Today

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Dr Hamizah Mohd Hassan kata PKP ni boleh menyumbang pada titik peningkatan kadar kelahiran bayi pada tahun depan sebab kebanyakan pasangan yang dah kahwin dapat luangkan masa bersama-sama dengan lebih lama.

“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,”- Dr. Hamizah Mohd Hassan, seperti yang dipetik dari Berita Harian pada 3 April 2020

Via Giphy

Walaupun bak kata orang tua, “anak ni rezeki”; tapi kita jugak kena realistik dengan kemampuan kita terutamanya lepas COVID-19 ni. Jika masih kurang berkemampuan secara fizikal, emosi dan kewangan maka sebaiknya korang boleh rancang keluarga terlebih dahulu. Namun begitu, korang pun kena bersedia kalau ada kehamilan luar jangka.

Malaysia menuju ke negara tua, adakah PKP ‘penyelesaian’ yang kita cari selama ni?

Ledakan kelahiran ni bukanlah suatu yang tak baik untuk negara. Sebaliknya, negara kita boleh dikatakan dah menuju ke negara tua menjelang 2030.

Ikut dapatan kajian Ahmad Shukri Abdul Hamid dan Norliza Mokhtar pada 2018 dengan merujuk pada kes Jepun, Jepun mengalami keadaan di mana bilangan kelahiran adalah di bawah tahap yang diperlukan berbanding jumlah peningkatan warga emas dan kelestarian generasi.

Graf Penurunan Populasi Jepun
Graf Penurunan populasi Jepun, menurut kajian tersebut.

Malaysia sebagai negara membangun pun tak terkecuali dari masalah ni, apabila banyak badan pemikir dan insitusi kajian kerajaan mendapati kita akan berhadapan dengan status ‘negara tua’ hanya dalam tempoh sedekad lagi.

Sejak data populasi yang direkodkan dari 1955 sehingga 2017, wujud trend jelas yang menunjukkan median umur rakyat Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ertinya, populasi tua kita semakin ramai. Oleh demikian, Jabatan Statistik Malaysia pada 2016 pula berpandangan Malaysia dijangka jadi negara tua pada 2035. Ni adalah jangkaan pada 2016.

https://www.youtube.com/watch?v=j4u2FUyPhcE

Pada 2018 pula, Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Tengku Aizan Hamid kata kita perlu bersedia untuk menghadapi negara tua pada 2030. Kalau nak bandingkan, jangkaan negara nak capai status tua tu semakin dekat dah.

Manakala pada 2019, sebuah firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) mendapati Malaysia berada di kedudukan keempat selepas Brazil, China dan Russia yang masing-masing menduduki tempat pertama hingga ketiga.

Usia Tua Malaysia
Via Odisi

Jika dilihat, ada kemungkinan bahawa ledakan kelahiran pasca-PKP merupakan suatu solusi ‘sementara’ yang boleh membantu kita memperlambatkan proses penuaan negara. Tetapi secara realistiknya, kita tak boleh suka hati nak paksa rakyat nak tambah kelahiran atau nak suruh orang bujang kahwin cepat pulak kan…

Maka, kebanyakan fokus kita adalah menjadikan warga emas lebih produktif dan berikan mereka sokongan yang lebih baik. Kempen, bantuan kewangan dan kesihatan juga turut diberikan kepada warga emas. Kalau nak tengok pun, kebanyakan tarikan pelancong kat Malaysia ni pun ada harga istimewa untuk warga emas jugak.

Poster Warga Emas
Via Facebook

Malaysia pun dah jadi ‘negara bujang’, ada sebab kenapa ramai kahwin lewat…

Kita ni pun sekarang dilanda fenomena ‘negara bujang’, dimana orang dah makin lambat kahwin atas sebab-sebab tersendiri. Menurut sebuah analisis dari Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (KPKM-5), setiap jantina ada ‘kerisauan’ masing-masing.

Hasil kajian tersebut mendapati tiga sebab utama lelaki masih belum berkahwin ialah pertama disebabkan oleh masalah kewangan yang merekodkan sebanyak 56 peratus, diikuti tiada calon sesuai (18.4 peratus) dan mendahulukan kemajuan kerjaya (9.4 peratus).

Ada pulak yang dah macam terima hakikat bakal bujang selamanya.. Via Giphy

Untuk wanita pula, isunya tiada calon yang sesuai iaitu sebanyak 35.7 peratus diikuti masalah kewangan (26.0 peratus) dan kemajuan kerjaya (18.1 peratus).

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdulah kata;

“Masalah kewangan ternyata merupakan salah satu sebab utama mengapa lelaki dan perempuan masih membujang. KPKM-5 mendapati secara keseluruhannya, anggaran purata perbelanjaan perkahwinan yang mampu disediakan penduduk bujang hanyalah sekitar RM14,000, lebih rendah berbanding RM20,000 yang diperlukan sebagai perbelanjaan minimum bagi melangsungkan perkahwinan,”- Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 1 Mac 2020

Kahwin Nikah Malaysia
Via Hello Kerja

Bila ramai kahwin lewat, secara tak langsung jugak kadar kesuburan akan menurun. Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, seorang pakar sosiologi pula kata;

“Paling menakutkan isu ini menjadi punca kadar kesuburan penduduk Malaysia turun ke paras paling rendah dalam sejarah iaitu 1.8 bayi berbanding 4.9 bayi pada tahun 1971”

Perangkaan Kelahiran
Via Jabatan Perangkaan Malaysia

Kesimpulannya, kita boleh tengok sendiri perkembangan negara ni mempunyai rantaian daripada bermacam fenomena lain. Bila kita membaiki satu masalah lain, kita boleh bantu menangani rantaian lain yang melingkari masalah yang lebih besar seperti penuaan negara tadi. Kebajikan warga emas pun sama penting dengan kebajikan anak muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *