Tahukah anda ada kepercayaan di Thailand untuk menjadikan tatu tak reput

f1

Kat dunia ni, kita kena akui ada jugak sesetengah benda yang kita tak faham khususnya berkaitan dengan benda-benda halus. Kat Nusantara sendiri, fahaman ilmu hitam dan jampi mantera ni dah lama dan ada yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Di sisi agama, ilmu macam ni tak boleh diamalkan, apatah lagi bila ia digunakan untuk tujuan buruk.

Biasanya, kita lihat orang yang amalkan ilmu hitam dan jampi mantera ni akan menemui pengakhiran yang kurang baik – sekurangnya kalau dalam rancangan televisyen je lah. Namun perkara ni tak menghentikan amalan ilmu jampi sehinggakan ada orang kena tahan akibat amalkan benda tu. Kat Thailand pulak, diorang jumpa sebuah kubur yang pelik. Lebih mengejutkan, tubuh si mati tak reput dan para penyelidik percaya jampi adalah penyebabnya.

tatu yantra thailand
Tatu Yantra yang ditemui…-Via Mirror

Kulit masih lagi nampak ‘hidup’, jampi kebal yang akhirnya memakan diri

Pada 2016, pihak berkuasa kat Mukdahan, Thailand terjumpa kubur lama semasa diorang nak bersihkan kawasan tersebut. Mukdahan ni berdekatan je dengan Laos. Terkejut dengan penemuan diorang, pihak berkuasa kemudiannya arahkan para penyelidik untuk turun ke kawasan tersebut untuk tengok sendiri apa yang ada kat kubur lama tu. Bila diorang korek semula, diorang terjumpa sekujur jasad yang tak reput teruk dan kulitnya dipenuhi tatu.

Bila diperiksa, kulit tubuh si mati tu memang penuh dengan tatu tradisional yang dicacah dengan bambu. Tatu tersebut turut dipercayai dicacah sebagai sebahagian daripada jampi ilmu hitam lama untuk buatkan kulit (atau jasad yang dicacah) tu kebal daripada sebarang senjata. Selain tu, diorang kata tatu tu jugak menggunakan tulisan Sanskrit dan ada lakaran harimau di sana bagi memastikan jasad si mati tu tetap bersatu dan mengelakkan reput.

tatu yantra jasad si mati mukdahan
Penemuan jasad si mati yang dikatakan cacahan tatu yang dijampi.. -Via Mirror

Namun akhirnya, jampi kebal tu memakan diri. Mengikut organisasi arkeologi Thai Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR), jampi kebal tu jugaklah yang mengelakkan si mati tersebut dapatkan rawatan termasuklah pembedahan untuk penyakit apendiksnya. Oleh sebab tu, si mati tu terpaksalah tahan sakit yang amat dan berpanjangan penyakitnya tu sehinggalah dia meninggal dunia.

“Pihak berkuasa telah membersihkan kubur bersama masyarakat tempatan dan sukarelawan dan mereka menemui kulit milik seorang tua yang mati kerana penyakit apendiks. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat melalui pembedahan kerana kulitnya terlalu keras untuk dipotong dan dia akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang perit daripada penyakitnya. Kulit tersebut ada banyak tatu dan ia tidak reput. Jampi untuk melindunginya dan buatkan dia kebal telah menghalang berlakunya pembedahan lalu selepas dia mati, telah menghalang kulitnya daripada reput”- seperti yang dilaporkan Mirror UK

kulit tatu mukyadan cacah
Dipercayai tatu ni sebahagian daripada ritual ilmu hitam.. -Via Mirror

Sebab saintifik kenapa kulit tu tak reput masih lagi tak diketahui, tetapi penemuan tersebut menarik perhatian ramai khususnya segelintir orang Thai yang percaya dengan kewujudan ilmu hitam ni. Bukan tu je, kat Thailand ni pun banyak jugak kes kecurian mayat. Diorang curi mayat pun sebab nak buat ritual ilmu hitam. Macam apa yang berlaku pada 2015 di sana, berderet-deret kes kecurian mayat dan pihak polis percaya pelakunya adalah kumpulan yang sama juga.

Tatu tersebut mungkin tatu Yantra, azimat orang Thailand untuk kulit

Menurut laman Ancient Origins, diorang percaya bahawa tatu yang ditemui tercacah dalam kulit si mati di kubur lama tu adalah tatu Yantra. Tatu Yantra amat popular di Thailand sejak zaman dulu lagi. Seperti peradaban Asia Tenggara yang lain, tatu yang ada lakaran imej haiwan untuk nasib baik dan perlindungan ni ada je dan seringkali ditemui dalam kalangan puak Tai. Lama-kelamaan, tradisi tatu ni berkembang luas sehingga ke kawasan lain seperti Cambodia, Laos dan Thailand.

yantra thai tatu
Rekaan tatu Yantra.. -Via Ancient Origin

Walaupun ia bermula daripada animisme puak peribumi, perlahan-lahan ia terikat dengan konsep Hindu-Buddha iaitu Yantra, dengan corak geometrik digunakan semasa meditasi. Tatu macam ni difikirkan mempunyai kuasa ajaib dan magis jugak. Bila dia berkembang lama, kita boleh lihat tiga jenis tatu Yantra untuk keperluan individu:

  • Corak tatu yang memudahkan penggunanya lebih petah berbicara
  • Corak tatu yang melindungi dan menjauhkan penggunanya daripada kejahatan dan kesusahan
  • Corak tatu yang memberi keuntungan kepada penggunanya dan orang sekelilingnya.

Umumnya, dipercayai jugak bahawa tatu Yantra ni hanya berkuasa  apabila penggunanya ikut syarat-syarat dan peraturan tertentu, seperti elak makan sesetengah jenis makanan. Tatu Yantra ni, atau turut dipopularkan dalam kalangan para pelancong luar sebagai Sak Yan, sekarang boleh didapati secara komersial. Sami Buddha biasanya cacah Sak Yant ke dalam tatu para pahlawan yang nakkan perlindungan dan kekuatan dalam peperangan.

tatu thai pelancong sami buddha
Sami yang jadi buruan untuk sesiapa yang minat nak cacah tatu Yantra… -Via Expert Vagabond

Kalau untuk orang Asia Tenggara, sebilangan besar kita percaya dengan kewujudan ilmu hitam ni. Bagi orang putih pulak, sekurangnya mengikut pemerhatian kami dalam sebuah laman perkongsian peribadi Expert Vagabond, diorang lihat tatu ni sebagai ‘buah tangan’ dan ‘kenangan’ je. Setelah diceritakan tentang keistimewaan tatu tu pun, orang putih tak peduli sangat sebagaimana kita peduli tentang jampi dan elemen ilmu hitam yang terdapat dalam cacahan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *