Tun Mahathir hantar usul tak percaya, adakah kerajaan akan bergolak sekali lagi?!

F1

Ketika kita sedang menghadapi krisis Covid-19, masih ramai yang tak tahu – keadaan politik kita nampaknya akan bergolak sekali lagi. Angin yang bertiup kencang ini bukan sahaja mampu meniup virus Covid-19, tapi berkemungkinan menumbangkan kerajaan. Kami selalu tegaskan pendirian Parlimen perlu bersidang untuk memastikan belanjawan baru dapat diluluskan untuk menghadapi Covid-19.

Angin yang bertiup boleh membawa kita terbang. Via Giphy

Nampaknya, persidangan Parlimen akan datang akan menjadi tegang dengan beberapa perkembangsan semasa. Kita mulakan dengan…

Dalam perkembangan terbaru, Pakatan Harapan pilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang

Pakatan Harapan (PH) dah pilih Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai ketua pembangkang yang baru. Anwar kata, persetujuan tu dah dimaklumkan PH kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, baru-baru ni.

“Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail dah maklumkan kepada speaker keputusan majlis presiden dan sudah dimaklumkan kepada semua parti yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan. Anwar sekali lagi dilantik menjadi ketua pembangkang,” – Anwar, melalui siaran langsungnya di Facebook

Pada 25 April lepas, Malaysiakini ada laporkan PH belum buat keputusan muktamad mengenai calon ketua mereka. Nampaknya persoalan ni dah terjawab, Anwar akan memimpin PH di Parlimen. Ia mesti sesuatu yang menarik untuk melihat Anwar jadi ketua pembangkang; ketika dia sebelum ini pernah diletakkan sebagai calon perdana menteri.

Kondisi Pasar Induk Tawau
Keadaan Parlimen selepas ni akan lebih menarik, dengan kehadiran Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Via AWANI

Persoalan yang akan bermain di minda pengikut politik tanah air adalah – apa fungsi Tun Mahathir dalam PH + Bersatu (pengikut Mahathir) dalam blok pembangkang? Adakah kali ini dia akan benar-benar memberi ruang kepada Anwar untuk memimpin sesuatu? Sama-sama kita saksikan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah hantar usul tak percaya kepada Speaker Parlimen

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal dah hantar usul untuk mulakan undi percaya terhadap Dr Mahathir di Parlimen. Langkah tu untuk buktikan Mahathir masih ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, yang merupakan syarat untuk seseorang jadi perdana menteri. Ketika dihubungi Malaysiakini, pejabat Speaker Dewan Rakyat Mohamed Ariff Yusof sahkan terima notis usul tu yang bertarikh 1 Mei.

Shafie kata, dia tak berniat nak bercanggah dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk lantik perdana menteri, tapi sebaliknya langkah tu bertujuan untuk maklumkan baginda mengenai siapa yang ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Selanjutnya, dengan niat tidak bertentangan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa melantik seorang perdana menteri oleh Yang Di-Pertuan Agong, usul ini dizahirkan melalui Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Parlimen Malaysia) ini sebagai penzahiran akan perkara ini kepada seluruh rakyat jelata dan juga sebagai sembah maklum kepada Yang Di-Pertuan Agong/Istana Negara,” – Shafie, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Kondisi Pasar Induk Tawau
Via Free Malaysian Today

Semalam kita dapat tahu Dewan Rakyat tolak usul ni. Berdasarkan satu surat yang tular, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof tolak usul tu kerana penjelasan yang dinyatakan dalam usul tak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan jawatan Perdana Menteri.

Kondisi Pasar Induk Tawau
Via Facebook

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul Yang Berhormat ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” – Merujuk surat balas Pejabat Speaker, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro

Berbeza dengan Shafie Apdal, Mahathir hantar usul tak percaya pulak kepada Speaker Dewan Rakyat

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad pulak dah hantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Ia berbeza dengan usul percaya yang dikemukan Shafie, kali ni Tun Mahathir nak usulkan yang Muhyiddin dah hilang majoriti untuk jadi PM.

Kondisi Pasar Induk Tawau
Via MalaysiaKini

“Surat kepada speaker telah dihantar. Usul berkenaan telah difailkan oleh (anggota parlimen) Langkawi,” – Menurut sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysiakini.

Menurut sumber yang dihubungi MalaysiaKini, ia berbeza dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) Eddin Syazlee Shith yang kata Dewan Rakyat setakat ni tak terima sebarang usul tu.

“Ini timbalan menteri bercakap dalam perkara yang dia tidak tahu. Dia komen perkara yang dalam ruang lingkup kuasa speaker. Sepatutnya speaker yang beri ulasan jika perkara menyentuh usul sebab suatu usul itu perlu diserahkan kepada speaker,” – Dipetik dari MalaysiaKini

Kalau ikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, anggota Parlimen dibenarkan untuk failkan notis usul dalam tempoh 14 hari sebelum sidang diadakan dan kemudian akan dimasukkan dalam aturan mesyuarat pada hari persidangan. Jika tempoh masa 14 hari itu tak dipenuhi, anggota parlimen masih boleh failkan usul tergempar dalam soal membabitkan kepentingan awam, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sidang.

Kondisi Pasar Induk Tawau
Speaker Dewan Rakyat. Via Free Malaysian Today

Sidang parlimen akan datang hanya akan diadakan sehari, pada 18 Mei untuk bahaskan rang undang-undang kerajaan. Cuma, pembangkang dah gesa sidang tu diadakan selama dua minggu memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dah dilonggarkan.

Sebenarnya memang penting untuk Muhyiddin ni buktikan dia dapat sokongan majoriti. Benda ni basic – hanya orang ada kepercayaan majoriti (112 ahli Parlimen) boleh jadi PM. Masa persidanganlah ni kita akan tengok siapa yang akan dapat sokongan majoriti sebab masa ni takde siapa yang boleh main dua kolam.

Apa yang paling penting kita mahukan kerajaan yang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen

Kami rasa sudah masanya kita laksanakan usul undi percaya atau tak percaya ni, supaya kita boleh bergerak ke hadapan. Selagi Dewan Rakyat tak bersidang dan membuat undi untuk melihat sejauh mana kerajaan hari ini ada majoriti, selagi itulah kita akan terikat pada perbahasan yang sama. Kami harap Parlimen akan selesaikan dahulu perihal belanjawan baru dan bantuan sosial Covid-19, lepas tu kalau diorang nak bertumbuk dalam tu, lantak dioranglah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *