Wabak coronavirus masih belum serius di Malaysia? Mungkin ini maksud Tun Mahathir

F1

Sejak beberapa hari ni isu wabak coronavirus jadi topik perbualan yang paling hangat dalam kalangan warga Malaysia. Sebenarnya bukan orang Malaysia je bincang benda ni, satu dunia tengah berusaha untuk cari solusi terbaik supaya wabak dapat menemui penawar. Kami pun macam korang jugak, suka lepak kat Internet. Sambil-sambil tengok video kucing comel, kami bacalah macam-macam bahan berkenaan coronavirus ni.

https://www.youtube.com/watch?v=3AFEN8F1ZpA

Sedih jugak sebenarnya, sebab kami perasan ada pihak yang sengaja buat cerita bukan-bukan untuk jadikan benda yang diorang tulis tu sensasi. Masalahnya, benda tu buatkan lebih ramai orang panik. Jadinya, kami tulis artikel ni untuk bagi korang tenang sikit.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir dilaporkan dengan cara yang tak sesuai

Antara isu yang hangat semalam – beberapa portal berita laporkan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan wabak ni belum serius kat Malaysia. Dari gaya penyampaian artikel ni – nampak macam Tun Mahathir tak kisah je dengan apa yang tengah berlaku. Sebenarnya benda ni tak betul, apa yang Tun Mahathir cuba sampaikan – keadaan wabak ni di Malaysia dalam keadaan yang masih terkawal.

S1
Tun Mahathir. Via AWANI

Wabak coronavirus kat Malaysia belum sampai tahap serius dan sebab itulah kerajaan kita belum rancang untuk larang kemasukan pelancong dari China. Korang kena ingat; China ni besar gila. Setakat semalam, diorang dah sekat 12 bandar untuk rakyatnya pergi keluar negara. Sekatan ni libatkan 35 juta orang weh, lebih besar dari jumlah rasmi rakyat Malaysia.

Kebanyakan negara dah ambil langkah tertentu berikutan situasi serius ni sebab ia virus yang baru. Kata Tun Mahathir lagi, Kementerian Kesihatan jalankan pemeriksaan yang membolehkan tiga pelancong yang dijangkiti di Johor dapat dikesan.

“Persoalannya manusia mengembara dan dengan sangat pantas. Sebelum sempat kita mengesan pesakit mereka sudah tiba di destinasi. Jadi, kita kena terima tidak mungkin kawalan sepenuhnya boleh dilakukan,” – Mahathir, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia juga kata Kementerian Kesihatan menyaring rakyat Malaysia yang berada di China sejak beberapa hari lalu sebelum masuk semula ke negara ini untuk pastikan diorang tak membawa wabak coronavirus.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata seramai 87 rakyat Malaysia yang pulang dari Wuhan dan sekitar wilayah Hubei bersempena cuti Tahun Baharu Cina, setakat ni bebas jangkitan coronavirus 2019-nCoV. Diorang yang pulang dari China jalani saringan kesihatan di pintu masuk negara sebaik saja tiba.

Penyakit berjangkit macam ni sebenarnya bukan benda baru, Malaysia dah pernah hadap

Walaupun novel koronavirus (2019-nCoV) merupakan virus baharu, Malaysia sebenarnya dah pengalaman dalam kawal penyakit berjangkit tu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dia kata keyakinan tu berlandaskan cara Malaysia menangani dengan baik wabak berbahaya dahulu seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, dan Ebola.

S1
Dr Wan Azizah. Via MalayMail

Cumanya kerajaan masih perlukan kerjasama orang ramai untuk jaga kesihatan masing-masing, termasuk mengelakkan diri daripada berkongsi maklumat tak sah. Macam kami kata awal-awal tadilah, dekat media sosial banyak maklumat yang sebenarnya salah. Oleh sebab benda tu macam sensasi, orang terus share. Akibatnya makin ramailah yang panik.

“Ini adalah virus baharu, we don’t really know the identity, behaviour… jadi kita kena sarankan macam mana nak elakkan dari terjangkit. Tetapi Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam menangani SARS, Nipah virus, EBOLA. Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai kapasiti untuk mengawalnya. Tapi kita masih perlukan kerjasama dari rakyat Malaysia. Jangan tularkan berita tidak benar kerana ia akan menimbulkan panik,” – Wan Azizah, seperti yang dilaporkan AWANI

Semalam kami ada tulis pasal visa rakyat China dan India yang nak lawat Malaysia. Menurut Dr Wan Azizah, masih belum ada keperluan untuk kaji visa 15 hari yang diberikan kepada rakyat China, sebab Malaysia akan berpandukan kepada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam buat keputusan.

Langkah terbaik yang boleh dilakukan kerajaan adalah perketatkan kawalan di pintu masuk negara

Semalam ketua editor kami ada membebel panjang dalam Facebooknya berkenaan – cabaran dan keperluan untuk sekat pelancong asing. Benda ni memang bunyinya sedap, tapi nak laksanakan tu bukan semudah yang disangka. Apa yang Malaysia sedang lakukan – kita perketatkan kawalan di pintu masuk negara. Kebanyakan negara memang buat macam ni.

Sebab tu saringan di setiap pintu masuk ke negara ni diperketatkan untuk mengekang penularan kluster novel koronavirus (2019-nCoV). Menurut Dr Wan Azizah pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan ditugaskan menyaring kemasukan pelancong dari luar negara, khususnya China.

“Pintu masuk akan diperketatkan. Sebelum menaiki penerbangan (ke sini) pun mereka akan disaring, ditanya beberapa soalan yang boleh beri sedikit maklumat kepada kita sama ada mereka ini berisiko (dijangkiti) ataupun tidak,” – Dr Wan Azizah, seperti yang dilaporkan AWANI

S1
Via Astro Awani

Untuk pengetahuan korang, untuk mesin pengesan haba, kita ada sebanyak 51 buah, dan akan ditambah di pintu masuk negara.

Kita perlu bertenang, dan kaji maklumat yang kita dapat dari media sosial

Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh kita? Pertama korang kena ambik langkah berjaga-jaga. Ikut apa yang dinasihatkan; jaga kebersihan diri, guna topeng muka dan elakkan daripada pergi tempat yang ramai orang khususnya kawasan tumpuan pelancong kalau takde keperluan. Kemudian, korang juga kena berhati-hati apabila baca maklumat yang berlegar di media sosial, sebab bukan semuanya betul.

Lambakan informasi yang ada di Internet, perlu korang tapis gunakan cara lakukan perbandingan atau melakukan rujukan pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *