Kes perbicaraan pembunuhan Kevin Morais, akhirnya inilah hukuman yang akan dikenakan

F1

Pada September 2015, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kevin Morais yang mati secara mengerikan. Pada tahun 2016, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa mendiang berkemungkinan diterkup pada bahagian kepalanya sehingga mati. Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah, 51 tahun (semasa beri keterangan), kata ia berdasarkan keadaan si mati yang alami kelemasan udara apabila tak boleh dapatkan udara atau oksigen untuk terus hidup.

https://www.youtube.com/watch?v=PLmQAOVdSmM

“Pada keadaan sedemikian, yang lebih bersesuaian adalah seperti diterkup dengan beg plastik yang menyarung atau meliputi bahagian kepala serta diketatkan pada bahagian muka mengakibatkan gangguan kemasukan udara menyebabkan si mati tidak boleh bernafas.

Satu lagi keadaan adalah tekanan atau mampatan pada bahagian dada, iaitu di sebelah belakang kanan bahagian dada dan bahagian kanan sisi sangkar dada yang menunjukkan kesan lebam, menunjukkan badan ini dihimpit dan menghalang sangkar dada melakukan pergerakan pernafasan,” – Nurliza, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Ditanya tentang punca lain yang boleh sebabkan kelemasan udara, Dr Nurliza kata: “Saya berpendapat kombinasi gabungan semua cara ini telah menyebabkan si mati mengalami suffocation (tidak boleh bernafas)”.

Bagi yang dah terlupa dengan kes ni, Kevin meninggal kerana kemungkinan besar disebabkan oleh “asfiksia” tidak boleh bernafas

Selain itu, Dr Nurliza turut beritahu kematian Kevin Morais akibat kelemasan udara itu adalah dari sebab-sebab yang bukan semula jadi. Katanya ada banyak punca yang sebabkan asfiksia (kelemasan) tapi kelemasan udara merujuk kepada sebab-sebab bukan semula jadi.

Fw784359 Kl26 041118 Icerd Sogo Bn201811022614 Lpr Icerd
Mayat yang disimen. Via Oh! Media

“Fahaman forensik patologi dengan perkataan ‘natural’ adalah keadaan semula jadi yang berlaku seperti penyakit-penyakit yang dialami seseorang manakala sebab-sebab bukan semula jadi merujuk kepada faktor-faktor luaran, bukannya berkaitan dengan penyakit yang mengakibatkan keadaan asfiksia,” – Nurliza, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Menjawab soalan Sivananthan bagaimana dia boleh sahkan kematian tu berpunca bukan dari sebab semula jadi. Dr Nurliza jelaskan sebagai seorang yang jalankan pemeriksaan bedah siasat, dia akan periksa secara menyeluruh dan kaitkan keadaan dengan kematian seseorang itu.

Sivananthan turut persoalkan perkataan “most probably attributable to asphyxiation suffocation” (kemungkinan besar disebabkan oleh asfiksia tidak boleh bernafas) yang digunakan dalam laporan bedah siasat Dr Nurliza bertarikh 22 Oktober 2015, berhubung punca kematian Kevin Morais.

Dr. Nurliza jelaskan keadaan mayat Kevin Morais tidak dalam keadaan segar di mana semua tanda-tanda asphyxia dapat dilihat.

“Saya juga telah mengecualikan sebab kematian yang lain seperti kesan kecederaan akibat trauma tajam, kesan tembakan, kesan pembakaran dan juga kesan patah pada tulang rangka jasad tersebut dan tiada kesan pendarahan  dalaman pada mayat,” – Nurliza, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Reaksi kami ketika membaca laporan ni dulu. Via Giphy

Dr Nurliza juga menafikan kematian Kevin Morais berpunca daripada kegagalan jantung kerana seseorang yang mengalami kegagalan jantung masalahnya lebih kepada kekurangan pengaliran darah bukannya disebabkan kelemasan.

Setelah perbicaraan yang panjang, akhirnya enam individu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Setelah hampir 5 tahun kes ni berjalan, semalam enam individu dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi sabitkan mereka dengan kesalahan bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, lima tahun lepas. Mereka adalah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57 tahun, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49 tahun, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28 tahun; AK Thinesh Kumar, 27 tahun, M Vishwanath, 30 tahun, dan S Nimalan, 27 tahun.

https://www.youtube.com/watch?v=IN3a59yAlJk

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika baca keputusan tu kata pihak pendakwaan berjaya buktikan kes tanpa keraguan munasabah. Kesemua tertuduh berbuat demikian ketika mangsa dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, di antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015. Mangsa dilaporkan hilang pada 4 September 2015, selepas tak hadir ke pejabat. Mayat mangsa dijumpai di satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ1, dalam tong dram yang diisi konkrit, pada 16 September.

Perbicaraan bermula pada 6 April 2016, dengan 84 saksi dipanggil, termasuk 14 daripada pihak pembelaan. Pendakwaan tu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan peguam bela, Datuk N Sivananthan dan Datuk Sheelan Arjunan yang mewakili semua tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin serta Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Adik mendiang Kevin kata ia adalah keadilan untuk mendiang abangnya, harap takde keluarga lain perlu lalui penderitaan ini

Adik mendiang Datuk Anthony Kevin Morais sifatkan hukuman mati yang dijatuhkan kepada enam individu tu sebagai keadilan yang telah lama dinantikan. Richard Morais tak dapat menahan rasa sebak ketika bertemu media selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah jatuhkan hukuman tu.

“Empat tahun tertekan menanti keputusan, saya memang mengharapkan hakim mendengar suara saya dan ‘rintihan’ Kevin, dan menjatuhkan hukuman paling maksimum kepada pesalah. Saya mendapat tahu bahawa Kevin dibunuh ketika sedang menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan seorang kolonel tentera yang berhadapan beberapa pertuduhan kes rasuah. Hukuman ini tidak dapat mengubati kesedihan kami sekeluarga akibat kehilangan Kevin, tetapi ini akan memberi penutup kepada kami, apabila mengetahui mereka tidak akan (berada) dalam kalangan masyarakat lagi selepas ini,” – Richard Morais, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Richard jugak ucapkan terima kasih kepada pasukan pendakwaraya yang anggap cukup berdedikasi dan berjaya buktikan kes, serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan penjenayah tu dalam tempoh masa yang singkat. Semoga selepas ini kita tak akan ada lagi kes-kes yang macam ni, seorang yang berani dan tegas telah dibunuh untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sehingga hari ini persoalan yang bermain di minda masyarakat – adakah mereka yang dikenakan hukuman ini benar-benar mahu membunuh Kevin, atau mereka cuma tentera upahan?

 

Artikel ini merujuk beberapa siri laporan dari Astro Awani.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *