Kanak-kanak 10 tahun gantung diri, ini cara atasi kemurungan kanak-kanak

F1

Apabila kita terima berita tentang kematian seseorang akibat membunuh diri, sudah tentu kita akan rasa sedih. Kita sedih sebab kita tahu – orang buat macam sebab dah tak tahan dengan dunia, takde orang nak saja-saja mati. Lebih menyedihkan lagi, semalam kita terima seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun ditemui mati tergantung.

Ramai sebenarnya yang tak sedar, kanak-kanak pun boleh alami kemurungan. Sebab secara umumnya; kesedaran berkenaan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia ni masih lemah.

Seorang kanak-kanak umur 10 tahun dijumpai tergantung, PDRM kata takde unsur jenayah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati tergantung kat rumahnya di Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor.

Kami terkejut bila baca berita ni. Via Giphy

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, pihaknya terima panggilan pada 6.55 pagi semalam dari sebuah hospital swasta yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibu bapanya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada dua orang beradik kali terakhir dilihat masih hidup pada 9 malam, Rabu. Ibu bapanya menemukan mangsa pada 5.30 pagi keesokan hari dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga,”- Mohd Sabri Abdullah, seperti yang dilaporkan Astro Awani

S1
Mohd Sabri Abdullah. Via The Sun Daily

Mengulas lanjut, Mohd Sabri kata ibu bapa mangsa membawanya ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia. Siasatan polis tak menemui sebarang perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah dan keterangan dari kesemua ahli keluarga mangsa telah diambil dan tiada yang mencurigakan.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan gantung diri, tiada kecederaan lain berunsur jenayah atau serangan seksual. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ada kajian yang dapati kanak-kanak yang aktif bersukan lebih susah nak dapat kemurungan

Kita selalu fikir, kemurungan ni untuk orang dewasa je. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 dapati 30 peratus rakyat negara kita dikesan malami masalah mental. Kementerian Kesihatan pernah dedahkan dua daripada 10 pelajar sekolah dikesan alami gejala penyakit mental kronik yang mungkin bertambah buruk jika tak diberikan rawatan segera.

Sejak dulu lagi pakar perubatan sependapat, tekanan yang tak terkawal dan ditangani dengan baik boleh beri kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang, termasuk golongan muda. Dalam era kehidupan yang mencabar ni, tanpa disedari kita sebenarnya terdedah kepada tekanan.

Zaman sekarang tak perlu keluar rumah pun untuk rasa tertekan, dalam alam digital kalau kena bahan ramai-ramai, siapa je tak koyak kan?

Via Giphy

Dalam satu kajian yang dijalankan Universiti Sains dan Teknologi Norwegian di Trondheim dapati kanak-kanak yang lebih banyak bersenam kurang risiko alami gejala kemurungan berbanding kelompok kurang aktif.

Penyelidik menggunakan pengesan aktiviti untuk lihat berapa banyak aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak. Penyelidik kemudian menemu bual kanak-kanak dan ibu bapa bagi mengesan sekiranya mereka menunjukkan gejala kemurungan.

Didapati, kanak-kanak berusia enam hingga lapan tahun yang melakukan banyak aktiviti cergas kurang menunjukkan gejala kemurungan dua tahun selepas itu, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Mari bersenam. Via Giphy

Menurut Ketua Penyelidik, Dr Tonje Zahl, penemuan tu menunjukkan aktiviti fizikal penting untuk mencegah kemurungan dalam kalangan kanak-kanak. Malah keputusan kajian berkenaan sejajar dengan penemuan sebelum ni yang dapati senaman boleh merangsang emosi dan membantu pesakit murung dewasa.

S1
Jom bersukan! Via Tadika ABS

Sebagai ibu bapa yang mahukan perkara terbaik untuk anak, sudah sampai masanya kita ubah cara hidup dan memulakan sesi senaman sekeluarga. Jika tidak sempat setiap hari, mulakan dengan senaman seperti berjalan pantas pada hujung minggu bersama semua ahli keluarga.

Kalau korang nampak tanda-tanda ni ada pada anak korang, cepat-cepat dapatkan bantuan

Sebagai ibu bapa, sudah tentu korang ambik berat dengan kesihatan mental anak korangkan? Oleh sebab tu, kami nak tinggalkan korang dengan maklumat beberapa gejala kemurungan yang boleh dikesan berlaku pada kanak-kanak. Kalau tanda-tanda ni ada pada anak korang, segera bawa dia bertemu pakar. Korang boleh baca artikel ni untuk panduan.

Laman pendidikan WebMD menyenaraikan gejala kemurungan yang biasa berlaku pada kanak-kanak seperti:

  • Resah dan mudah marah.
  • Sedih berpanjangan dan berasa diri tidak berguna.
  • Tidak mahu bergaul dan lebih suka menyendiri.
  • Menjadi sensitif apabila ada kemahuan tidak dipenuhi.
  • Selera makan berubah – sama ada bertambah atau berkurang.
  • Tabiat tidur berubah – tidak boleh tidur atau asyik tidur.
  • Menangis.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Selalu letih dan tidak bertenaga.
  • Merungut sakit (contohnya sakit perut dan kepala yang tidak sembuh dengan ubat).
  • Kebolehan atau prestasinya merosot sama ada di sekolah, di rumah, bersama teman.
  • Hilang minat terhadap perkara yang disukai.
  • Selalu rasa bersalah.
  • Ada fikiran untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *