Risau tak dapat maklumat tentang COVID-19? Mungkin korang hadapi ‘FOMO’

F1

Dalam kebanjiran maklumat dan jumlah kes pesakit COVID-19 yang dilaporkan setiap hari hampir di semua platform media sosial… kadang-kadang minda dan jiwa korang pun pandai rasa sesak jugak kan? Dah lah setakat ni kita lebih banyak terima berita buruk berbanding berita baik. Masa ni lah korang bukan je kena jaga kesihatan fizikal korang, kesihatan mental pun korang kena pantau ye!

Via Giphy

Tak perlu ikut respons semua orang kat media sosial, utamakan maklumat benar dari platform rasmi je

Kami faham korang risau dan sentiasa tak nak ketinggalan nak tau banyak perkara pasal wabak ni. Ye lah, pengetahuan amatlah penting untuk perlindungan diri serta keluarga korang lagi-lagi apabila korang yang selalu kongsi benda kat keluarga dan kawan-kawan.

Namun begitu, tak semua yang dikongsi tu oleh warganet boleh disahkan kebenarannya. Tambah lagi, kebanyakan pandangan kat luar sana selalu diambil sebagai fakta oleh ramai orang. Sedangkan pandangan ni tak tau lagi sejauh mana betulnya.

Dah ramai kena tangkap ye sebab sebarkan berita palsu. Via Giphy

Tu belum termasuk gambar, video atau berita nak minta derma sumbangan tapi masuk akaun peribadi pulak dah…

Covid Derma Palsu Kkm
Via Sebenarnya.my

Biasanya kat group WhatsApp pun banyak je orang kongsi maklumat. Mana yang berguna tu kita ambil je lah kan, tapi kalau dah mengarut sangat sampai tahap nak ajak bencikan orang lain tu, tak payahlah layan.

Oleh demikian, pastikan korang hanya terima maklumat yang diketahui sah dari platform rasmi macam dari laman web KKM atau dari laman Facebook Dr. Nor Hisham sendiri. Kami sendiri pun sentiasa rujuk notis dan makluman dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan laman kerajaan negeri.

Hisham Abdullah Bluetick Facebook Sah Rasmi Covid
Pastikan ada tanda biru tu kat tepi profil ye. Tu ertinya orang tersebut memang disahkan Facebook sendiri…

Sentiasa jaga kesihatan diri dan keluarga, pantau saudara mara jauh terutamanya yang dah tua di kampung…

Sudah tentu masa kuarantin ni, korang kena selalu jaga kesihatan korang. Rutin harian dan makanan korang mungkin akan berubah sikit disebabkan sekatan pergerakan ni. Tapi kalau nak dilihat dari sudut positif, boleh jadi nilah peluang korang nak ubah gaya hidup korang menjadi lebih sihat.

Selain tu, korang boleh guna kesempatan ni untuk eratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Takkanlah korang aktif kat media sosial, tapi adik abang kakak korang tu korang tak nak tegur kan?

Via Giphy

Luangkan masa kat rumah tu untuk hubungi serta pantau keadaan keluarga dan saudara mara kat kampung lagi-lagi yang dah tua. Kalau boleh, pastikan ada orang boleh jaga saudara mara korang yang dah tua sebab ye lah, mereka ni golongan berisiko cepat dijangkiti penyakit.

Setakat ni, ada insiatif pengantaran percuma untuk golongan warga emas, komuniti berisiko & B40 dilakukan sendiri iaitu dari Nik Nazmi Nik Ahmad (ahli parlimen Setiawangsa), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (ahli parlimen Balik Pulau) dan Nurul Izzah Anwar (ahli parlimen Permatang Pauh).

“Ketika mengetahui krisis nasional dan pandemik seperti ini, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang bergantung kepada bantuan kebajikan berada dalam keadaan sangat memerlukan bantuan dan sokongan, jadi kita perlu bantu. Kita kena bekerjasama – peringkat persekutuan dan juga negeri – untuk memastikan tiada yang ketinggalan,” – Nurul Izzah Anwar, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 19 Mac 2020

Kami harap inisiatif ni turut dilakukan di semua kawasan parlimen, dan tak hanya harapkan persatuan aktivis semata-mata. Barulah rakyat yang berisiko tinggi dapat manfaat dengan lebih meluas lagi khususnya di bahagian luar bandar dan pedalaman.

Rasa risau dan takut tu benda biasa, yang penting korang kena kongsi perasaan dengan mereka yang sokong korang…

Mungkin benda ni nampak leceh, tapi tips ni memang berguna untuk sesiapa je yang rasa risau dan takut dengan keselamatan dan kesejahteraan diri serta keluarga. Kami faham – lepas hadap berita-berita tak baik, normallah jika perasaan korang terganggu.

Ketika ni, benda paling penting yang kita semua kena buat adalah cari geng sahabat yang positif dan boleh ceriakan hari anda. Pada waktu kuarantin ni jugak, korang boleh buat banyak benda yang dulu korang tak terbuat disebabkan kesibukan hidup. Membaca ke, tengok filem ke… lagipun banyak dah saluran percuma ditawarkan sekarang di Astro, Viu dan iflix.

Astro Go Free Channel
Via Soya Cincau

Kalau korang rasa jiwa korang sesak tengok lambakan informasi dan perkongsian kat media sosial; takde salahnya pun korang tinggalkan kejap dunia alam maya tu. Korang pun kena faham, ada satu lagi ‘penyakit’ akibat media sosial ni iaitu FOMO (fear of missing out).

Via Giphy

Biasanya orang yang alami ‘penyakit’ ni memang takut nak tinggalkan media sosial sebab tak nak jadi orang terakhir yang tau perkembangan terkini. Haa.. jika korang rasa korang semacam dah ada sikit ‘penyakit’ tu, mungkin inilah masanya korang boleh cuba berhenti perlahan-lahan.

Kesihatan mental kena diutamakan bila duduk dalam rumah…

Ada orang suka duduk rumah ni sebab di mindanya, dia dah senaraikan benda dia nak buat sampai habis. Ada juga yang memang suka duduk rumah kerana kurang selesa terlalu lama berada dalam kelompok orang yang ramai.

Via Giphy

Ada jugak orang yang memang tak reti nak duduk diam, terutamanya dalam masa perintah kawalan pergerakan ni, dia rasa terkurung. Walaupun benda ni boleh dikatakan ada kena mengena dengan sifat dan personaliti seseorang, kesihatan mental dan fizikal pun kena dijaga terutamanya pada waktu PKP berjalan.

Kalau rasa terkurung, sebaiknya korang kena lebih kreatif cari hobi atau aktiviti yang korang boleh buat tanpa terlalu kerap keluar rumah. Mungkin korang boleh sertai kumpulan sukarelawan untuk tolong komuniti berisiko kat tempat korang belikan makanan ke… dapat jugak bantu orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *