Terfikir nak langgar SOP sebab yakin Covid-19 sakit biasa? Ada dakwaan wujud pesakit “longcovid”

F1

Dah macam-macam kluster yang wujud kat negara kita sekarang, dan salah satu yang kini sedang menggusarkan hati ramai adalah kluster Sivagangga. Akibat tak nak tahan diri tu dari keluar pada tempoh kuarantin serta SOP yang digariskan oleh KKM untuk premis makanan tak dipatuhi oleh restoran pesakit pertama tu. Kini KKM terpaksa berusaha mencari semula pelanggan yang pernah datang kat restoran tu tanpa rekod butiran pelanggan.

Sivagangga
Via Sinar Harian

Boleh jadi kelekaan ni ada kena mengena jugak dengan tanggapan sesetengah orang yang rasa COVID-19 ni dah jadi penyakit biasa dan boleh sembuh. Kami tak boleh nafikan jumlah pesakit yang dah sembuh semakin ramai, namun begitu ada jugak pesakit COVID-19 yang tak sembuh-sembuh lagi walaupun dah sakit lebih dari 3 bulan. Sekumpulan pesakit ni akhirnya menggelarkan keadaan mereka sebagai ‘Longcovid’, iaitu COVID-19 berpanjangan.

Pesakit ‘Longcovid’ masih menderita meskipun dapat rawatan, alami simptom dahsyat setiap hari

Menurut sorang pengguna Twitter, Hannah Davis (@ahandvanish), sebenarnya ramai lagi pesakit COVID-19 yang belum sembuh walaupun dah lebih dari tiga bulan. Macam kami cakaplah, ramai ingat COVID-19 ni cuma demam teruk je. Berlainan dengan apa yang dikongsikan Hannah, pesakit COVID-19 yang berpanjangan ni terpaksa redah je simptom-simptom teruk setiap hari. Dia sendiri pun antara pesakit Longcovid ni jugak, Sekarang ni dah masuk bulan ke-4 dah…

Katanya, dia masih muda lagi dan takde apa-apa penyakit kronik sebelum disahkan positif COVID-19 dulu. Dia tak keluar rumah sangat pun khususnya nak jumpa kawan atau keluarga. Hanya sekali tu je dia keluar iaitu ketika nak beli barang di kedai runcit. Dia syak dari sanalah dia terjangkit.

Sekarang ni, hampir setiap hari dia demam tak kebah, mudah bingung dan susah untuk berfikir, sakit kepala yang teruk, sakit-sakit sendi, degupan jantung laju sangat, rasa sensasi bau-bauan yang tak diketahui puncanya serta penat yang amat sangat. Tak boleh tidur malam (insomnia) serta sukar untuk berfikir dan buat kerja – para pesakit ‘Longcovid’ ni langsung tak boleh jalani hidup seharian mereka apatah lagi nak sara kehidupan mereka.

Covid19
Kita masih lagi belajar pasal penyakit ni.. Via Medium.com

Sambungnya lagi, para doktor seharusnya menyelidik lebih lanjut berkenaan dengan simptom COVID-19 ni dan tak lagi hanya menumpukan pada paru-paru. Ubat-ubatan yang diberikan pun macam tak berapa berkesan dan terpaksa ditukar dosnya mengikut kondisi mereka tiap hari.

Kadangkala teruk sangat, kadangkala lebih baik dari hari-hari lalu, Kemudian, teruk kembali. Kami boleh bayangkan betapa menderitanya mereka tu, sebab mengikut CDC, hanya 4 daripada 5 pesakit akan sembuh dalam masa 14-21 hari. Malangnya, Hannah Davis dan ramai lagi ni tergolong dalam mereka yang tak sembuh lepas 21 hari.

Cdc
Via CDC

Ramai lagi menderita lama akibat COVID-19, namun ada antaranya kekurangan akses kesihatan dan rawatan

Untuk mengesahkan dapatan ni, dia dengan sekumpulan pesakit Longcovid ni buat inisiatif untuk mengumpul bukti melalui hasil kaji selidik berkaitan dengan kelompok pesakit Longcovid. Korang boleh baca dapatan penuh kajiannya, tapi kat sini, kami cuma ringkaskan je apa yang mereka dapat. Memandangkan kaji selidik ni dilakukan dalam talian, jadi dapatannya sedikit sebanyak bergantung dengan situasi peribadi, akses terhadap pusat kesihatan serta polisi kesihatan negara masing-masing terhadap COVID-19.

Kalau kat Malaysia, kita beruntung sebab pusat ujian saringan tu diwujudkan kat setiap negeri. Nak buat ujian saringan sendiri pun, boleh pergi kat klinik swasta. Sekarang ni pun, pemakaian pelitup muka dah jadi kewajiban manakala SOP rekod pelanggan ke premis jugak diwajibkan. Yang positif COVID-19 tu memang akan dirawat dan ditahan dalam hospital sehingga sembuh tanpa mengira status kewarganegaraan. Namun hal ni mungkin berbeza kat negara-negara lain.

Stay Home Safe
Via Business Wire

Kebanyakan responden yang menderita akibat COVID-19 ni tak ditahan pun kat wad dan hanya diwajibkan untuk duduk kat rumah je. Mereka yang mula-mula ada simptom COVID-19 ni dah pergi ke bahagian kecemasan, namun tak disuruh pun duduk dalam hospital. Ada jugak yang menderita simptom-simptom COVID-19 tu pergi ke klinik dan doktor cakap tu takde apa sangatlah. Maka ada antara pesakit COVID-19 ni sebenarnya positif tapi kerana doktor salah diagnosis, mereka tak dapat rawatan yang lebih baik.

Bukan je ada risiko penyebaran yang lebih luas disebabkan takde tempat khas untuk menempatkan para pesakit COVID-19 ni, kualiti kehidupan mereka jugak menurun kerana sakit yang dialami mereka. Berbanding dengan tahap kesedaran kita di Malaysia, masih ramai kat negara lain tu tak faham sebab tak jelas atau tak percaya dengan bahaya COVID-19 tu.

Fear Gov Covid 19
Lebih teruk apabila pandemik pun dipolitikkan.. Via Scientific American

Kami rasa memang wajar pesakit Longcovid ni menyuarakan situasi kesihatan mereka, selain dari buat inisiatif untuk menunjukkan bahawa COVID-19 bukanlah penyakit yang mudah sembuh. Boleh sembuh, namun ia jugak amat bergantung pada imuniti dan tahap kesihatan seseorang. Macam Hannah tadilah, dia masih muda dan takde penyakit kronik. Namun dia pulak yang tak sembuh-sembuh lagi lepas dijangkiti COVID-19.

Perkara ni jugak boleh jadi pengajaran untuk masyarakat kita. Semakin alpa dan lalai di sebalik cabaran kehidupan lain, jangan dilupakan bahawa kita masih perlu hidup di bawah tatacara selamat dalam dunia norma baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *