Lagi kes buli di sekolah tular, pelajar ditumbuk kat perut

bulimrsm

Nampaknya pengajaran dari kes Zulfarhan yang meninggal dunia akibat buli masih lagi tak meresap kat dalam diri sesetengah pelajar. Bagi sesetengah pelajar ni, diorang tau je buli tu berdosa dan salah dilakukan, namun semuanya dilakukan atas dasar ‘adat budaya’ asrama atau sekadar ‘nak main-main’ je.

Tu lah hakikat di sebalik kes buli baru-baru ni. Lebih teruk, suspek kes buli kali ni dilaporkan rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh. Semuanya berusia 13 tahun – 13 tahun baru masuk asrama, baru kenal dunia pun berani ye nak buli rakan lain. Bila dah tular muka dalam video, baru nak merayu minta maaf ye…

tular buli mrsm 101221
Via FMT

Empat pelajar suspek kes buli ditahan di IPD Kuala Kangsar, KPM kata ia tak berlaku di bawah seliaan KPM

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan empat pelajar yang merupakan suspek kes buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar dah ditahan polis. Ketua Polis Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun ni ditahan ketika hadir di IPD Kuala Kangsar.

KP Perak jugak sahkan bahawa kertas siasatan kes berkenaan dah dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Maksudnya, polis akan siasat pelaku dan perakam tu sendiri.

https://twitter.com/i/status/1468979122420412416

Kesemua lapan pelajar terbabit, termasuk sorang mangsa dah dikenal pasti dan dipanggil bagi memberi keterangan untuk bantu siasatan. Pemillik akaun media sosial yang pertama tularkan video kejadian tu juga akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa. Satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan hari ini ekoran penularan video pergaduhan yang mendapat perhatian ramai,” – seperti yang dilaporkan FMT

KPM turut sahkan diorang pun dah dimaklumkan tentang kejadian tersebut. Kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin:

“Saya menerima hantaran video yang tukar berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama. Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejaidan itu tidak melibatkan institusi di bawah KPM” – Kenyataan di Facebooknya, seperti yang dilaporkan Bernama

Namun begitu, warganet Malaysia laju buat kerja. Kami difahamkan menurut selidikan warganet, ia berlaku di MRSM Kuala Kangsar. Secara teknikalnya, MRSM ni bukan di bawah bidang kuasa KPM, sebaliknya diselia oleh MARA. Maklumat ni boleh disahkan dengan kenyataan dari Pengerusi MARA, Azizah Mohd Dun.

“Kami akan menyiasat kesahihan video tersebut dan pasti akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Ini tidak sewajarnya dijadikan sebagai budaya kerana pelajar ini masih bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi,

Saya terkejut melihat video ini kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah. Ini budaya yang tidak sihat dan pastinya kita semua tidak mahu ia berulang lagi,”- seperti yang dilaporkan FMT

Kes tengah disiasat polis, sekolah ‘Henry Gurney’ dah sohor kini di Twitter

Kat Twitter pulak, warganet di sana tengah rancak mengkritik dan luahkan rasa kesal dorang terhadap kejadian ni. Perbincangan hangat diorang ni menyebabkan nama sekolah juvenil Henry Gurney naik, sebab diorang rasa suspek ni lebih baik ditukarkan sekolah je lepas ni agar jadi pengajaran kepada para pelajar MRSM.

Mengikut ciapan sebuah akaun @jnmalaysia, tular sekali perbualan diorang di Whatsapp yang rata-rata nak minta maaf. Tukang perakam tu pulak taknak bertanggungjawab dan cuba ingatkan bahawa dia takde kena mengena sebab dia tak ‘sentuh’ pun mangsa tersebut. Cuma rakam je.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1469227798975811585

Turut tular, perbualan sorang pelajar MRSM yang sama dengan sorang pengguna akaun Twitter. Kami difahamkan, akaun tersebut jugak ada memuatkan beberapa maklumat penting termasuklah muat naik semula video mangsa ditumbuk.

Pelajar MRSM ni mohon supaya video buli tu dipadam dan ‘biarkan barisan kepimpinan pelajar’ buat tindakan. Dia jugak turut merayu agar tak dikongsikan perbualan diorang dan kembali ulangi semula bahawa diorang akan buat tindakan kepada pelajar yang ada dalam video tadi.

https://twitter.com/Ekax_/status/1469069635458781184

Bila kami skrol lebih jauh, rupa-rupanya ni bukanlah pertama kali kes buli berlaku di MRSM. Banyak je lagi kes-kes buli yang lain dan berlaku kat tempat lain. Macam perkongsian sorang warganet Twitter ni; dia kata dia pernah ‘post’ tentang adiknya yang kena buli kat MRSM. Lepas tu ramailah pelajar MRSM hantar mesej peribadi supaya padam hantaran tersebut dan minta buat laporan ke warden je.

twitter post mrsm
Antara ciapan warganet di Twitter

Ada jugak warganet yang mengakui mana-mana MRSM pun ada jugak kes buli, walaupun tu adalah MRSM Bitara. Bila ramai orang dah berkongsi dakwaan macam ni… kami terfikir jugak; adakah budaya ragging atau buli kat MRSM ni sebenarnya lebih teruk dan berlangsung jauh lebih lama dari yang kita sangkakan?

mrsm buli
Respon wargane berkenaan MRSM.. -Via Twitter

Setakat artikel ni ditulis, ramai yang masih lagi hangat membicarakan isu buli di MRSM ni. Selain ‘Henry Gurney’, orang pun dah tau kat mana kejadian buli ni berlaku. Nama MRSM naik kat carian. 33.1 ribu ciapan menyebutkan pasal MRSM… ada yang mengeluh, ada yang meluah, ada jugak yang marah dan desak suspek dihukum seadilnya.  Kami jugak turut berharap proses keadilan akan terlaksana. Sekiranya kita ikut jugak tuntutan atau desakan agar isu buli ni disenyapkan… tetnulah isu awrwah Zulfarhan dulu pun takde siapa tau. Jenayah tetap jenayah, dan sesiapa yang buat jenayah perlu dihukum seadilnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *