Asal-usul perkataan BOSSKU yang Najib Razak selalu guna

Sebenarnya masa PRU14 hari tu, ramai yang doakan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak kalah, dan akhirnya mereka kalah. Ingat, orang doakan Najib Razak ni untuk kalah je, tak ada orang yang doakan di untuk jadi ‘gila-gila’. Kita orang Malaysia, orang yang berbudi bahasa dan baik, takkanlah kita nak doakan bekas Perdana Menteri jadi gila. Nampaknya kehilangan kuasa telah membuatkan Najib Razak ada banyak masa lapang, dan dia pun mula mencipta tagline “Malu Apa Bossku”, siap lepak dengan mat rempit dan gunakan kalimah budak WeChat – bukan biase-biase. Ingat, bekas PM tu.

https://www.youtube.com/watch?v=ImE17LbO-KA

Macam biasalah, bila ada benda-benda yang viral, rakyat Malaysia pastinya akan mengambil peluang untuk bergaduh. Apa lagi aktiviti yang paling seronok boleh dilakukan pada masa lapang kalau bukan bergaduh di media sosial dengan orang yang kau tak pernah kenal pun. Paling epik, ada orang siap kata perkataan bossku ni dia punya, sebab dia dah dalam proses untuk dapatkan hak perkataan tu.

Pelumba MOTOGP kata perkataan ‘bossku’ ni dia punya

Bagi yang tak tahu, Hafizh Syahrin ni pelumba MOTOGP yang gunakan nombor  ’55’ sebagai nombor perlumbaannya. Disebabkan nombor ni, dia turut mendapat nama timangan ‘BO55KU’ ketika di dalam litar. Disebabkan perkataan bossku ni makin popular, maka muncul macam-macam barangan merchandise yang gunakan perkataan ‘bossku’ ni di pasaran.

Apa yang menariknya, rupanya sudah dah ada individu yang claim perkataan ‘bossku’ ni sebagai cap dagangan. Menurut posting saudara Zaiful Zalizam, tahun lalu, dia dah membuat permohonan di MyIpo untuk menjadi pemilik hakcipta perkataan Bossku.

Permohonan Hafizh ni masih lagi dalam proses dan kalau diluluskan, Hafizh akan ada kuasa untuk saman mana-mana pihak yang gunakan perkataan ‘bossku’ pada produk tanpa kebenaran daripada dia. Hebat betul, perkataan yang orang ramai gunakan pun siap dah boleh dipohon untuk dapatkan hak. Jangan je ada orang mohon hak penggunaan perkataan ‘lapar’ sudahlah, kita hari-hari pakai perkataan tu.

Betulkah Najib Razak bukan pengasas perkataan ‘bossku’?

Sebelum tu, kalian kena tahu gak apa benda perkataan ‘bossku-bossku’ ni, sebenarnya benda ni dipanggil slanga. Kalau kalian tak tahu binatang apa slanga ni – Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi. Kalau kalian fikir Najib tiba-tiba dapat wahyu dari tuhan dan terus lahir perkataan ‘bossku’ dari mulutnya, kalian dah silap besarlah. Sebenarnya perkataan ni asalnya dari Sabah.

“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, boleh tanya ke?’. Dia sama macam ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata Pengguna Twitter @InjangNation

Percaya tak dia bekas PM kita? Via Info Sebenar

Seorang warga Sabah turut menambah;

Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” Dilaporkan oleh UTUSAN

1994 bossku, Via FB

Perasaan orang tentang kelakuan Najib Razak kebelakangan ni memeningkan

Macam yang kita dah tahu, Najib Razak ni bekas PM kot. So, apabila dia buat benda-benda yang tak masuk akal macam ni – mesti ramai yang naik pelik. Sepatutnya sebagai bekas PM dia boleh je lakukan banyak perkongsian yang lebih professional sementara kes-kes mahkamah dia tak diputuskan lagi. Ini boleh pula dia buat gaya mat rempit. Awal-awal ni di bolehlah jadi kaki troll, lama-lama nanti mesti orang akan bosan gak. So, kalau korang ada kenalan yang rapat dengan Najib Razak, minta dia baca artikel ni eh.

[poll id=”8″]

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *