Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Politik

Demonstrasi aman memalukan negara? Sebenarnya ada benda yang lebih memalukan

By Subeditor
March 13, 2020 4 Min Read
Comments Off on Demonstrasi aman memalukan negara? Sebenarnya ada benda yang lebih memalukan

Sejak dua minggu lepas, video seorang wanita muda menjerit “Siapa Muhyiddin? Saya tidak mengundi dia!” telah jadi bahan meme di Internet, ada macam-macam pandangan berkenaan protes yang dibuat di perhimpunan di Dataran Merdeka pada 29 Februari lepas. Ada yang bersetuju dengan aksi tu, sambil bersorak ketika menghadiri perhimpunan itu; ada pula yang memilih untuk menghina dan mengecam tindakan tu.

Tidak kira apa jua pandangan kita terhadap sesuatu isu, hak menyatakan bantahan harus diberi

Ada yang menganggap kewujudan kerajaan baru ni sah dan kita perlu move on; tapi ada jugak yang berpandangan kerajaan hari ni adalah kerajaan pintu belakang. Tidak kisahlah apa pandangan seseorang tentang apa yang berlaku ketika krisis politik hujung bulan lepas terjadi, pada hakikat kita ada ruang untuk menyatakan pendapat tu dalam apa jua platform. Termasuklah melalui mesin cetak, dalam alam maya atau di jalan raya; kerana ruangan ini diberikan oleh demokrasi.

Ruang bantahan memang akan bertindih dengan ruang kehidupan seharian. Semasa bantahan Februari 29 di Dataran Merdeka hari tu, orang ramai dah berkumpul di sekeliling penceramah dan pada masa yang sama, ada penduduk bandar sedang menghabiskan masa bersama keluarga. Senario yang sama berlaku pada demonstrasi susulan di pintu masuk Sogo.

Sebelum ruangan demonstrasi tu dipenuhi pendemostran, ia digunakan oleh orang awam. Ia adalah  keadaan biasa untuk protes di Sogo, penunjuk perasaan akan berkongsi ruang yang sama dengan pembeli, pemerhati dan pejalan kaki lain di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Seperti yang kita dah jangkakan, masa benda ni berlaku, pihak polis beri amaran kepada orang awam supaya tak hadiri protes di Sogo. Antara sebab yang diberikan ialah ruangan ini belum diberi kebenaran untuk perhimpunan. Kenyataan ini amat menarik, sebabnya kita tidak mempunyai ruang yang ditetapkan untuk perhimpunan.

Via Giphy

Untuk menetapkan perhimpunan pada tempat-tempat istimewa sahaja akan mengaburkan semangat demonstrasi – iaitu mana-mana ruang awam boleh dijadikan tempat untuk menunjukkan perasaan.

Bukanlah turun di jalanan yang akan memalukan negara, tetapi…

Di Malaysia, seruan untuk membantah di ruang awam sering dipenuhi dengan hujah yang seruan ini akan menimbulkan peristiwa-peristiwa negatif, seperti pengurangan pendapatan pemilik perniagaan di kawasan protes, menyebabkan kesesakan lalu lintas, memberi impak kepada imej negara, dan seumpamanya.

Whatsapp Image 2018 12 08 At 21.25.41
Perhimpunan ICERD hari tu. Via MalaysiaKini

Empat perhimpunan sebelum ini Bersih 4 dan 5, ICERD, dan Himpunan Penyatuan Ummah telah menunjukkan bahawa perhimpunan tak semestinya mengganggu bandar, dan penduduk bandar yang lebih giat menghasilkan ‘duit lebih’ dengan menjual baju, makanan dan air.

Logik yang protes jalanan akan memberikan imej negatif lagilah susah nak diterima akal. Ada banyak perkara lain yang kita patut rasa malu, seperti perkahwinan bawah umur yang masih dibenarkan di negara ini, gaji minimum yang tidak sesuai, dan akses kepada perumahan yang mampu milik yang kurang. Ini jauh lebih memalukan daripada perhimpunan awam.

Perkahwinan kanak-kanak yang memalukan. Via Giphy

Menolak hujah demonstrasi akan jejaskan pendapatan dan ekonomi turut mengurangkan tujuan bandar yang dilihat selama ini semata-mata untuk ruang komersial. Situasi ni menyebabkan kita hanya dilihat sebagai pengeluar dan pengguna semata-mata, bukan sebagai rakyat yang memiliki ruang untuk membantah dan mengkritik.

Kewarganegaraan bukan sekadar bermaksud ada kad pengenalan dan dapat mengundi dalam pilihan raya. Dalam amalan demokrasi, rakyat ada hak dan kewajiban untuk ambil bahagian dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan awam.

Pada hakikatnya, saiz ruangan awam kita telah menurun, ia berlaku kerana ruangan awam ini telah dibina dan diuruskan oleh perusahaan swasta. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom misalnya, ada kawasan yang dikategorikan sebagai ruang awam milik swasta (POPS). Oleh sebab pemilikan ruangan ini bukan dimiliki orang awam, pemilik ada hak untuk memutuskan apa yang mereka anggap betul untuk dilakukan di dalam ruangan milik mereka.

S1
Via PerakToday

Ruangan awam yang mantap harus dapat menampung banyak keperluan orang ramai, dari tujuan yang lebih istimewa kepada orang biasa yang ingin berehat, dan termasuklah juga orang yang mahu mencari tempat perlindungan.

Walaupun hari ini kita tak turun bersama mereka, esok lusa mungkin giliran kita

Kita tidak pernah tahu nasib kita mungkin akan berubah dan giliran kita pulak yang akan turun membantah di jalanan. Kita hanya berharap bahawa ruangan awam ini akan jadi lebih baik. Sesetengah daripada kita mungkin tak melihat keperluan untuk turun ke jalan raya, tapi kita mungkin perlu ruangan itu pada masa akan datang.

 

Artikel ini diterjemahkan dan disunting daripada artikel Spaces of protest as spaces of democracy tulisan Dr. Nurul Azreen Azlan terbitan MalayMail.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Dengan penularan wabak COVID-19, adakah masih perlu pergi solat Jumaat?!

F1
Next

Ada persatuan di Sabah ni, selalu berikan pendidikan kepada mereka yang memerlukan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme