Nampaknya isu persemburitan yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MHHE), masih lagi tak settle. Polis tengah lakukan siasatan terhadap kes ni, dan baru-baru ni Haziq ditemu ramah oleh The Star, dalam temuh ramah yang katanya berlangsung selama sejam tu, banyak maklumat baru yang dibongkarkan. Kami akan cakap pasal benda tu kejap lagi. Cuma kami perasan satu benda yang menarik tentang Azmin ketika dia berhadapan dengan salah satu dugaan terbesar dalam karier politiknya ni. Dia pergi bertemu beberapa orang ‘penting’, adakah dia nak tunjukkan orang-orang yang dia jumpai menyokong dirinya?
Hmmm…kami tak nak judge apa-apa, tapi kelihatan terlalu mencuba untuk dapat ‘approval’ daripada orang-orang penting bahaya jugak, sebab takut nanti orang kata dia sedang try hard nak buktikan dia tak bersalah. Apa-apa, pun meh kita cerita tentang sebab musabab Haziq dedahkan video ni dulu…
Haziq kata dia tak nak jadi mangsa bunuh kalau dia tak dedahkan diri, sebab benda ni pernah terjadi
Kata Haziq, dia menyedari tentang video tu pada pukul 8 pagi 11 Jun lepas. Dia terkejut. Pada mulanya, dia fikir Azmin yang merekodnya sebab macam mustahil bilik menteri kanan untuk diceroboh oleh sesiapa pun. Keselamatan mesti ketat, kan?
Pada mulanya, dia tak nak mengaku video tu adalah dirinya. Tapi dia rasa terkejut kerana perkara peribadi tentang dirinya dah viral. Dia fikir untuk menyorok (pergi bersembunyi). Itu sebabnya dia memadam semua akaun media sosialnya.
https://www.youtube.com/watch?v=AlmDHm9pyKI
Haziq takut nasib dirinya akan berakhir seperti Altantuya (Shaariibuu) atau Kevin Morais. Apabila orang tidak tahu tentang anda, sesiapa sahaja boleh mencederakan anda. Selepas Hilman diktakan mengancam Haziq, dia sangat takut. Itulah sebabnya dia kelihatan sedikit tegang dalam rakaman video itu (pengakuan). Tapi dalam video tu memang Haziq.
Malah SKMM memberitahu Haziq pada mulanya, diorang fikir video pengakuan tu palsu. Kemudian mereka memberitahu Haziq selepas melakukan analisis forensik mendapati video (pengakuan) bukan palsu tetapi tulen.
Hahh…ini apa yang Haziq katakan semasa ditemuh ramah oleh The Star, sekarang ni mari kita tengok beberapa orang yang Azmin pergi lawat selepas video semburitnya tular.
Pertama sekali, Azmin pergi bertemu Mufti Wilayah Persekutuan, dan dapatkan nasihat daripada dia
Semasa pertemuan ni, Azmin Ali meluahkan rasa terharu dengan pedoman yang dinukilkan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad dalam menghadapi isu dakwaan klip video seks.
“Saya amat terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan untuk saya dan keluarga. Pertemuan petang semalam memperkukuh semangat saya untuk meneruskan khidmat demi umat dan negara,” katanya menerusi ciapannya di Twitter
Azmin bertemu dengan Dr Zulkifli di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sempena majlis Aidilfitri. Pada ciapan di Twitternya, Azmin turut menyertakan petikan kenyataan yang ditandatangani mufti Wilayah Persekutuan. Dr Zulkifli dalam kenyataan itu memanjatkan doa supaya Azmin diberikan ketabahan dalam menghadapi kontroversi klip video itu.
“Saya sentiasa berdoa agar Allah yang maha kuasa memberikan kekuatan dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi saat yang genting ketika mana badai fitnah mengganas. Semoga gerhana ini berlalu pergi, YB,” petikan dari surat yang ditandatangani Dr Zulkifli
Selepas bertemu dengan Mufti, Azmin pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong pulak…
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara. Berbeza dengan perjumpaan Azmin dengan Mufti Wilayah Persekutuan, nampaknya pertemuan Azmin dengan YDPA buka untuk bincangkan isu video seks yang tengah tular. Diorang berbincang tentang ekonomi kot. Sama ada isu video tu dibincangkan atau tak, itu kami tak tahulah. Tapi setakat laporan media yang laporkan pertemuan ni, takde yang sebut pasal benda tu.
Kalau ikut laporan Sinar Harian, Azmin menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan menerima mengadap dan menjunjung titah nasihat serta pedoman yang diberikan oleh Al-Sultan Abdullah. Azmin turut memaklumkan lawatan khas Yang di-Pertuan Agong ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memberikan satu lonjakan bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua buah negara.
“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan merebut peluang untuk mendapatkan penerangan sempena lawatan istimewa Yang di-Pertuan Agong (ke negara itu). Hubungan dua hala ekonomi antara Malaysia dan UAE akan dipertingkatkan menerusi pelbagai sektor bagi menambah nilai kolaborasi ekonomi,” kata Azmin melalui Twitternya
Dan baru-baru ni, Azmin bertemu pulak dengan pegawai, dan Setiausaha Kerja PKR negeri
Azmin Ali mengadakan pertemuan tertutup dengan kira-kira 40 pegawai parti dari ibu pejabat PKR dan Setiausaha Kerja parti negeri dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Azmin kata pertemuan tertutup diadakan sempena Majlis Silaturahmi Aidilfitri 2019 kementeriannya itu adalah atas permintaan kakitangan berkenaan bagi membolehkan dirinya memberikan pandangan berhubung beberapa perkara supaya parti dapat diuruskan dengan lebih cekap dan teratur.
Katanya, antara perkara disentuh adalah mengenai pembabitan beliau dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu pada 1998 dan perjuangannya bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu.
Berhubung cadangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya dia menjalani ujian poligraf bagi membuktikan dirinya bukan individu dalam video seks yang tengah tular, Azmin kata, dia sudah mengambil tindakan awal atas nasihat peguamnya termasuk laporan qazaf dan polis.
“Saya mengambil tindakan awal kerana saya yakin ini perbuatan kejam, fitnah jahat yang cukup terancang didalangi orang tertentu. Kita sudah buat laporan dan berikan kerjasama terbaik kepada mereka (pihak berkuasa). Adakah beliau (Lokman) Peguam Negara baharu? (untuk mencadangkan tindakan),” kata Azmin
Agak-agaknya, selepas ini siapa pulak yang akan ditemui Azmin?
Nampaknya Azmin secara ‘kebetulan’ bertemu dengan orang-orang penting ni. Benda-benda macam ni boleh buat orang tertanya-tanya; adakah Azmin tengah cuba untuk memperkukuhkan kedudukan dia dengan bertemu orang yang terpandang tinggi oleh masyarakat? Hahh…kami tak nak cakap apa-apa, itu terpulang kepada akal korang untuk menilai.
Cuma kami tertunggu-tunggu jugak, bila agaknya Azmin akan bertemu Haziq? Kalau betul Haziq ni tengah berbohong bukankah sepatutnya Azmin pergi jumpa Haziq, bincang elok-elok, dan tanya Haziq sebab apa dia berbohong? Agak-agaknya, lepasni siapa pulak yang akan ditemui Azmin? Raja Bomoh? David Beckham? atau Donald Trump?