Kerajaan Perikatan Nasional benarkan kilang arak beroperasi, ramai yang bingung

F1

Semalam tular sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang beri pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk untuk terus beroperasi. Dalam surat bertarikh 31 Mac tu, KPDNHEPbenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

Ramai yang pelik kenapa kerajaan hari ni benarkan kilang arak beroperasi semasa PKP

Ia adalah sesuatu yang ironi, lebih-lebih lagi mengambil kira kedudukan kerajaan hari ni selalu mempromosikan sentimen Islam dan Melayu dalam kerajaan diorang. Kami dapat membayangkan jika hal ni berlaku di zaman Pakatan Harapan jadi kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan ada orang yang mahu menghunus keris. Sebagai rakyat, kita kena adil. Siapa pun tak kira kerajaan; kalau dia buat benda pelik-pelik, ia sepatutnya dikritik.

Antara kandungan surat yang tular tu ialah;

“Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

“Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A,” – Seperti yang terkandung dalam surat tu, dipetik dari MalaysiaKini

528068
Surat yang tular tu. Via MalaysiaKini

Surat tu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad ditujukan kepada Pengurus Besar Heineken Malaysia Bhd. Macam yang semua dah tahu, sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.

Sementara tu Pemuda Bersatu (Armada) menuntut penjelasan mengapa kilang arak tu dibenarkan beroperasi sedangkan hanya perkhidmatan kritikal je yang sepatutnya beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?” – Abu Hafiz Saleh Hudin, melalui hantaran Facebooknya

Katanya, pada masa sama ribuan perniagaan halal dan milik Bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP, terutamanya bagi industri kecil dan sederhana. Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram, katanya.

Mungkin kerajaan hari ni dah lupa tentang keburukan arak, ini kami ingatkan semula…

Pengambilan minuman beralkohol beri kesan serta-merta kerana ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak sebelum mengganggu fungsinya hingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, ingatan dan lain-lain peranan. Pengambilan dua atau tiga gelas alkohol dalam masa satu jam dah cukup untuk jadikan seseorang tu tak stabil dan membawak kepada halusinasi.

Via Giphy

Sebab tu Islam haramkan arak – ia boleh jadikan akal kita rosak dan hilang pertimbangan. Sebelum kewujudan Covid-19, kita selalu dengar pemandu mabuk akibatkan kemalangan jalan raya dan membawa kepada kehilangan nyawa. Pemabuk biasanya akan keluarkan kata-kata yang sukar difahami, menyebut benda yang bukan-bukan, dan cenderung untuk cetuskan pergaduhan.

Ada yang mengatakan pengambilan alkohol pada kadar sedikit atau sederhana baik untuk kesihatan?Dalam jurnal Lancet (Volum 392, Isu 10152, muka surat 987–988, 2018), artikel No Level of Alcohol Consumption Improves Health ada bincangkan hasil kajian yang libatkan 195 negara dari tahun 1990 sehingga 2016.

528068
Pandangan ni dikongsikan oleh Dr Johari Yap di kolum Sinarnya. Via Sinar Harian

Dapatan dari kajian tu menunjukkan alkohol adalah penyumbang besar kepada masalah kesihatan. Kajian tu melibatkan mereka yang berumur 15 hingga 95 tahun, ada yang minum satu gelas minuman beralkohol sehari dan ada pulak yang langsung tak minum alkohol.

Daripada 100,000 peserta kajian yang tak ambil alkohol, seramai 914 orang ada masalah kesihatan seperti kanser. Jumlah tu bertambah lima kali ganda bagi mereka yang minum satu gelas minuman beralkohol sehari. Alkohol adalah penyebab kepada kematian, ketidakupayaan dan kecederaan.

Garis panduan Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom pada tahun 2016 juga menyatakan takde kadar selamat untuk pengambilan alkohol (no safe level of alcohol consumption). Negara-negara Barat dah mula kawal situasi rakyat pemabuk tu. Di Republik Ireland, minum arak di tempat awam dilarang sama sekali kecuali di pub atau restoran berlesen.

Begitu juga Kanada (kecuali Quebec), minum arak di tempat awam menjadi satu kesalahan. Negara-negara lain yang melarang minum arak di tempat awam ialah Perancis, Norway, Lithuania dan Chile.

Arak semasa PKP ni bahaya, kemabukan boleh menyebabkan keganasan rumah tangga…

Seperti yang kami dah ulas panjang lebar tentang keburukan arak, orang yang mabuk ni akan mudah hilang pertimbangan. Cuba korang bayangkan kalau salah seorang daripada pasangan mabuk, diorang ada kecenderungan untuk memukul atau lakukan keganasan lain terhadap pasangan atau anaknya. Masa orang mabuk, trick nak buat suara doraemon jelas-jelas tak akan menjadi.

Oleh sebab itu kami rasa syarikat arak ni tak penting pun, kami pun tak faham kenapa ia dibenarkan beroperasi pada waktu-waktu krisis macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *