Harga barang masa musim raya nampak okay, nampaknya kerana ada SHMMP

Harga barang masa musim raya nampak okay, nampaknya kerana ada SHMMP

Isu kenaikan harga barangan ke­perluan asas pengguna se­tiap kali menjelang musim pe­rayaan. Ritual ni kemudiannya akan membawa kepada rungutan orang ramai. Ada sesetengah golongan pengeluar, pemborong dan penjual yang memanipulasi pengguna dengan mengenakan harga yang lebih tinggi. Permintaan yang tinggi daripada pelanggan menyebabkan ramai yang berkejar-kejar merebut peluang menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau secara atas talian.

Kenaikan harga barangan telah beri kesan pada semua orang. Kehidupan rakyat semakin terhimpit. Suasana ni menekan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, yang terpaksa hidup bagai ‘kain basah kering di pinggang.’

Nampaknya kali ni positif sikit, harap benda ni dapatlah dikekalkan

Nampaknya musim Aidilfitri tahun ni menyaksikan harga barangan keperluan masih lebih kurang sama dengan harga semasa tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). SHMMP diperkenalkan bagi mengelakkan para peniaga ambil kesempatan ke atas pengguna untuk mengaut untung berlebihan dengan menaikkan harga barangan keperluan. Antara barangan yang disenaraikan ialah ayam hidup, daging lembu tempatan, cili kering, tomato, telur ayam, bawang merah kecil, ubi kentang import dan ikan kembung.

Berita lama, tahun ni macam dah takde. Via Sinar

Perlanjutan SHMMP dari 15 hari kepada 30 hari dan penambahan beberapa item sebagai barangan kawalan jadi faktor penting harga barangan utama perayaan tidak melambung tinggi. Hal ni berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan oleh Seksyen Kawalan Harga dan Anti Pencatutan KPDNHEP.

Bekalan juga mencukupi dan kualiti barangan jualan adalahbaik. Bekalan makanan utama termasuk ayam, telur dan kelapa juga adalah mencukupi di kebanyakan tempat, bagi memenuhi keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Pastinya pencapaian ini diperoleh hasil kerjasama erat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memastikan perkara itu.

Ini contoh SHMMP tu. Via KPDNHEP

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ni melakukan pemantauan mengejut di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan. Dalam lawatan itu, Saifuddin bersama pegawai penguatkuasaan kementerian meneliti pergerakan harga barang selepas tamat tempoh SHMMP, menilai kepatuhan terhadap undang-undang pengguna serta mendapat maklum balas daripada peniaga dan pengguna.

Pemantauan dan penguatkuasaan penting, kalau tak dilaksanakan peniaga boleh naikkan barang sesuka hati

Pemantauan secara kerap penting bagi menangani sebarang pencatutan dan menjaga kebajikan pengguna. Serbuan secara berterusan di tempat-tempat terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar borong perlu bagi mengekang lambakan peniaga warga asing. KPDNHEP dilaporkan kini mengadakan kerjasama erat dengan penguat kuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihak berkuasa tempatan, polis dan Jabatan Imigresen.

Selain tu, ia dapat mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika melalui kehadiran pegawai penguatkuasa. Penguatkuasaan yang dibuat di pasar borong sebagai contoh, adalah penting bagi membolehkan peniaga kecil dan peruncit mernjual pada harga berpatutan kepada pengguna.

Pantau jangan tak pantau. Via Mstar

Kempen pendidikan serta kesedaran berkenaan jimat cermat dalam kalangan pengguna perlu dipergiat, malah disemai dari kecil. Untuk jadi insan yang cakna, kita mesti bijak berbelanja. Pengguna perlu bijak berbelanja dalam urusan membeli barang keperluan rumah dan harus pandai memanfaatkan hak sebagai pengguna. Kita perlu melatih diri untuk menahan nafsu ketika berbelanja, selain membeli perkara yang tak perlu. Kalau tak, kesihatan kewangan kita akan terancam, lagi-lagi bila ada yang mengamalkan konsep ‘beli dulu, baru fikir.’

Para pengguna juga mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya mendapati sebarang kenaikan harga secara mendadak atau ketidakpatuhan terhadap undang-undang pengguna. KPDNHEP kini turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan. Aduan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar Ez Adu.

Bila tiba hari raya. Via Giphy

Daripada aduan membabitkan kenaikan harga makanan di restoran atau kedai makan, sehinggalah penipuan perniagaan atas talian dan iklan yang mengelirukan, kita semua mesti memainkan peranan masing-masing. Para pengguna perlu lebih berhati-hati dengan menyemak paparan iklan terlebih bagi mengelak daripada tertipu. Pengguna juga boleh memanfaatkan tribunal tuntutan pengguna sebagai platform untuk membuat tuntuan gantirugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan.

Semua pihak ada peranan dalam isu harga barang

Baik musim perayaan atau pun bukan, para peniaga tidak seharusnya menaikkan harga sewenang-wenangnya walaupun tempoh SHMMP telah berakhir. Harga barang perlu dipantau secara serius, memandangkan ia boleh menimbulkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara, jika tidak disantuni dengan sewajarnya.

Tolong bagi tomato 3 kilo! Via Sinar Harian

Seorang pakar ekonomi, Adam Smith menerusi teori ‘invisible hand’ menyatakan bahawa pasaran perlu dibiarkan menentukan keseimbangannya sendiri. Namun, dalam konteks Malaysia, peranan serta campur tangan pihak kementerian tidak boleh dipisahkan daripada realiti semasa.

Harapan pengguna adalah pihak kerajaan mesti lebih tegas dan mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan iaitu bermula dari pembekal dan pemborong hinggalah ke peniaga akhir. Kerajaan sepatutnya ada mekanisme yang kukuh untuk mengawal setiap pihak yang terlibat dalam urusan perniagaan barangan keperluan pengguna. Baik pembekal, pemborong mahupun peniaga perlu dipantau. Hal ini sangat penting, kerana ia berikat rapat dengan kos sara hidup di Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top