Kes baharu 15K? Nik Muhammad Zawawi kata strategi Malaysia antara terbaik di dunia

f1

Semalam kita dikejutkan dengan jumlah kes baharu Covid-19 telah mencecah angka 15 ribu, sesuatu yang kita tak pernah bayangkan apabila darurat diumumkan. Ketika darurat diumumkan, kita diberitahu semua itu perlu dilakukan untuk membendung Covid-19. Malangnya, setelah tujuh bulan Malaysia beroperasi tanpa semak imbang di Parlimen, kes Covid-19 melonjak naik. Dalam bahasa mudahnya, darurat yang diumumkan ini ternyata telah gagal dan kita perlu mencari strategi baharu untuk menangani Covid-19.

728 X 90

Walaupun sedang berhadapan dengan angka kes baharu Covid-19 yang membimbangkan, Nik Zawawi kata strategi kita terbaik di dunia

Beberapa hari lepas, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ada dedahkan tiga orang wakil pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 telah menolak darurat diteruskan selepas 1 Ogos. Dia yang merupakan seorang ahli dalam jawatankuasa itu mendakwa wakil pembangkang yang menganggotai jawatankuasa terbabit juga kadangkala tidak membincangkan masalah Covid-19 sebaliknya mempertikai mengenai pembukaan Parlimen.

Dia juga berkata dalam jawatankuasa darurat kadang-kadang tak bincang masalah Covid-19, (tetapi) pertikai (berkenaan pembukaan) Parlimen. (Bila) buat pengundian adakah darurat ini perlu diteruskan akhir sekali yang tinggal pembangkang tiga orang sahaja dalam jawatankuasa tidak menyokong berbanding ramai-ramai (menyokong).

Dia kata macam tu ketika jadi panelis Wacana Sinar edisi ke-275 bertajuk, Buka Parlimen: Kuasa atau Rakyat yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis. Wacana tu turut tampilkan Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Abdul Aziz Bari; Ketua Pemuda Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dan Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.

Bagi mereka yang tak tahu, ada tiga wakil pembangkang yang jadi ahli dalam jawatankuasa tu yang libatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

4
Ahli-ahli dalam Jawatankuasa Bebas Darurat. Via Awani

Nik Muhammad Zawawi turut mengatakan selain wakil pembangkang, ada juga pengarah kesihatan, pengarah keselamatan, pengarah bahagian ekonomi yang jadi ahli dan diorang berkongsi maklumat dalam jawatankuasa tu. Dalam pada itu, dia yang merupakan Ketua Dewan Ulamak Pas turut sifatkan pengurusan Covid-19 negara kita adalah antara yang terbaik di dunia.

“Secara jujurnya saya sebut bahawa dalam negara kita kalau bertukar kerajaan saya yakin tidak ada kerajaan yang lebih baik berbanding dengan hari ini, tidak ada. Kalau kita nak kata si polan bin si polan dia sudah memerintah sebelum ini. Jangan nak kata tangani Covid-19, nak tangani orang miskin pun tidak mampu,” – Nik Muhammad Zawawi, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Pendirian tiga pemimpin pembangkang ternyata berjaya meyakinkan YDPA untuk tamatkan darurat

Bagi Ketua Pemuda Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin; dia pertahankan tindakan tiga wakil pembangkang yang berpendirian untuk menolak darurat diteruskan selepas 1 Ogos. Katanya, hasil daripada pandangan diutarakan oleh tiga wakil pembangkang itu diterima dan dizahirkan melalui Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang tidak bersetuju darurat diteruskan.

Apa yang dia maksudkan adalah tiga wakil pembangkang itu berjaya yakinkan Majlis Raja-Raja dan Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dia kata macam tu dalam forum yang sama dihadiri oleh Nik Muhammad Zawawi.

Tiga wakil pembangkang yang dimaksudkan adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Abu Hafiz turut menegaskan pengarah-pengarah yang menganggotai ahli dalam jawatankuasa tu sepatutnya memberikan input penerangan mereka dalam jawatankuasa berkenaan kepada orang ramai.

Dia turut menyindir Nik Muhammad Zawawi yang mengatakan pengurusan Covid-19 negara ini antara yang terbaik di dunia.

Budak dua ekor ni pun gelak dengar. Via Giphy

“Tidak perlu jauh, pergi ke media sosial sama ada ke Facebook, Instagram, Twitter mereka menzahirkan apa yang mereka rasakan pada ketika ini, pengurusannya adalah pengurusan yang sangat teruk. Cuma saya tidak pasti di mana yang kenyataan pengurusan yang terbaik di dunia mungkin beberapa bulan sebelum ini atau tahun lepas itu ada disebutkan,” jelasnya.

Adalah lebih baik kita terima hakikat kita gagal, daripada berlidah manis

Secara jujur, kami sukar nak terima pandangan yang mengatakan pengurusan Covid-19 di negara kita merupakan antara yang terbaik di dunia, memandangkan semakin hari semakin banyak kes yang dilaporkan berlaku. Apa yang kita patut buat adalah mengakui kita memiliki kelemahan yang besar dalam menangani kes Covid-19, dan cuba merangka strategi baharu. Kita sejak kecil diajarkan; kejujuran yang pahit adalah jauh lebih baik daripada pembohongan yang manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *