Sarawak tak jadi bubar DUN, cipta sejarah tadbir lebih dari lima tahun

f1

Sejak tahun lalu, kita dah ‘berhutang’ beberapa pilihan raya kecil. Selain PRN Sabah, kesemuanya dah dipersetujui untuk ditangguhkan hingga ke suatu masa yang lebih sesuai. Kami setuju jugak dengan keputusan ni, apatah lagi apabila dah ada kajian yang berjaya membuktikan bahawa PRN Sabah ni membawa implikasi yang besar kepada kluster-kluster di seluruh negara. Tentunya, ni suatu pelajaran buat kita.

728 X 90

Namun pada tahun ni pulak, kita ada satu lagi pilihan raya negeri iaitu pilihan raya negeri Sarawak. Jika dilihat, tampak bersungguh sebenarnya kerajaan persekutuan cuba nak usahakan PRN Sarawak agar ia diteruskan. Bila dah sah ditangguhkan, apa perkembangan seterusnya kat Sarawak?

sarawak re
Via Utusan

Bersatu, PAS dan UMNO jamin tak bertanding di Sarawak, PKR terpecah dua

Salah satu keunikan pilihan raya Sarawak ni adalah diorang tak ikut tarikh pilihan raya umum (PRU) sebagaimana negeri-negeri lain. Ditambah lagi, rakyat Sarawak dilihat tak terlalu terpengaruh dengan sentimen parti-parti utama seperti UMNO dan Bersatu. Parti-parti tempatan sebaliknya mendominasi suasana pilihan raya di sana.

Oleh sebab itulah, bukan suatu yang mengejutkan apabila Bersatu pernah jamin takkan bertanding dalam PRN Sarawak ke-12. Hal ni disahkan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing. Persetujuan tu dicapai dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada tahun lalu.

“Bersatu sudah memberi jaminan untuk tidak bertanding di negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri dan umum serta jaminan ini diberikan oleh Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu. Kita (GPS) berharap mereka berpegang teguh kepada janji dan mengharapkan perkara yang sama daripada pihak mereka,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

james jemut masing
Ni lah Dr. James Jemut Masing..-via The New Sarawak

Tambah Timbalan KM Sarawak tu lagi, sekiranya Bersatu tak kotakan janji diorang… GPS akan pertahankan hak diorang tanpa kompromi. Pada Julai tahun lalu jugak, Masing turut mengesahkan bahawa PAS pun takkan bertanding di Sarawak menerusi PRN dan PRU. GPS jugak berjaya menyekat UMNO untuk ‘masuk’ ke Sarawak, sekaligus mempertahankan dominasi parti tempatan di negeri tu.

“UMNO yakin dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sementelahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN. UMNO doakan GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan kelak,”- Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, seperti yang dilaporkan pada Sinar Harian

pbb/persiapan pilihan raya negeri ke 11
Via New Straits Times

Macam kami katalah sebelum ni… pilihan raya kat Sarawak memang unik. Sabah sendiri ditadbir oleh parti yang berpusatkan di Semenanjung Malaysia, meskipun diorang kata diorang bebas untuk buat keputusan yang sesuai dengan kepentingan negeri. Cabang PKR di Sarawak jugak mengalami masalah ni, iaitu apabila wujud perpecahan dalaman dulu antara kem Azmin dan kem Rafizi. Kemudiannya, berlaku masalah dalaman pulak antara Anwar dan Azmin sehinggakan ramai ADUN yang menang di Sarawak keluar dari PKR.

“Jika kepimpinan pusat tidak menghiraukan mereka, parti (PKR) akan lemah dalam PRU15. Kepimpinan PKR Sarawak telah lama dibiarkan kerana persaingan antara Azmin dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (bekas presiden PRK),”- Prof Awang Azman Awang Pawi, pakar sosiopolitik Universiti Malaya (UM), seperti yang dilaporkan The Straits Times

Sarawak tak jadi bubar DUN, cipta sejarah tadbir lebih dari lima tahun

Sekarang ni, Sarawak mencipta sejarah apabila PRN Sarawak ditunda dan wakil rakyat masih lagi kekal status diorang. Pada mulanya, Sarawak sendiri tak pasti sama ada YDP Agong nak perkenan atau tak mengenai penangguhan khas pembubaran DUN Sarawak memandangkan belum ada lagi kes seperti ni berlaku dalam lipatan sejarah politik kita.

Terdahulu, di bawah perlembagaan negeri, sepatutnya tempoh DUN semasa akan berakhir pada 6 Jun iaitu genap lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya. Secara teknikalnya, peruntukan di bawah perlembagaan negeri tak mempunyai kesan susulan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Oleh itu, pembubaran Dun akan ditetapkan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Al-Sultan Abdullah selepas berunding dengan Abdul Taib. Kami mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan. Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) juga akan menghadap Al-Sultan Abdullah,”- Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Agung GPS, seperti yang dilaporkan Harian Metro

gps alexander linggi
Alexander Nanta Linggi..-via Malay Mail

Hal ni kemudiannya disahkan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak. Dia maklumkan bahawa SPR dah terima makluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar tentang tamat tempoh DUN yang ke-18. Dia jugak dilaporkan kata, DUN Sarawak akan kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan.

Dalam pandangan sorang sorang kolumnis pulak, dia tanya… apa jadi apabila dah sampai 1 Ogos? Kata Rudi Affendi Khalik, di atas kertas… jika proklamasi darurat ditarik balik, maka dalam tempoh 60 hari lepas tu, pilihan raya boleh diadakan. Namun begitu, ia boleh jadi lebih awal sekiranya keadaan mengizinkan, iaitu apabila situasi Covid-19 semakin reda dan proses vaksinasi capai imunisasi kelompok.

Boleh jadi jugak, ia akan jadi lebih lama sekiranya situasi semakin memburuk memandangkan keadaan jangkitan tak terkawal. Jika hal tersebut berlaku, Sarawak masih mempunyai lebih 100 hari sebelum pilihan raya diadakan semula. Mengikut sumber kolumnis, KM Sarawak dah tangguh 3 kali urusan pembubaran ni kerana situasi pandemik.

Setakat ni, Sarawak dah masuk fasa 2 dan dah izinkan buka lebih banyak kedai pada awal bulan ni. Pemberian vaksin jugak dah boleh ‘walk-in’ di negeri tersebut bermula 23 Julai, setelah kerajaan negeri jugak terlibat langsung memberikan vaksin secara hibrid. Data dalam laman vaksincovid.gov.my melaporkan bahawa Sarawak mencatat 85.2% sudah berdaftar, dan 54.9% dah terima vaksinasi dos pertama.

sarawak vaksincovid
Tangkap layar daripada laman rasmi Vaksincovid

Walaupun begitu, Sarawak jugak mencatatkan 76 lagi kes baharu varian Delta. Untuk pengetahuan korang, varian Delta ni jauh lebih pantas penularannya berbanding varian lain. Sedikit sebanyak, hal ni menduga kebolehan Sarawak untuk ‘pulih’ dengan lebih pantas sebelum 1 Ogos kelak. Kita akan ketahui bagaimana keputusan PRN Sarawak selepas 1 Ogos.

Jika sekarang, diorang boleh minta tangguh di bawah Proklamasi Darurat. Bagaimana pulak lepas Proklamasi tersebut ditarik? Macam kolumnis tu kata sebelum ni, Sarawak ada 60 hari untuk bubar DUN. 100 hari lebih jika situasi Covid-19 masih lagi teruk. Harapnya Sarawak akan menjadi muncul jadi model pilihan raya norma baharu yang lebih baik daripada PRN Sabah sebelum ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *