Kes bil percutian Azmin, Zuraida kata hal biasa, Kadir Jasin persoal maruah Melayu

Kadir Jasin Bernama 281018 1

Beberapa hari lepas kami ada cover cerita tentang Azmin Ali yang dikatakan tak bayar bil pelancongan diri dan keluarganya. Dalam artikel tu kami ada jugak persoalkan macam mana dia boleh melancong dengan bil yang begitu mahal, sedangkan harta yang diberitahu pada orang ramai takdelah banyak mana.

Beberapa hari lepas, dia disindir pulak oleh seorang wartawan yang terkenal kat Malaysia. Kali ni wartawan tu persoalkan tentang ‘maruah Melayu’ yang sinonim dengan Azmin memandangkan dia turut hadir dalam Kongres Maruah Melayu beberapa bulan lepas…

A Kadir Jasin sindir Azmin sebab dia tak bayar hutang percutian…

Wartawan veteran A Kadir Jasin dipercayai menyindir Mohamed Azmin Ali susulan laporan yang mendakwa sebuah agensi pelancongan failkan saman lebih RM300,000 terhadap menteri hal ehwal ekonomi tu berhubung tunggakan bil perjalanan. Dalam hantaran Facebook tu, Kadir yang juga penasihat komunikasi Perdana Menteri turut persoalkan “maruah” orang Melayu.

S1
Wuuu. Pedih. Via FB

“Hutang pelajaran tak bayar. Hutang kereta tak bayar. Sekarang hutang percutian pula tak bayar. Maruah Melayu apa?” Kadir Jasin, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today

Artikel Sarawak Report sebelum tu laporkan Azmin didakwa di mahkamah berhubung bil tertunggak termasuk bil perjalanan peribadi keluarga dan perjalanannya ke Sandakan semasa pilihan raya kecil di sana awal tahun ni.

Azmin Ali nak disaman sebab tak bayar bil pelancongan lebih RM300K

Laman web tu yang memetik dokumen yang difailkan YHA Travel & Tours, berkata jumlah itu termasuk penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan. Azmin kata dia akan membayar apa sahaja bil perjalanan yang dia masih terhutang, walaupun dia belum lihat writ saman yang difailkan kepadanya.

Apabila ditanya mengapa terdapat laporan mengatakan beliau dibawa ke mahkamah, Azmin berkata dia tak tahu. Macam yang kami kata hari tu, pengurusan kes saman tu ditetapkan pada 3 Disember ni di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Zuraida pulak kata benda tu adalah hal biasa, lagi pun Azmin tak nafikan…

Apabila berlaku sesuatu kepada pemimpin, mesti ada orang yang akan pertahankan, benda biasalah. Kes saman sebuah agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa ada tunggakan bil pelancongannya tak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Itu kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang beranggapan benda tu adalah satu perkara biasa.

Jkurban120919

“Ramai orang tidak bayar bil masing-masing, dan lagipun dia (Azmin) sudah berjanji untuk bayar, jadi tiada isu, dia tidak menafikan perkara itu,” – Zuraida Kamaruddin, katanya ketika ditemui selepas melancarkan Skim Perumahan Mampu Milik, seperti yang dilaporkan Free Malaysian Today

Mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan penahanan anak kepada syarikat pelancongan tu  mempunyai kaitan dengan video penyebaran sebuah yang dikaitkan dengan Azmin, dia kata perkara tu mungkin sekadar kebetulan dan tiada kaitan.

Via Giphy

“Saya rasa itu hanya kebetulan, saya difahamkan syarikat tu dah berkhidmat untuk Azmin sejak lebih 20 tahun lalu. Ini hanya urusan perniagaan dan mereka sedang menyemak bil berkenaan mungkin Azmin terlepas pandang,” – Zuraida Kamaruddin, katanya ketika ditemui selepas melancarkan Skim Perumahan Mampu Milik, seperti yang dilaporkan Free Malaysian Today

Bagi yang masih lagi tak tahu, pada Ogos dan September lalu, syarikat pelancongan tu mendakwa Azmin berhutang bagi perjalanan dan penginapan antara September 2018 dan Ogos 2019 berjumlah RM329,000.

Di mana terletaknya maruah Melayu? Sesuatu yang kita sama-sama perlu fikirkan…

Apabila baca komentar Kadir Jasin ni, kami terfikir jugak – apa sebenarnya yang dimaksudkan maruah Melayu? Atau macam mana sesebuah bangsa tu akan jadi bermaruah? Adakah apabila sesebuah bangsa tu merupakan ‘majoriti’ atau mendominasi pentadbiran sesebuah negara ia akan lebih bermaruah?

54
Via Berita Harian

Tentu sahaja setiap orang ada pandangan dia tersendiri dengan istilah maruah Melayu. Bagi kami semua bangsa bermaruah dan ada keistimewaannya yang tersendiri. Tak ada bangsa yang lebih agung daripada bangsa yang lain. Bangsa yang mampu berfikiran terbuka, tidak menindas orang lain, berfikiran kritikal dan sederhana ketika berbeza adalah antara ciri bangsa yang bermaruah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *