Malaysia nak bawak masuk pekerja Afrika, ini fakta menarik tentang benua tu

Semalam ramai yang bising setelah membaca kenyataan Menteri Sumber Manusia, M KulaSegaran kata pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tak mahu lagi datang kat Malaysia disebabkan gaji yang diterima kat negara ni tak jauh beza dengan upah yang diorang dapat kat negara diorang. Disebabkan benda tu, kerajaan katanya akan pertimbangkan untuk ambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang. Jangan gelabah dulu, baru peringkat cadangan ye.

“Ini satu permulaan dan kita akan melihat kesesuaian (pekerja asing dari negara Afrika) kerana pihak kementerian ada menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari negara itu untuk bekerja dalam sektor perladangan,” – M KulaSegaran, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini

Via Meme Generator

Apabila kami baca komen-komen netizen, kami dapati ada beberapa komen yang tunjukkan diorang macam tak tahu pun Afrika tu kat mana, main bedal je. Kami yakin kalau korang tunjukkan peta dunia kat geng-geng ni, dan suruh tunjukkan kat mana Benua Afrika, mesti diorang struggle. Sebenarnya ada beberapa benda yang menarik tentang Benua Afrika, benda tu yang kami akan kongsikan hari ni…

1. Manusia terawal dikatakan datang daripada Benua Afrika

Antara yang menarik tentang Afrika, berdasarkan kajian tentang asal-usul manusia, dikatakan manusia terawal berhijrah dari Afrika ke Asia di antara 2 juta dan 1.8 juta tahun yang lalu. Diorang masuk ke Eropah agak lewat, antara 1.5 juta hingga 1 juta tahun lepas. Lepas tu, spesies manusia moden mendiami beberapa kawasan di dunia. Contohnya, orang yang pertama datang ke Australia mungkin dalam tempoh 60,000 tahun lalu. Penghijrahan ke Amerika pulak berlaku dalam tempoh 30,000 tahun yang lalu. Bagi yang dah lupa kelas sejarah, permulaan pertanian dan kebangkitan tamadun pertama berlaku dalam 12,000 tahun yang lalu.

Via Telegraph

2. Badak air membunuh lebih ramai orang berbanding haiwan buas yang lain

Sebenarnya apabila kita sebut pasal Benua Afrika, mesti ramai yang fikir haiwan buas macam singa dan badak yang akan paling banyak bunuh manusia. Sebenarnya badak air bertanggungjawab untuk kebanyakan kematian manusia di Afrika berbanding haiwan lain.Badak air jantan aktif mempertahankan wilayah diorang yang kerap kali berlari bersama tepi sungai. Badak air betina pulak diketahui menjadi sangat menjaga dan agresif terutamanya terutamanya bagi yang baru melahirkan anak. Badak air ni mempunyai rahang yang berstruktur dengan baik dan ada gigi sepanjang 20 inci.

Kat Malaysia tak perlu takut pada binatang, tapi perlu takut pada orang. Lebih-lebih lagi kaki kencing.

3. Gurun terbesar ada kat Afrika, ni mesti korang dah tahukan

Gurun terbesar di dunia, Sahara, terletak di bahagian utara Afrika. Sahara mempunyai luas permukaan 9 juta kilometer persegi (3.5 juta persegi batu), dan ia berdiri sebagai padang pasir terbesar kat dunia. Cuba bayangkan kalau sesat kat Gurun Sahara ni, mesti akan menangis tak ke sudah. Gurun Sahara ni memang agak famous, kalau korang tak silap masa kat sekolah menengah dulu kita ada belajar.

Sesat ke bang? Via Voa Islam

4. Di Benua Afrika ada kira-kira 1,500 bahasa yang berbeza

Afrika membentuk kira-kira 15% penduduk dunia, Afrika didiami kira-kira 1 bilion orang. Kerana peningkatan penduduk dan kadar jangkaan tempoh hidup yang rendah di Afrika, selalunya umur penduduk Afrika kurang daripada 30 tahun. Kepelbagaian kat benua ini memiliki lebih daripada 1,500 bahasa yang berbeza yang mewakili suku, dan hanya dituturkan di Afrika. Agak-agaknya kalau diorang nak datang Malaysia, diorang nak guna bahasa apa?

Via Answer Africa

Sebenarnya pernah ada rakyat Malaysia yang pernah kena tipu berkenaan pekerjaan di Afrika

Asyik cakap orang Afrika je nak ke sini, sebenarnya rakyat kita pun ada yang nak ke Afrika untuk cari kerja. Pada bulan Februari tahun ni, lapan rakyat Malaysia terkandas di Liberia selepas ditipu satu sindiket pekerjaan. Akhirnya diorang berjaya pulang ke tanah air melalui usaha diplomatik Wisma Putra untuk membebaskan diorang.

Selain daripada lambakan pekerja asing yang dihadapi Malaysia – kita jugak kena fikir tentang isu sindiket penipuan pekerjaan yang mungkin akan berlaku. So benda ni agak rumitlah, banyak benda nak dipertimbangkan. Rakyat Malaysia bukan malas nak buat kerja-kerja berat (sektor 3D), tapi kadar gaji selalunya terlalu rendah. Cuba naikkan gaji dalam sektor 3D dan pertanian, mesti ramai pekerja tempatan yang nak bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *