Muhyiddin tanya UMMAH mereka kat mana ketika isu Tabung Haji

Muhyiddin tanya UMMAH mereka kat mana ketika isu Tabung Haji

Sejak 10 tahun kebelakangan ni, budaya demonstrasi dah macam menjadi salah satu elemen penting dalam sistem demokrasi yang ada kat negara ni. Selalunya kalau ada pihak yang nak nyatakan tuntutan mereka secara agresif dengan jumlah yang ramai – demonstrasilah jalan yang akan diambil. Nak sembang pasal demonstrasi ni, macam-macam cerita yang ada – bermula dari kejar-mengejar polis dan pendemostran, sampailah ada orang yang masuk ke penjara.

Hari ni (4 Mei 2019) – ada kumpulan yang akan adakan perhimpunan sebab katanya ada banyak ancaman terhadap kedaulatan agama dan negara. Oleh sebab tu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam.

Akan berdemo sebab kedaulatan Islam terancam

Timbalan pengerusi Ummah, Kamaruzaman Mohamad kata pihaknya akan membangkitkan isu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada perhimpunan kali ni. Selain itu, isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, dan isu-isu lain yang berkaitan akan disentuh.

Via Harakah

“Himpunan ini akan bermula di Masjid Jamek selepas daripada solat zuhur dan akan berakhir di Sogo sebagai pentas ucapan pimpinan NGO dan parti politik yang hadir bersama. Himpunan ini akan menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, isu UEC, dan isu-isu lain yang berkaitan,” – Kamaruzaman

Untuk acara kali ni, seramai 10 orang wakil NGO dan beberapa tokoh ahli politik yang akan hadir berucap. Agak-agaknya, siapalah yang akan beri ucapankan?

Via BebasNews

Macam yang semua dah tahu, pada 5 April lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom. Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan kerana statut itu membahayakan negara tetapi disebabkan kekeliruan oleh “orang tertentu yang ingin bebas memukul orang.”

Tapi, kata Muhyiddin semua ni demi politik je

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal rancangan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menganjur perhimpunan “membela Islam” di ibu negara esok tetapi berdiam diri dalam isu Tabung Haji. Menteri dalam Negeri percaya kumpulan tu ada kepentingan politik dan mahu mencemar imej Pakatan Harapan (PH) konon tidak berminat melindungi kebajikan umat Islam.

Via The Star

“Mereka melakukan semua ini dengan mengorbankan agama untuk mendapatkan lebih banyak pengikut dan sokongan. Tetapi sebenarnya jika mereka benar-benar berminat untuk mempertahankan Islam, di mana mereka ketika isu Tabung Haji timbul?” – Muhyiddin

Bukan setakat tu, Muhyiddin jugak persoalkan beberapa perkara tentang perhimpunan kali ni. Dia tanya – di mana kumpulan ni apabila hutang negara kita didedahkan? Jika mereka berniat baik terhadap Islam, apa yang mereka lakukan? Muhyiddin siap mengulas skandal kewangan yang menimpa Tabung Haji yang mula digali selepas PH mengambil alih kerajaan persekutuan.

Tahun lepas, Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa berkata laporan akaun Tabung Haji pada 2017 menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017. Disebabkan masalah ni, kadar hibah yang dikeluarkan oleh Tabung Haji lebih rendah berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Kami ada je tulis satu artikel dan siap buat video untuk beri kefahaman kepada orang awam terhadap isu sebenar masalah ni.

Betul ke kedaulatan orang Islam tengah tercabar

Melihat kepada situasi yang ada pada hari ni, ada pihak yang beranggapan Islam sedang berada pada fasa yang kritikal setelah Pakatan Harapan jadi kerajaan. Tapi, nampaknya ada sesetengah isu yang sengaja disensasikan untuk menaikkan kemarahan umat Islam dan Melayu. Apa yang penting, kita tak boleh terlalu terperangkap dengan sentimen bangsa dan agama – sebabnya kalau dua benda ni je asyik dibincangkan, bila masa kita nak bincang pasal polisi dan tadbir urus kerajaan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print