Najib kena bela diri, dia ada TIGA pilihan, ini pilihan yang diambil…

S1

Kes SRC International ni boleh dikatakan antara kes yang paling mendapat tumpuan dari rakyat Malaysia. Sebabnya ia melibatkan bekas Perdana Menteri kita, Najib Razak. Bagi yang kurang faham tentang perbicaraan Mahkamah, mungkin dia akan rasa lama gila kes ni nak dibuktikan bersalah. Korang perlu tahu – Mahkamah akan cuba melakukan keputusan dengan setepat dan seadil yang mungkin ketika membuat keputusan.

Maksudnya, diorang akan tengok dari semua sudut, bukti, saksi dan seumpamanya. Benda-benda ni pulak bukan senang nak dapat, makan masa. Sebab tu perbicaraan kes ni berlangsung dengan panjang. Akhirnya hari ini kita dapat perkembangan yang terbaru, iaitu…

Najib Razak diarah bela diri, kini dia ada TIGA pilihan…

Datuk Seri Najib Tun Razak diperintah membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sebanyak RM42 juta dari dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali umumkan keputusan tu pada pukul 11.34 pagi.

Hakim buat keputusan tu selepas dapati pihak pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri tu bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu. Najib dituduh lakukan semua kesalahan tu antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.

Selepas pertuduhan dibaca, Ketua Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah minta Mahkamah berehat selama kira-kira 30 minit. Muhammad Shafee meminta masa untuk terangkan kepada Najib pilihan yang ada untuk membela diri.

S1
Najib Razak. Via Sinar Harian

Pilihan tu adalah beri keterangan bersumpah dari tempat duduk saksi yang mana dia tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan; keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh (memberi keterangan dari kandang tertuduh); dan pilihan terakhir adalah berdiam diri.

Keterangan dari tempat duduk saksi akan lebih meyakinkan mahkamah berbanding dua pilihan lagi. Kalau tertuduh pilih untuk berdiam diri, Mahkamah takde pilihan melainkan mensabitkan tertuduh. Perbicaraan keputusan kes SRC yang bermula pada pukul 11 pagi selepas kes 1MDB berehat sebentar untuk beri peluang kes ni berjalan.

Harap takde orang yang terkejut macam ni. Via Giphy

Perbicaraan kes berprofil tinggi tu yang mengambil masa selama 58 hari di peringkat kes pendakwaan disifatkan antara yang paling singkat berlangsung. Prosiding yang dapat perhatian seluruh dunia tu bermula pada 3 April lalu dengan mendengar keterangan saksi pertama iaitu Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah.

S2
Via NST

Ia berakhir dengan keterangan Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, selepas disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Daripada TIGA pilihan yang Najib Razak ada, dia ambil keputusan untuk…

Najib Tun Razak pilih untuk bela diri terhadap semua tujuh tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram menerusi keterangan bersumpah.

Selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali beri arahan kepada Najib untuk membela diri atas semua pertuduhan membabitkan dana RM42 juta untuk kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC). Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Najib Razak
Via YourCentralValley

Perbicaraan kes SRC sebelum ni ditangguhkan selama tiga kali berikutan peguam bela Harvinderjit Singh ambil cuti sakit pada 24 Julai dan perkara sama berlaku kepada Najib apabila bercuti sakit selama tiga hari pada 14 Ogos lalu.

Sementara untuk kali ketiga, pada 15 Julai lalu, Najib dibenarkan hadiri sidang Dewan Rakyat bagi perbahasan dan pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi di negara ini daripada 21 kepada 18 tahun.

Hakim Mohd Nazlan kata Najib ada kepentingan dalam SRC dan ada kawalan keseluruhan menyebabkan RM42 juta didepositikan ke dalam akaunnya bagi kepuasannya. Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Bila kau dah banyak sangat duit. Via Giphy

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tak kurang lima kali ganda dari nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Najib Razak terkejut tak dilepaskan oleh Mahkamah…

Kalau tengok laporan Malaysia Insight, dikatakan Najib terkejut apabila dapat tahu yang dia tak dilepaskan oleh Mahkamah. Dan benda ni bukan kali pertama Najib ‘terkejut’. Nampaknya perbicaraan kes ni pada bulan depan tentunya akan dapat perhatian ramai pihak. Kami harap jika berjaya dibuktikan dia bersalah, maka hukuman yang setimpal patut dikenakan. Sama-sama kita tengok perkembangan nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *