Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
Politik

Najib Razak buat sumpah laknat, apa sebenarnya sumpah laknat ni?

By Maisarah
December 20, 2019 3 Min Read
Comments Off on Najib Razak buat sumpah laknat, apa sebenarnya sumpah laknat ni?

Malaysia Baru pasca Pilihanraya ke-14 memang tak pernah sunyi sepi dari sebarang kontroversi, kan? Baru-baru ini kecoh pula pasal akuan bersumpah Azilah Hadri (tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu) bahawa bekas PM, Najib Razak yang jadi dalang sebenar.

Najib Razak
Pengumuman Najib Razak tentang lokasi sumpah laknat yang akan dilakukannya tadi. Via FB Najib Razak

Jadi, Najib Razak di laman profil Facebooknya pun naikkan status yang dia nak buat sumpah laknat untuk menafikan dakwaan Azilah Hadri itu. Tapi, sebenarnya sumpah laknat ini boleh buat suka hati, ke?

Apa dia sebenarnya ‘sumpah laknat’ ni, adakah ia sah di sisi undang-undang Islam?

Mungkin ramai juga tak tahu pasal sumpah laknat ni. Jadi mari kami terangkan serba sedikit tentang sumpah ini. Nama pun laknat, mestilah ada pihak yang dilaknat (huish, boleh pulak nak laknat orang?). Dalam situasi ini, sumpah laknat dilafazkan oleh seseorang untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan tertentu.

Saya bersumpah… Via Giphy

Tapi nanti dulu… bukan semua perkara kita boleh buat sumpah laknat. Hanya ada dua situasi saja yang diiktiraf dalam undang-undang syariah, iaitu sumpah mubahalah (berkaitan akidah) dan li’an (suami menuduh isteri berzina).

Walaubagaimanapun, berpandukan rujukan kami melalui laman NGO Ikram, sumpah laknat boleh dilakukan di mahkamah dalam kes bunuh, berpandukan pendapat Imam Al-Shafie dan hadis berikut:

Daripada Ibnu Abbas RA, sabda Rasulullah SAW:

“Bukti itu bagi mereka yang mendakwa, dan (jika pendakwa itu gagal membawakan bukti) bersumpah itu bagi mereka yang menafikan dakwaan itu.” (Hadis hasan riwayat al-Baihaqi dan dikuatkan oleh lafaz-lafaz yang berbeza daripada pelbagai jalur yang sahih).

Prosedur macam mana nak buat sumpah laknat dalam Mahkamah…

Sebelum pernyataan sumpah dilakukan, pihak pendakwa mesti mempunyai bukti dan saksi yang diterima pengakuannya oleh Mahkamah. Maksudnya, bila pendakwa dah ada bukti, sumpah penafian dari pihak defendan tak diperlukan.

Jika pendakwa tidak mampu menyabitkan, (barulah) hakim akan membenarkan pendakwa meminta lawannya iaitu si defendan bersumpah, kerana meminta sumpah itu hak pendakwa. Lalu apabila pendakwa menuntut sumpah itu, hakim akan meminta defendan untuk bersumpah.

Capture
Hakim akan perintahkan pendakwa meminta sumpah sekiranya bukti tak cukup dan penyataan saksi tak diterima. Via syariah.perak.gov.my

Jika defendan bersumpah, hakim akan menarik balik tuduhan ke atasnya, dan jika defendan enggan, hakim akan menghukum ke atas defendan dengan dakwaan pendakwa. Tuntasnya, kalau dah cukup bukti dan pengakuan saksi diterima, defendan bersumpah macam mana pun takkan merubah apa-apa. Jelas, kan?

Sumpah laknat bukan benda baru dalam arena politik Malaysia, dulu pun pernah dibuat

Sesuatu yang anda tak jumpa di negara lain, melainkan di Malaysia ialah sumpah laknat selalu dikaitkan dengan skandal politik.

Antara kes yang popular dengan sumpah laknat ialah kes Saiful Bukhari Azlan yang bersumpah bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Selain Saiful Bukhari, ada lagi kes yang berkait dengan sumpah laknat dan juga DSAI iaitu kes Datuk Trio yang nak pertahankan kebenaran pita seks mereka. (Euww?)

Datuk T1
Via MalaysiaKini

Kami pun tak faham kenapa nak kena sumpah laknat, sudah lah kalau ikut prosedur dalam Mahkamah pun tak akan memberi kesan kepada keputusan kes, inikan pula sumpah-sumpah laknat yang melibatkan politkus di negara kita hanya dibuat di masjid dan bukan mahkamah.

Kami nak berpesan supaya politikus-politikus ni jangan kuat sangat bersumpah ye.

Pada ketika artikel ni ditulis (Jumaat, 20 Disember 2019), bersamaan dengan hari yang mana Najib Razak ingin melakukan sumpah laknat, kami ingin berpesan supaya bertakwalah kepada Allah SWT. Ayat klise kan? Tapi betul, sikit-sikit nak sumpah, susah jugak. Usah bermain-main dengan nama Allah. sebab sumpah palsu ni besar dosanya, kalau betul yakin tak bersalah – bawakan bukti-bukti yang konkrit atau biarkan Mahkamah buat keputusan.

Author

Maisarah

Follow Me
Other Articles
S1
Previous

Mengenang isu Sukan Sea 2019 di Filipina yang perlu dijadikan pengajaran berguna…

Indonesian President Inauguration In Jakarta
Next

Jokowi dinobat Tokoh Asia 2019, turut lantik orang muda untuk bagi idea inovasi

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme