Peguam Negara dikritik di Parlimen kerana berdiam diri dalam isu penting, belum maklumkan siapa pengganti

jabatanpeguam1
Peguam Negara dikritik di Parlimen kerana berdiam diri dalam isu penting, belum maklumkan siapa pengganti

Baru masuk awal bulan Mac, macam-macam isu dah berlaku di tanah air kita. Dari isu politik hinggalah alam sekitar, cabaran tahun ni tetap menguji akal dan jiwa kita. Baru-baru ni, kita dihadapkan dengan isu banjir kilat… sekali lagi menduga ramai khususnya di kawasan Semenanjung Malaysia. Lepas tu pulak, isu 1MDB yang menyaksikan bekas pengarah Astro dikatakan ‘berdamping’ dengan saksi utama kes tersebut, Tim Leissner. Satu kebetulan lagi, isu tuntutan waris Kerajaan Sulu ke atas Sabah tiba-tiba hangat semula di kala PRN Johor sedang berlangsung.

Di sebalik isu-isu ni, Gobind Singh bangun di Parlimen dan mempersoalkan sikap diam diri Peguam Negara. Peguam Negara dilihat hanya membisu dan takde beri penjelasan tentang isu yang tengah melanda negara. Bahkan, status kedudukan Peguam Negara kini masih lagi kabur kerana tempoh lantikan Idrus Harun dah tamat.

jabatan peguam negara
Via FMT

Seolah-olah Malaysia takde Peguam Negara, Gobind persoalkan sikapnya dalam isu tuntutan waris Sulu

Seperti yang kami kata awal tadi, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mempersoalkan sikap Peguam Negara yang mengambil sikap berdiam diri khususnya mengenai beberapa isu perundangan yang jadi perhatian negara sekarang ni. Selain tu, Gobind jugak turut lontarkan persoalan status kedudukan Peguam Negara sebab tempoh Idrus dah tamat. Walau bagaimanapun, setakat ni takde sebarang pengumuman tentang perkara tersebut.

“Nampak seolah-olah pada masa ini kita tiada AG. Saya nak minta kerajaan beri penjelasan apa telah berlaku. Ini sangat penting kerana kita lihat banyak kes besar sedang berlaku…Kes-kes ini menarik perhatian bukan saja di rantau ini tetapi seluruh dunia.

Adakah pelantikan atau tiadanya pelantikan AG ini akan beri kesan kepada kes-kes tertentu?”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

gobind
Gobind di Parlimen.. -Via MSN

Sikap berdiam diri Idrus ni jugak dipersoalkan, termasuklah dalam kes melibatkan tuntutan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) yang disuarakan oleh waris terakhir sultan Sulu. Hal ni dilihat perlu diperjelaskan oleh Peguam Negara, khususnya mengenai tindakan atau prinsip Malaysia dalam isu tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia dilaporkan dah diarahkan perlu membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang terakhir. Kononnya, Malaysia dah langgar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent yang merupakan wakil  syarikat British Utara Borneo.

Kita dah lama berhenti bayar wang pemisahan tahunan sebanyak RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 iaitu selepas insiden pencerobohan bersenjata Lahad Datu. Kita cuma tau benda ni apabila laman sesawang berita Sepanyol La Informacion melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa yang arahkan pembayaran tersebut di mahkamah arbitrasi kat Perancis.

Kalau ikut keputusan tersebut, Malaysia perlu bayar semuanya dalam masa tiga bulan atau perlu bayar faedah lagi… melainkan keputusan tu dibatalkan. Malaysia tak hadir semasa perbicaraan timbang tara ni dan dah cabar semula kesahihan Stampa dan bawa kes tu ke mahkamah jenayah.

“Jumlah (tuntutan) cukup besar. Dalam keadaan seperti ini, kenapa tiada kenyataan daripada AGC (pejabat peguam negara)? Takkan kita ada AG yang (hanya) duduk dan tak beri sebarang penjelasan. Malaysia tak diwakili dalam kes ini. Kita nak tanya kenapa,”- Gobind, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Isu siasatan ke atas suami Zeti Aziz tak ke mana, Badan Peguam tanya kerajaan kenapa lewat lantik Peguam Negara baharu?

Selain itu, isu berhubung 1MDB yang kini melibatkan siasatan ke atas suami bekas Gabenor Zeti Aziz dibangkitkan semula. Sejak pendedahan Tim Leissner, kes siasatan terhadap Tawfiq Ayman seperti takde perkembangan pun. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyati Samsudin kata Pejabat Peguam Negara dah arahkan polis buat siasatan lanjut di Singapura. Namun pada masa ni, diorang tak dapat buat apa-apa memandangkan sempadan masih ditutup.

Gobind menolak alasan tersebut. Katanya:

“Bukan itu saja, saya lihat banyak wakil kerajaan pergi ke Singapura. Ada ruang untuk kita teruskan siasatan,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Baru-baru ni, SPRM keluarkan kenyataan bahawa diorang tak siasat kes Tawfiq Ayman. Sebaliknya, diorang cuma ditugaskan untuk dapatkan semula dana 1MDB di Singapura. Pihak yang dipertanggungjawabkan siasat kes ni adalah PDRM, yang mana telahpun diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara untuk dapatkan dokumen berkaitan transaksi yang dijalankan melalui beberapa institusi kewangan di Singapura serta keterangan saksi di sana.

“Kita sudah beberapa kali berhubung dengan Singapura dan setakat ini, belum dapat lagi ‘lampu hijau’ kerana perkara ini membabitkan dokumen dan juga keterangan saksi. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke sana untuk ambil (dokumen dan keterangan saksi) tanpa kebenaran ataupun bantuan dari negara berkenaan,”- Datuk Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman

Mengenai kontrak Peguam Negara Idrus Harun yang dahpun tamat pada 6 Mac lalu setelah dilantik pada 2020, Presiden Badan Peguam AG Kalidas mempersoalkan kelewatan kerajaan jelaskan ketidaktentuan tentang kontrak Peguam Negara dan kelewatan kerajaan nak umumkan lantikan baharu.

“Lebih berhemat jika Perdana Menteri tidak menunggu sehingga saat-saat terakhir untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pelantikan jika berlaku kekosongan (jawatan) atau pelanjutan lantikan semasa,”- seperti yang dilaporkan FMT

Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggan mengulas lanjut hal tersebut. Merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang);

“Saya tidak boleh mengesahkan apa-apa. Walaupun saya terlibat, bukan terpulang kepada saya untuk membuat pengumuman kerana Perdana Menteri yang akan berbuat demikian,”- seperti yang dipetik The Vibes

wanjunaidi
Wan Junaidi.. -Via Malay Mail

Kami berharap kemelut pelantikan baharu Peguam Negara ni tak menimbulkan masalah di kemudian hari. Memang benar, Peguam Negara merupakan kedudukan yang amat penting dalam negara. Tugas utamanya adalah untuk menasihati Kerajaan dalam pelbagai isu khususnya isu berprofil tinggi seperti tuntutan waris Sulu dan isu 1MDB. Bahkan, kenyataan Peguam Negara ni boleh disifatkan sebagai kenyataan Malaysia sendiri – salah cakap, confirm satu dunia boleh kecam. Sikap berdiam diri ini ada baiknya agar berlaku masalah komunikasi, namun ada jugak sesetengah isu tu memerlukan penjelasan dari Peguam Negara sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top