Rakyat semakin bosan dengan politik, kami ingatkan kepentingan mengundi

f1

Laungan turun mengundi selalu kita dengar tatkala di ambang nak pilihan raya. Pelbagai kempen, gambar dan video tunjuk jari yang bersisa warna biru gelap, membuktikan diorang dah mengundi. Sekarang bila pendaftaran automatik pengundi dan Undi18 dah diimplementasi, keperluan nak turun keluar mengundi semakin tinggi. Hal ni dipersetujui ramai, tapi tak semua benar-benar faham betapa pentingnya nak turun mengundi. Ada yang ikut keluarga je, ada yang saja nak ikut trend, dan ada jugak yang dah tau kepentingan keluar mengundi. Oleh demikian kali ni, kami nak kongsi sikit pasal mengundi dan apa makna sebenar ‘mengundi’ kepada rakyat Malaysia.

pru13 / parlimen wangsa maju
Via Berita Harian

Amalan mengundi paling utama di Athens, kuasa pentadbiran diberi kepada golongan rakyatnya

Bila kita sebut pasal mengundi, kita terus terfikirkan istilah demokrasi. Istilah ni sangat popular pada masa kini, dimana ia mencontohkan ketinggian suara rakyat dalam menentukan arah sesebuah negara. Secara asasnya, lebih kurang macam tu jugaklah sebagaimana yang berlaku kat Malaysia. Amalan pilihan raya, khususnya proses pengundian tu dah lazimnya dilakukan atas beberapa syarat yang dah ditetapkan. Misalnya, bila dah cukup tempoh 5 tahun atau apabila wakil rakyat tu meninggal dunia dan perlu digantikan.

Dalam sejarah ketamadunan manusia, Athens sentiasa disebut sebagai model demokrasi yang utama. Walaupun begitu, Athens bukanlah satu-satunya kota yang membenarkan rakyatnya mengundi. Malah ada jugak pakar sejarah berpandangan, dah memang amalan politik zaman tersebut amalkan demokrasi dan membenarkan undian dilangsungkan.

athems
Via Wikipedia

Di Athens pada sebelum Masihi, amalan demokrasi tu berkembang di bawah beberapa pemimpin. Cleisthenes pecahkan kuasa para pembesar Athens dan berikan kuasa tu kepada rakyat selepas bahagikan diorang kepada 10 kelompok berdasarkan di mana diorang tinggal berbanding nak ikut jumlah harta yang diorang ada. Ini ada cerminan dengan apa yang berlaku pada hari ni, dimana kuasa mengundi tu diagihkan ikut kawasan yang ditetapkan.

Semasa Perang Peloponnesian, Athens bertukar jadi oligarki sebentar akibat pemberontakan pada 411 SM. Oligarki hanya bertahan 4 bulan sebelum gerakan pro-demokrasi berjaya ambil alih pentadbiran Athens. Athens menyerah diri kepada Sparta, memberi ruang untuk puak oligarki pro-Sparta memerintah. Selepas setahun, sekali lagi gerakan pro-demokrasi ambil alih pentadbiran Athens dan diorang berkekalan sehingga tentera Macedonia di bawah Philip II takluki Athens pada 338 SM.

demo athens
Sosok dipanggil Demos (rakyat) sedang dipakaikan mahkota.. -Via Wikimedia

Model pada hari ni banyak berbeza dengan apa yang ada kat Athens masa tu. Dahulu, hanya sorang lelaki dewasa yang dah selesaikan latihan ketenteraan layak mengundi di Athens. Hanya 10 hingga 20% daripada jumlah penduduk Athens betul-betul terlibat dalam amalan demokrasi Athens. Golongan majoriti: hamba yang bertuan dan merdeka, kanak-kanak, wanita dan orang luar serta orang ada hutang dengan kerajaan di Athens tak layak. Sekarang pulak, semua warganegara dah boleh mengundi termasuklah wanita dan orang yang ada hutang dengan kerajaan.

Turun mengundi simbol kuasa rakyat, kita boleh pilih wakil untuk kepentingan rakyat

Kita dah tengok sejarah demokrasi di Athens, dan faham bahawa amalan demokrasi ni dah lama diamalkan sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Demokrasi tak bermula di Athens, namun Athens seringkali jadi kajian kes untuk kita faham bayangan amalan demokrasi. Sejak tertubuhnya negara ni, kita pun dah tengok perjalanan negara kita dalam amalan demokrasi. Pilihan raya, Parlimen dan Putrajaya antara monumen terpenting bila kita sebut tentang demokrasi.

dewan rakyat perlimen ke 14
Via Berita Harian

Memandangkan kami dah kupas tentang Parlimen, kali ni kami nak kupas sikit tentang pilhan raya pulak. Pilihan raya ni hanyalah istilah umum je, sebab ada beberapa proses yang terlibat dalam kelangsungan sesebuah pilihan raya. Berkempen, penamaan calon, mengundi, pengiraan undi dan pengumuman rasmi.

Sebelum mengundi, biasanya kita dah diberikan banyak maklumat daripada pelbagai parti politik tentang apa yang diorang nak perjuangkan sekiranya dipilih jadi wakil rakyat. Rakyat diberikan hak dan kuasa untuk pilih calon yang dirasakan sesuai. Ini jugak terpakai untuk calon belia dan para pengundi muda yang ada sekarang. Berbanding di bawah sistem pentadbiran yang lebih berpusatkan pada tangan sesetengah organisasi berkuasa, rakyat masih berpeluang membentuk perubahan ikut kehendak diorang.

undimelaka
Via Berita Harian

Rakyat melihat, meneliti dan mempertimbangkan kelayakan seseorang wakil rakyat dan parti politiknya dengan manifesto, kredibiliti dan prestasi sebelumnya. Seandainya salah satu dari komponen ini tak dipenuhi, rakyat berkemungkinan tinggi tak pilih atau undi wakil yang dipertandingkan nanti.

Fungsi demokrasi jugak tak berhenti selepas tamatnya pilihan raya. Jika kita perhati betul-betul, budaya demokrasi khususnya amalan pengundian ni lebih besar dari setakat nak pilih wakil rakyat je. Dalam jangka masa panjang, ia membentuk minda kepimpinan yang sentiasa berfikir ke hadapan dan berjuang demi kepentingan ramai. Di bawah demokrasi, semua orang diberi peluang menonjolkan bakat diorang sebagai wakil masyarakat secara sah.

Prk Kimanis Undi Kotak
Undi jangan tak undi! -Via FMT

Jadi tiap kali kita turun mengundi, kita meneruskan budaya tersebut kepada anak-anak muda yang berbakat memimpin negara suatu masa nanti. Kita bukan hanya mengundi untuk hari ni, kita mengundi untuk hari-hari esok. Kita ajar anak-anak kita agar lebih peduli pada negara, dengan turun mengundi.

Ni membawa kepada kepentingan seterusnya, iaitu patriotisme. Selama ni dah banyak kali disuarakan kegusaran ramai tentang kurangnya semangat patriotisme dalam diri anak muda. Semangat patriotisme tak seharusnya digantungkan pada penglibatan anak-anak muda terhadap perayaan dan aktiviti berunsurkan kemerdekaan je. Turun mengundi sebenarnya salah satu bentuk patriotisme jugak, yakni kita keluar demi menentukan nasib negara esoknya. Kita keluar ‘meraikan’ hak kita sebagai warganegara merdeka di tanah air Malaysia dengan menyelesaikan tanggungjawab mengundi.

pusat mengundi
Via Sumberkini

Keluar mengundi tak harus menyusahkan, sistem perlu terus diperbaiki

Menyedari kepentingan-kepentingan ni, kami rasa dah ramai yang boleh faham sejauh mana perlunya mengundi. Ia bukan sekadar nak pilih ahli politik atau hanya nak menangkan satu idea perjuangan. Ia lebih dari tu. Atas sebab inilah, sistem pilihan raya jugak mesti diperbaiki agar selari dengan keperluan masa dan situasi. Kelemahan ni tampak sewaktu kita masih bergelut dengan pandemik dulu.

Antara perubahan yang dahpun dicadangkan adalah pengenalan undian elektronik atau dalam talian, memperluas kelayakan untuk undi pos dan banyak lagi. Kedua-dua cadangan ni diharap mampu memudahkan proses undian khususnya untuk pengundi yang tak dapat turun pada hari mengundi dan memberi peluang sama rata untuk buang undi.

Undi Pos Spr
Via Bernama

Manakala dari segi pilihan raya pulak, sidang Parlimen sebelum ni dah sentuh isu akta anti-lompat. Salah satunya membawa cadangan pilihan raya pecat yang boleh digunakan sekiranya rakyat yang diwakili seseorang wakil rakyat tu tak puas hati dengan prestasi wakil rakyat tu sendiri. Ia dahpun terpakai di negara-negara lain, lalu memberi lebih banyak kekuatan pada suara rakyat untuk memilih dan menentukan siapa yang patut wakili diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.