Apa benda jugak sebenarnya Parlimen ni? Kami ulas

f1

Bangunan Parlimen – bangunan gemilang yang berdiri di celah kota Kuala Lumpur. Bagi pelancong, ia salah satu mercu tanda menarik dan melengkapi ruang pusat ibu negara. Bagi kita pulak, ia salah satu mercu tanda… yang panjang sejarahnya. Ia adalah simbolik kepada berbagai makna; daripada ‘lokasi’ inspiratif lukisan monyet yang dibeli Sultan Selangor hinggalah menjadi monumen gah yang meraikan demokrasi negara.

Kali ni, kami nak membawa korang semua dalam ‘pengembaraan’ memahami semula apa sebenarnya makna dan kepentingan parlimen Malaysia. Kita akan rentas masa kembali ke zaman awal Parlimen, dan apa sebenarnya fungsi Parlimen untuk negara kita.

dewan rakyat perlimen ke 14
Via Berita Harian

Parlimen bukan sekadar bangunan tua, Presiden Suharto pernah hadiahkan rusa

Secara asasnya, ramai ingat Parlimen ni cuma bangunan je. Bila kita tanya tentang Parlimen, orang lebih terbayangkan bangunan Parlimen tu je berbanding apa sebenarnya Parlimen ni mahupun bagaimana Malaysia tiba-tiba dah pakai ‘Parlimen’ sehinggalah ke hari ni. Oleh sebab tu, kita kena tengok dulu sejarah Parlimen tu sendiri.

Secara asasnya, kita lebih mudah faham Parlimen ni dalam dua kategori: Parlimen dari segi struktur bangunan fizikal, dan Parlimen dari segi institusinya. Dalam erti kata lain, Parlimen lebih dari sekadar bangunan. Namun bagi memudahkan urusan yang melibatkan parlimen, lebih baiklah didirikan suatu bangunan khas bagi menempatkan ruang persidangan dan mana-mana pejabat kerajaan yang berkait dengannya.

Dari segi sejarahnya, Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman. Dewan Persidangan tu pada hari ni dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC). Dewan ni terletak di Jalan Ampang dan dibina pada tahun 1935.

parlimen1959
Persidangan Pertama 1959.. -via Parlimen.gov.my

Pada asalnya dewan ini merupakan Kediaman En. Eu Tong Sen, seorang pelombong dan pengusaha ladang getah yang kaya dan terkenal di Kuala Lumpur.  Ia telah diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-tukang atau “master builders” yang diupah khas untuk menjadikan kediaman tersebut sebagai dewan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Kemudian pada 1961, Kompleks Bangunan Parlimen mula dibina. 3 tahun sebelum tu, satu kawasan berkeluasan 16.2 hektar berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur. Dulu, ia dikenali sebagai ‘West Folly Hill’.

westfollyhill
West Folly Hill, 1961.. -Via Parlimen.gov.my

Ia dipilih sebagai tapak pembinaan bangunan bersejarah tu kerana difikirkan strategik kerana terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pusat bandaraya KL. Batu asas diletakkan pada 31 Ogos 1962 dan kerja-kerja pembinaan Bangunan Parlimen tu ambil masa hampir setahun dengan 1 blok tiga tingkat dan 1 blok menara 17 tingkat.

Bagi melengkapkan sistem infra ke Bangunan Parlimen, sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan Bukit Parlimen dengan Pusat Bandaraya. Pada masa tu, kos keseluruhan pembinaan ni adalah sebanyak RM18 juta, dan dirasmikan oleh YDP Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 2 November 1963.

Bangunan Parlimen ada 3 blok iaitu Blok Utama, Blok Menara dan Dewan Serbaguna. Blok Utama ada 3 tingkat dan mengambil inspirasi rekabentuk kulit nenas. Blok Menara pulak asalnya menempatkan pejabat para menteri dan Ahli-ahli Parlimen.

blokmenaraparlimen
Blok Menara pada hari ni.. -Via Parlmen..gov.my

Ia terdiri daripada 17 tingkat. Tingkat paling atas iaitu Tingkat 17, ada ruang terbuka yang seringkali digunakan untuk majlis-majlis jamuan dan dikenali sebagai Anjung Parlimen. Kemudian, Dewan Serbaguna pulak dilengkapi dengan kemudahan beriadah seperti gelanggang tenis, badminton, futsal, bola tampar, gimnasium, bilik sauna untuk kemudahan ahli-ahli Parlimen dan kakitangan.

Selain tu, ada beberapa lagi kawasan lain termasuklah Taman Rusa. Ia dihiasi dengan beberapa jenis tumbuhan yang  jarang ditemui seperti Pokok Beringin (Ficus Benjamina) dan Pokok Hujan Hujan (Samanea Saman). Di samping itu, sebuah kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa di mana telah menempatkan berpuluh-puluh ekor rusa dari spesis Axis-axis yang telah dihadiahkan oleh Presiden Suharto kepada Parlimen Malaysia.

rusa
Taman Rusa.. -Via Parlimen.gov.my

Pada tarikh yang sama gagasan Malaysia rasmi tertubuh iaitu , Persidangan Pertama Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia yang terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lebih 1/3 akui tak tau beza ADUN dan Ahli Parlimen, ini fakta sebenar tentang Parlimen

Pada Oktober tahun lalu, sebuah tinjauan yang dikendalikan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati lebih satu pertiga respon tak tau beza antara ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Dikatakan hanya 65% daripada 2,540 peserta tinjauan tu kata diorang tahu perbezaan antara Ahli Parlimen (di peringkat Persekutuan) dan ADUN (di dalam sebuah Dewan Undangan Negeri).

Mengenai peranan yang dimainkan wakil rakyat, 30% responden berpendapat tugas terpenting seorang Ahli Parlimen adalah membahaskan dan menggubal undang-undang di Dewan Rakyat. Sebanyak 23% pula menjawab Ahli Parlimen memastikan semak dan imbang terhadap keputusan dan dasar kerajaan.

christina liew kempen election bernama 131021
Via FMT

ADUN dilihat lebih dekat pada rakyat dan lebih berperanan untuk bantu masyarakat khususnya di kawasan pilihan raya diorang. Untuk ahli Parlimen tu pulak, diorang dianggap lebih berperanan terhadap pembangunan negara.

Berdasarkan tinjauan ni, secara teknikalnya jawapan responden tu ada benarnya. Pertama sekali, kita kena tahu tentang Parlimen dan fungsinya. Malaysia amalkan demokrasi berparlimen, di mana Parlimen berfungsi sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi. Kita ada dua lagi cabang penting dalam negara, iaitu kehakiman dan eksekutif. Amalan pengasingan kuasa ni salah satu cara semak dan imbang dalam negara.

pengasingankuasa
Via FB UM Consti Team

Parlimen adalah badan perundangan yang meluluskan dan meminda undang-undang Persekutuan (termasuklah Perlembagaan), memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baharu. Ia terdiri daripada 3 komponen utama: Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Yang selalu bersiaran langsung tu adalah Dewan Rakyat ketika sesi persidangan. Dalam persidangan tu jugak, Parlimen menjadi forum untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Oleh demikian, Perlembagaan dah siap-siap memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil ‘Keistimewaan Ahli-Ahli Parlimen’.

keistimewaanparlimen
Via Quizizz

Selain kes elaun ahli-ahli Parlimen, antara lain adalah diorang diberi hak imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen. Sebab tu lah kadangkala bila ada sesetengah Ahli Parlimen tu mengeluarkan kata-kata yang dianggap biadap, memalukan atau berunsurkan ‘fitnah’, tiada dakwaan dapat dilakukan ke atas tindakan diorang. Hanya Speaker Dewan je yang boleh ambil tindakan ke atas ahli-ahli Parlimen tersebut.

Berbalik kepada tinjauan tadi, boleh dikatakan Ahli Parlimen ni pun ramai jugak. Bukan setakat wakil rakyat yang diundi je. Ni kerana Malaysia jugak pakai sistem bicameral/dwidewan. Kita ada dua dewan – Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli dalam kedua-dua Dewan ni merupakan Ahli Parlimen, namun biasanya bagi Dewan Negara.. nama lainnya, ‘senator’.

ahliparlimen1
Via Parlimen.gov.my

Tak hairanlah, ramai mendesak agar Parlimen segera bersidang semasa tempoh awal kita dilanda pandemik. Dalam sesi Parlimen itulah, wakil rakyat dari blok kerajaan mahupun pembangkang dapat membangkitkan persoalan, perbahasan, perbincangan dan penjelasan terhadap isu-isu mutakhir serta langkah kerajaan mengatasi isu rakyat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *