Ramai minta Rafizi kembali masuk politik, ada dakwa kemunculan semulanya tetap takde kesan

rafizipkr1

Rafizi Ramli antara tokoh parti KEADILAN yang cukup berpengaruh, sehinggakan waktu dia keluar politik pun masih ada lagi merayu dia untuk kembali. Dalam tempoh dia ‘bersara’ dalam politik, tak kurang jugak orang yang masih mengharapkan keajaiban dari Rafizi Ramli untuk menyegarkan semula parti tersebut.

Lantaran pemilihan parti yang semakin menghampiri pada April tahun ni, gesaan dan pujukan agar Rafizi Ramli kembali ke dalam politik semakin kuat kedengarannya. Rafizi tau je ramai yang nakkan dia kembali dalam arena politik, dan nampaknya dia pun masih pertimbangkan lagi gesaan tersebut. Namun begitu, ada jugak yang rasa dia ada pun takde fungsi, dia takde pun takde masalah bagi PKR.

rafizi ramli
Via Sarawakvoice

Sudah lama dipujuk agar kembali ke dunia politik, tahun ni dia masih pertimbangkan lagi

“Keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari AMANAH. Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandingi,”- seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline.

rafizipkr
Via The Sun Daily

Bagi Rafizi pulak, dia memang dah sedia maklum bahawa ramai yang nakkan dia semula. Akan tetapi, dia rasa banyak pertimabngan yang perlu diambil kira sebelum dia bersedia penuhi gesaan tersebut.

“Saya belum buat keputusan, tetapi saya memang memberi perhatian kepada orang ramai dan parti yang mahu saya membuat pertimbangan. Saya akan pertimbangkan dan berunding dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk Tuhan,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Beberapa pertimbangan yang sedang difikirkannya adalah jika kemunculan semula dalam politik tu berbaloi kepada PKR. Ada kemungkinan jugak rakan partinya masih ada yang kurang senang dengan pendekatan ‘radikal’nya.

“Saya mahu pastikan (pembabitan saya semula dalam politik) memberi kesan ke arah pembinaan negara, dan masa serta pengorbanan yang dibuat itu berbaloi. Saya perlu bersikap realistik, iaitu saya sangat radikal dalam pemikiran dan kebanyakan pemimpin PKR sekarang serta sekutunya tidak akan selesa dengan pendekatan serta idea saya,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

rafizi bersara
Pengumumannya mendukacitakan ramai orang dahulu.. -Via Sinar Harian

Dia jugak sedar bahawa dia kena realistik sama ada dia boleh mempengaruhi kebuntuan arah yang sedang dialami PKR dan sekutu parti disebabkan wujudnya beberapa halangan yang berstruktur. Apatah lagi dengan landasan politik kini, dia amat rasa perlu untuk membuat pertimbangan dengan penuh teliti agar keputusan tu membawa manfaat.

DIa masih percaya bahawa tenaganya jugak boleh digunakan untuk membangunkan negara melalui cara lain. Sepanjang 10 tahun karier politiknya, dia dah berkorban macam-macam. Kerjaya yang baik, terpaksa belanjakan jutaan wang simpanannya dan hampir dipenjarakan untuk tempoh yang lama.

Dia taklah menyesal, tetapi dia turut rasa banyak suasana politik dah berubah, khususnya berkaitan dengan hal-hal dalaman PKR dan PH.

“Untuk membuat komitmen pada waktu ini bermakna saya perlu kehilangan segala-galanya sekali lagi dan mempertaruhkan segala-galanya semua ketika saya sendiri tak pasti sama ada wujud kesediaan dalam kalangan elit PKR dan sekutunya untuk hidup dengan pendekatan dan intensiti kempen saya yang dirasakan ramai golongan elit sebagai mungkin mengancam status quo mereka.

Lebih mudah bagi ahli politik lain (untuk mempertimbangkan untuk menyertai semula politik) kerana mereka akan diberi ganjaran. Pertimbangan itu sedikit berbeza untuk saya,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Rafizi takde pun tiada masalah, Naib Ketua AMK kata Rafizi tak pernah dihalang nak sertai politik semula

Mengulas hal ni, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman kata, PKR tak pernah terima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti yang dilantik sehingga kini. Jadi secara teknikalnya, Rafizi bukanlah layak dianggap bakal buat kemunculan semula dalam dunia politik pun. Sebaliknya, ia lebih kepada tindak-tanduk sorang pemimpin yang baru ‘terjaga’ dari lena setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’.

“Bagi saya tiada istilah ‘comeback’ kepada Rafizi sekiranya beliau berbuat demikian kerana berdasarkan rekod parti, PKR tidak pernah menerima surat peletakan jawatan Rafizi.

Justeru, beliau sebenarnya sudah diberi ruang luas untuk berpolitik dan membantu parti yang mengalami pelbagai kesusahan selepas peristiwa ‘Langkah Sheraton’, tetapi mengapa Rafizi enggan berbuat demikian?

Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat ‘comeback’, buat ‘comeback’ betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

rafizi prn sabah
Rafizi sebenarnya pernah je turun padang untuk PRN Sabah dulu.. -Via Suara Merdeka

Bagi Syed Badli lagi, sebenarnya apa yang lebih mustahak untuk parti tersebut adalah pengukuhan parti, bukannya fokus pada ‘comeback’ pemimpin yang lari di saat parti tu dalam keadaan yang susah. Malah, dia berpandangan Rafizi tak layak diberikan laluan mudah bagi dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu susulan dia gagal laksanakan tugas selaku Naib Presiden PKR dilantik sebelum ni.

Lebih jauh, dia kata Rafizi tak banyak beza pun dengan Azmin. Memetik temubualnya dengan Sinar Harian;

“Dengan beliau lebih diingati sebagai Naib Presiden PKR yang tidur, layakkah ahli-ahli parti membentangkan permaidani merah kepada Rafizi untuk kembali diangkat sebagai Timbalan Presiden? Saya tiada masalah kalau prestasi Rafizi sewaktu memegang jawatan Naib Presiden adalah cemerlang. Namun beliau bukan sahaja gagal menunaikan amanah, sebaliknya bertindak mengkritik parti dan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara terbuka. Justeru, apa bezanya Rafizi dengan Mohamed Azmin jika kehadirannya dalam PKR hanya sekadar menambah ribut dalam cawan?”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

sg06 181118 pkr bn201811093300
Via Berita Harian

Krisis dalaman sesebuah parti ternyata boleh merencatkan perkembangan dan fokus sesebuah parti untuk bergerak sebagai pembangkang yang berkesan. Dari satu hal, kemunculan Rafizi diharapkan mampu mengatur semula corak dan langkah PKR selepas kes Azmin. Tapi dari satu hal yang lain, Rafizi tak pernah letak jawatan dan dipecat dari jawatannya. Oleh demikian, dia ada ruang, peluang dan kuasa yang besar untuk aktif semula dalam PKR khususnya semasa retaknya PKR dari dalam angkara ‘kartel’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *