Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Politik

Sidang Dewan Rakyat kembali bersambung, ada beberapa benda yang kita boleh pelajari

By Subeditor
July 15, 2020 4 Min Read
Comments Off on Sidang Dewan Rakyat kembali bersambung, ada beberapa benda yang kita boleh pelajari

Dua hari lepas, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, hari ini. Upacara pada 2.45 petang tu dilaksanakan dalam keadaan Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya dibenarkan mengemuka calon YDP dan melakukan pengundian semula. Pencalonan Azhar diusulkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 Ahli Parlimen tak setuju, manakala seorang tak hadir. Daripada jumlah undian ni, kita boleh nampak kerajaan hari ni ada majoriti yang sangat kecil, dan ia bukanlah tugas yang mudah untuk YDP kawal Dewan Rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik kita tengah panas. Ada jugak isu yang dapat perhatian kebanyakan rakyat Malaysia.

Dalam Parlimen pun jenaka “rasis” berlaku, panggil gelap dan mintak pakai bedak

Pada Isnin, Dewan Rakyat jadi kecoh selepas Abdul Azeez Abdul Rahman (MP Baling) mencelah ketika Kasthuri Patto (MP Batu Kawan) dengan berkata “gelap, tak nampak”. Masa tu Kasthuri tengah persoalkan berkenaan kekurangan anggota parlimen wanita yang diusulkan bagi gantikan anggota jawatankuasa pemilihan parlimen.

Dia pada awalnya tak perasan dengan kenyataan tu dan terus berbahas sehinggalah RSN Rayer (MP Jelutong) bangun dan mintak Abdul Azeez tarik balik kata-katanya. Benda ni menyebabkan Azeez bangun dan kata “Saya juga gelap, takkan gelap nak jadi isu.

“Saya tidak menyatakan bahawa beliau atau YB ini gelap. Saya pun gelap, pakailah bedak,” – Azeez, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Lepas tu, Kasthuri petik Peraturan Mesyuarat 36 yang nyatakan tak wajar untuk anggota Dewan Rakyat menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau buat komen bernada seksis. Katanya lagi, Azeez bukan hanya memanggilnya gelap malah menyuruhnya untuk memakai bedak. Azeez bersama beberapa anggota parlimen kerajaan pulak tegaskan takde kesalahan untuk pakai bedak.

Header En 0901 Easy Guide Facebook Marketplace
Ungkapan macam ni tak sepatutnya hadir kat dalam Parlimen. Kan dah banyak masa terbuang bahas isu ni. Via Media Rakyat

Setelah kedua-dua pihak mula bertikam lidah, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata usul untuk menggantikan jawatankuasa pemilihan parlimen perlu diundi serta-merta memandangkan takde perbahasan berkenaan perkara tu. Selepas proses undi dilaksanakan yang memihak kepada usul tersebut, perbalahan berkenaan kenyataan Abdul Azeez kembali bersambung.

Semalam, Azizan Harun buka persidangan Dewan Rakyat dengan arahkan Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mohon maaf susulan kenyataannya mengenai isu “gelap” dan “bedak”, dua hari lepas. Akur dengan arahan Yang Dipertua, Abdul Azeez bangun dan buat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan tu, namun dia jelaskan bahawa dia sama sekali tak berniat memanggil sesiapa “gelap”.

Kerajaan yang ada hari ni ada majoriti yang terlalu kecil, cenderung untuk menjadi tidak stabil

Ada beberapa benda jugak yang kita belajar dari persidangan Parlimen awal minggu ni, salah satunya pasal kerajaan yang ada majoriti yang kecil. Kerajaan yang berdiri hari ini cuma memiliki majoriti yang sangat kecil, kalau ikut undian pada Isnin, diorang cuma ada 111 MP. Diorang dikatakan cuma ada dua majoriti, majoriti ni berlaku selepas hampir semua MP yang takde jawatan dalam Kabinet diberikan pelbagai jawatan kat GLC dengan gaji yang sedap.

Keadaan ni memberi gambaran betapa rapuhnya kerajaan yang ada pada hari ini. Dengan majoriti yang rendah macam ni, game untuk tukar kerajaan akan terus berlaku, sebabnya pembangkang akan lihat peluang untuk tukar kerajaan secara rundingan pintu belakang. Bukan susah pun sebenarnya nak pancing setakat 4-5 MP ni, tawarkan je diorang jawatan-jawatan yang besar, mesti akan lentok.

Selain tu, kita jugak belajar yang pada masa-masa tertentu; keadaan di Dewan Rakyat ni macam zoo. Kita akan dengar orang yang telah diundi untuk mewakili kepentingan rakyat setempat akan menjerit-jerit, menggunakan perkataan yang tak sesuai (macam kes kat atas) dan kadang-kadang cakap pun merapu. Kami tak pasti macam mana korang lihat fungsi Parlimen, bagi kami mereka institusi yang paling penting. Dasar dan undang-undang negara akan terhasil di sana.

Mungkin Parlimen kena sediakan gelanggang macam ni. Via Giphy

Kalau kualiti perbahasan macam budak-budak tadika yang kehabisan gula-gula, kami ragu dengan “produk” dari sana. Walaupun kita tak pukul rata, sebab ada jugak MP yang berbahas dengan gunakan hujah yang baik di sana; tapi “kedangkalan akal” sesetengah MP telah mencemari sesi perbahasan. Oleh sebab tu, susah kita nak marah generasi muda hari ni kalau diorang tak selesa atau dah muak dengan keadaan politik semasa. Sebabnya diorang dapat contoh-contoh yang macam inilah.

Selamat maju jaya kepada YDP Dewan Rakyat yang baru, moga bersedia dengan cabaran besar

Kami nak ucapkan selamat maju jaya kepada YDP Dewan Rakyat yang baru. Pada hari pertama je dah ada banyak isu yang muncul. Dia ada cabaran yang besar, dengan kerajaan yang ada majoriti yang rendah, kerajaan hari ni boleh jatuh pada bila-bila masa, atau Pilihan Raya Umum boleh datang tanpa diduga. Selain tu, kami harap kerja-kerja reformasi Parlimen yang dilakukan oleh YDP sebelum ini akan diteruskan. Parlimen perlu berfungsi dengan lebih baik daripada apa yang kita lihat hari ini, mungkin fungsi Jawatankuasa Pemilihan perlu diperkasakan lagi.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Lin Dan bersara, ikuti kisahnya dengan Lee Chong Wei, seperti Ronaldo dan Messi

F32
Next

Bandar TIKAL yang dikatakan tiba-tiba hilang, akhirnya ia kini telah terjawab

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme