Kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) akan tetap terpahat dalam sejarah politik Malaysia. Hari ni kami bukan nak berkhutbah berkenaan politik Malaysia semata-mata, sebab dah banyak orang buat benda tu, dan OrangKata tak minatlah buat benda yang dah berlambak orang buat. Hari ni kami nak bawak kalian tengok tokoh-tokoh Barisan Nasional yang masih setia sehingga hari.
Yalah, dulu masa mereka jadi ahli kerajaan – bukan main selalu dapat masuk TV dan beri macam-macam ucapan, sekarang ni mereka jarang dah lepak TV. Kami rasa kerajaan ok ja mereka masuk TV – cuma masalahnya sekarang mereka bukan ahli Kabinet yang selalu dapat tumpuan media, mereka dah jadi pembangkang, so saham turunlah sikit.
Mari kita tengok apa yang mereka buat sekarang…
1. Ahmad Maslan yang semakin handal memasak
Ahmad Maslan amat terkenal sejak menjadi bahan bualan seluruh rakyat Malaysia yang sering terhibur dengan gelagat dia sama ada di media sosial, televisyen atau di Parlimen. Sebagai seorang menteri, dia antara yang paling aktif berhubung dengan orang ramai, menerangkan polisi Kerajaan BN dengan gaya tersendiri.
Selepas kejatuhan BN, Ahmad Maslan antara pembangkang yang paling lantang bersuara di Parlimen, siap mendapat pujian Nurul Izzah dan Hannah Yeoh. Apa yang pasti, dia seorang yang tetap pendirian. Namanya sekalipun tak terpalit dengan Ahli Parlimen yang melompat, tambahan pula dia masih asyik menunjukkan skill memasak yang tak ada tandingan di kalangan ahli parlimen.
Kami tak terkejut kalau dia buka satu restoran makanan Melayu CGPA 3.85 di Pontian satu masa nanti.
2. Najib dah jadi kaki troll di era kerajaan baru
Ada yang menyalahkan Najib Razak sebagai punca kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional, walaupun politik ini satu usaha kolektif. Apa yang pasti, sepanjang masa dia menjadi Perdana Menteri, Malaysia tak pernah lengang dengan kontroversi. Politik menjadi bahan perbincangan utama sama ada di kedai kopi atau group WhatsApp kerana Najib dan isteri.
Selepas BN kalah pada 9 Mei, bukan kami sahaja tak percaya, rasanya Najib lagilah susah nak terima berita ni. Bayangkan jadi pemimpin yang pertama sepanjang sejarah BN untuk kalah. Sekarang nampaknya Najib banyak masa lapang, banding dengan masa jadi PM dulu. Dulu semua orang laporkan je pada dia, tapi sekarang rajin turun sendiri ke pasar, restoran untuk tengok keadaan ekonomi rakyat dan buat aduan kenaikan harga barang.
Dulu Najib galakkan rakyat drive Grab sebagai kerja kedua, nampaknya sekarang Najib juga rajin buat dua kerja. Selain jadi Ahli Parlimen Pekan, dia juga troll pembangkang yang paling berpengaruh.
3. Musa Aman yang tak berapa sihat
Asyik sembang pasal tokoh Barisan Nasional dari Semenanjung ja, tak adil betul kamikan? Tak apa ni kami cerita tentang Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman. Pertelagahan politik di Sabah ni epik, sehinggakan mereka pernah ada dua Ketua Menteri disebabkan ada beberapa ADUN yang memilih untuk menukar side selepas Musa Aman angkat sumpah.
Selesai ja Shafie Apdal angkat sumpah untuk jadi Ketua Menteri Sabah yang baru, Musa Aman dikatakan lari ke luar negara. Menariknya, bila DUN Sabah bersidang, Musa Aman takda. Sampailah satu tahap orang fikir dia tak akan angkat sumpah sebagai ADUN – menyebabkan dia hilang jawatan tu. Tapi akhirnya dia datang dan kata di tak lari tapi ada masalah kesihatan.
Sekarang ni dia tengah ada beberapa kes mahkamah, macam kebanyakan pemimpin BN yang lain. Apa yang paling menarik – dia ada kes mahkamah yang melibatkan kes Ketua Menteri Sabah. Dia cabar keputusan melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Kita nantikanlah macam mana kesudahan drama di Sabah ni…
4. KJ, tall dark handsome. Abah kau! Opps.
Pasca PRU14, KJ – atau mungkin lebih mesra dalam kalangan netizen dengan panggilan ‘Abah’ – jelas mahu memberi nafas baru kepada UMNO dan tidak mahu dikaitkan dengan UMNO lama yang sinonim dengan pimpinan Najib Razak. Peliknya dia dulu dia antara pimpinan yang paling lantang mempertahankan Najib sebelum Barisan Nasional tumpas pada 9 Mei.
Dari saat keengganan dia membantah keluar dewan pada sidang Parlimen pertama, kepada menjadi calon Presiden UMNO yang akhirnya tewas kepada Zahid Hamidi, Khairy jelas mahu bersalin kulit. Kini dia boleh ditemui di Twitter dengan komen-komen savage kalau tidak gigih menaiki basikal menjejak Perdana Menteri di Langkawi. Kalau di Kuala Lumpur, khabarnya boleh kelihatan minum kopi bersama Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, sambil mengajar Rafizi cara untuk berInstagram dengan lebih berjaya.
KJ ni di antara pembangkang yang vokal juga bila kritik kerajaan, dia selalu dapat tumpuan dan bolehlah dikatakan dia lagi menonjol dari Zahid. Lepas tu, sekali-sekali dia kritik jugak BN. Tapi itulah abah, awatlah hang tak kritik masa jadi kerajaan dulu.
Pentingnya sesebuah negara tu ada pembangkang yang kuat
Ingat kami saja-sajakah tulis pasal mereka ni? Kami nak beritahu yang dekat Malaysia ni masih ada pembangkang, dan kewujudan mereka penting untuk kesihatan demokrasi kita. Tapi itulah – sebab mereka dulu dah buat banyak skandal dan kecurangan dalam pentadbiran, ramai tak percaya dah. So, mereka pun buatlah kerja-kerja lain; masak, review makanan dan macam-macam lagi.
Ini kami bawakan empat tokoh, nanti kami akan bawak lebih banyak lagi. Kalian nak kami tulis pasal siapa pulak lepas ni? Hahh…beritahu kami!