Isu pencemaran toksik, Menteri turun padang walaupun baru kahwin

Bagi yang tak tahu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin ambik keputusan untuk tamatkan zaman bujangnya dengan mengikat tali perkahwinan bersama CEO IOI Properties Group Bhd – Lee Yeow Seng. Bagi orang biasa – kalau lepas kahwin, mestilah mereka akan bercuti dan berbulan madu kan? Lain pulak ceritanya dengan Yeo Bee Yin yang baru ja beberapa hari kahwin – terus lawat Pasir Gudang yang tengah ditimpa bencana sekarang.

Via Twitter

Aksi ni buktikan dakwaan PAS yang Yeo Bee Yin tak function dan sibuk dengan majlis kahwin dia. Dalam keadaan rakyat tengah berada dalam keadaan bencana – sepatutnya ahli politik tak tunggang isu ni dan fokus untuk selesaikan dulu. Sebab rakyat dah ramai yang terkesan kot. Apa-apa pun, dah ada berita baik.

Yeo Bee Yin ada kata – pemilik syarikat tayar kitar semula di Kulai, Johor dijangka didakwa pada Khamis berhubung pembuangan toksik ke Sungai Kim di Pasir Gudang. Pemilik kilang tu berhadapan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000. Sebenarnya ini bukan kali pertama Yeo Bee Yin pamerkan prestasi yang luar biasa, sebelum ni…

Dia pernah serbu lebih kurang 100 kilang kitar semula plastik

Kalau ikut laporan FMT dan Sinchew, Yeo berhasrat nak hapuskan sekurang-kurangnya 100 kilang kitar semula plastik haram dalam tempoh tiga bulan pertama, bermula dengan Selangor. Malah, dia sendiri mengetuai satu pasukan untuk menyerbu sebuah kilang pada hari Khamis (17 Januari) dan apa lagi, orang ramai pun kagumlah dengan tindakan dia tu.

Yeo tak puas hati dengan operasi tu kerana pintu utama dirantai dan memerlukan masa untuk pihak berkuasa tempatan potong, benda ni berikan masa untuk pekerja kilang larikan diri. Oleh sebab tu, dia mintak pihak berkuasa supaya lebih cekap dalam mengendalikan serbuan.

Serbu jangan tak serbu. Via SinChew

Nampaknya, Malaysia dah berhenti berikan lesen untuk mengimport sisa plastik tetapi itu tak hentikan sisa itu dari masuk ke negara kita dari Januari hingga Julai 2018. Plastik yang diimport kemudiannya diangkut ke kilang-kilang di seluruh negara dan Selangor yang terima paling banyak sisa plastik ni.

“Kerajaan akan terus buru kilang haram ni pada masa akan datang. Saya telah mengarahkan DoE untuk mengambil serius perkara ini dan menutup semua kilang haram,” – Yeo Bee Yin

Untuk pastikan kilang-kilang ni tak kembali ke beroperasi selepas serbuan tu, Yeo telah arahkan pihak berkuasa tempatan untuk potong bekalan kuasa dan air mereka untuk melumpuhkan operasi kilang. Bagi sisa plastik yang dirampas, mereka boleh dijual ke kilang-kitar semula plastik yang ada lesen yang sah.

Setakat ni, 61 kilang telah ditutup dengan lebih daripada 100 tan sisa plastik dirampas. Kementerian percaya terdapat lebih banyak kilang haram yang bersembunyi di Lembah Klang dan ia akan diorang nak terus cari.

Bila tak ada elektrik, inilah jadinya. Via Giphy

Katanya selepas ni akan lebih banyak serbuan

Yeo kata Kedah akan jadi negeri seterusnya selepas Selangor. Benda ni akan diikuti oleh Negeri Sembilan dan Johor, yang jadi port kilang haram. Dia juga kata kerajaan akan ambil tindakan lebih tegas untuk kilang-kilang ni kalau mereka nak mohon lesen pada masa akan datang.

Baru-baru ni, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kata industri plastik bernilai RM30 bilion di seluruh dunia dan Malaysia sepatutnya dapat keuntungan dari industri ni, walaupun dengan undang-undang yang ketat terhadap sampah plastik ni.

Via Giphy

Dia jugak kata pembuangan sampah plastik di Kuala Langat, yang menarik perhatian domestik dan antarabangsa, berlaku di sebidang tanah yang disewa dengan nilai RM8,000 sebulan. Zuraida kata denda kompaun yang lebih berat akan dikenakan pada masa hadapan terhadap mereka yang jalankan kilang haram.

Kita perlukan lebih banyak menteri macam ni

Kita harap cepatlah isu di Pasir Gudang selesai, dan kami percaya je dengan kebolehan Yeo Bee Yin. Benda ni simple, kalau menteri buat kerja, rakyat akan suka. Jadi kami harap menteri yang ada dalam Kabinet Malaysia supaya bekerja lebih keras lagi untuk puaskan hati rakyat. Kalau boleh, tak yah lah terkait banyak sangat dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Untunglah suami Yeo Bee Yin nanti – sebab jarang ada wanita yang ada kaliber seperti dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *