Perjanjian AUKUS? Ini yang korang patut tahu pasal perjanjian keselamatan

f1

Walaupun satu dunia ni berada dalam perjuangan yang sama untuk melawan Covid-19, ni tak bermakna isu-isu lain di luar sempadan negara tu terhenti jugak. Isu-isu luar sempadan selalunya melibatkan negara-negara lain dan polisi keselamatan luar diorang, dan Malaysia pun tak terkecuali jugak. Bila dah libatkan negara-negara lain, ia jugak boleh bermakna Malaysia turut terkesan dengan tindakan tersebut dan perlu terus peka dengan perkembangan semasa.

Seperti yang ramai dah tau, kawasan Laut China Selatan dan Lautan Pasifik sentiasa menjadi ‘rebutan’ dua negara adikuasa iaitu China dan Amerika Syarikat. Masing-masing taknak kalah, khususnya dari segi kawalan dan kehadiran diorang di lautan perdagangan ni. Ketika ni, Australia pulak termasuk sekali dalam perebutan mengawal Lautan Pasifik dan mungkin lepas ni, perang teknologi senjata.

kapal selam aukus
Via Financial Times

Australia dah tak sabar dengan Perancis, batalkan perjanjian walaupun terpaksa bayar penalti

Baru-baru ni, Australia bersama AS dan UK meterai perjanjian ketenteraan maritim selepas diorang setuju untuk tolong Australia bangunkan teknologi kapal selam berkuasa nuklear. Ia mungkin khabar yang menggembirakan bagi tiga negara ni, tetapi kisah di sebalik tabirnya lebih rumit. Sebelum kita nak faham macam mana semua ni berlaku, kita kena telusuri sejarah hubungan Australia dan Perancis dulu.

Diorang ni ada hubungan ketenteraan sebab Perancis pun ada kepentingan jugak di sini. Keseluruhannya, warganegara Perancis dianggarkan mencecah lebih 2 juta di kawasan-kawasan pentadbiran Perancis seperti French Polynesia dan New Caledonia. Untuk membantu Perancis mengekalkan keselamatan rakyatnya di luar ibu negaranya, diorang banyak bekerjasama dengan Australia.

perancis jajahan koloni pentadbiran peta
Sisa kolonial Perancis dulu, diradbir sampai sekarang.. -Via Wikipedia

Pada 2016, PM Australia Malcolm Turnbull menandatangani perjanjian kapal selam sebanyak 50 bilion dolar Australia dengan sebuah firma Perancis bernama Naval Group. Naval Group ditugaskan untuk mereka bentuk kapal selam generasi baharu, dikenali sebagai Attack class. Ia dijalankan di bawah Program Kapal Selam Masa Depan (Future Submarine Program) demi menggantikan kapal selam lama di bawah Collins class. 12 kapal selam ini akan dibina di Australia dan Perancis. Tetapi operasi projek tu banyak alami masalah dari segi kelambatan masa dan kos sehingga menimbulkan banyak tanda tanya sama ada firma Perancis tu mampu siapkan atau tak.

Kemudian pada Februari 2021, pelan reka bentuk lama ditolak sebab terlalu mahal dan Naval Group diberi masa sehingga September untuk memperbaiki cadangan rekaan diorang. Sementara tu pada awal Jun tahun ni, Setiausaha Pertahan Greg Moriaty disoal dalam sidang Senat tentang pelan sokongan sekiranya projek tu tak menjadi.

kapal selam attack class
Kapal selam Attack class.. -Via Wikiwand

Dua minggu kemudian, PM Australia bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanual Macron di Paris dan meluahkan gusar mengenai projek kerjasama kapal selam yang dah lari dari rangka masa pelan asal. Macron cuba melegakan Australia dan yakinkan bahawa Perancis sedang berusaha sehabis baik dan akan percepatkan operasi pelan reka bentuk tersebut.

Pada Ogos 2021, kedua-dua menteri pertahanan dan hal ehwal luar negeri Perancis dan Australia mengesahkan lagi dengan kenyataan bersama diorang bahawa Kementerian kedua-dua negara faham tentang kepentingan projek tersebut. Namun tu bukanlah pengakhiran kepada pemeteraian AUKUS (Australia-UK-US) hari ini.

Tiba-tiba pulak pada September tu, AS dan UK pulak yang buat pengumuman bahawa diorang dah tandatangan perjanjian kapal selam dengan Australia sekaligus membatalkan pelan kapal selam Australia-Perancis tanpa ada sebarang makluman pun kepada Perancis terlebih dahulu. Lebih sakit lagi, Australia hantar surat kepada Perancis dan menyatakan bahawa diorang berpuas hati dengan kebolehan kapal selam dan perkembangan projek tersebut pada hari yang sama keputusan perjanjian Australia-UK-AS diumumkan.

aukus rumah putih
Pengumuman dalam talian, secara serentak di ketiga-tiga negara.. -Via Lowly Institute

Australia maklum jugak bahawa dengan pembatalan kontrak ni, diorang terpaksa bayar penalti beratus juta Euro kepada Perancis. Sedangkan pada tahun-tahun lalu, diorang dah belanjakan lebih kurang 2.4 bilion dolar dalam projek kapal selam bersama Perancis ni. Di sini satu persoalan timbul; berbaloikah pembatalan perjanjian ni?

Australia dapat kapal selam nuklear, Perancis mengamuk

Di belakang Perancis, UK memang dah dekati Australia dan AS dalam Persidangan G7 pada Jun 2021 yang diadakan di Cornwall, England. PM Australia dijemput sebagai tetamu kepada Johnson, hos persidangan tu. Perbincangan tiga negara ni berlangsung tanpa pengetahuan Perancis, memandangkan sejak Brexit, UK dah boleh buat keputusan sendiri tanpa melalui Kesatuan Eropah.

Australia ni pun kenal jugak AS, sebab diorang pernah umumkan kerjasama pembinaan senjata peluru berpandu hipersonik. Selain tu, ketiga-tiga negara ni jugak merupakan anggota program Joint Strike Fighter. Program ni membolehkan diorang tukar aset pesawat ketenteraan diorang dengan teknologi terbaharu dari AS dan UK. Jadi, satu lagi kerjasama projek ketenteraan baharu taklah menjadi satu masalah dalam kalangan ketiga-tiga negara ni.

kapal pesawat
Via US Naval Institute

Kalau dengan Perancis, Australia hanya dapat kapal selam; dengan AS dan UK pulak, dia dapat lebih dari tu. Dalam perjanjian AUKUS, Australia akan dapat kapal selam berkuasa nuklear. Antara ciri kapal selam nuklear ni adalah ia lebih laju, boleh selam lebih lama dan boleh angkat beban yang lebih berat berbanding kapal selam biasa.

Setakat ni, hanya enam negara memiliki kapal selam nuklear iaitu China, Perancis, Rusia, UK, AS dan India. AS akan bekalkan uranium kepada Australia, dan UK pulak akan pinjamkan teknologi reaktor diorang kepada Australia. Bukan tu je, diorang akan memperluas kerjasama dalam teknologi sekuriti siber yang lebih baik untuk menyaingi China.

negara haram huawei china ban
Australia haramkan Huawei, syarikat China didakwa curi teknologi.. -Via Statista

Walau bagaimanapun, perjanjian ni benar-benar buatkan Perancis tersentak dan terkejut. Pertama, sebab Australia tiba-tiba batalkan tanpa sebarang notis makluman pun. Kedua, perbincangan kesepakatan ketenteraan tu jugak tak diberitahu kepada Perancis. Sebenarnya dalam perjanjian Australia-Perancis dulu tu pun, Perancis boleh dikatakan sebagai orang tengah je sebab dia yang akan beli kapal selam daripada AS dan UK dengan rekaan Perancis.

Daripada kontrak yang menelan kos 35 bilion Euro tu, hanya 8 bilion je dimanfaatkan kepada syarikat-syarikat Perancis. Yang lain tu masuk poket AS dan UK jugak. Perancis tau AS dan UK sedar jugak dengan hakikat ni namun bila diorang potong je Perancis macam tu, patutlah Perancis mengamuk sangat.

macron perancis pm aukus
PM Perancis, Emmanuel Macron.. -Via The National Interest

Menteri hal ehwal luar negerinya Jean-Yves Le Drian kata Perancis kena tikam belakang oleh UK dan AS. Pada 17 September tu iaitu 2 hari selepas pengumuman perjanjian AUKUS, Perancis panggil semula duta-dutanya di AS dan Australia. Tak pernah lagi Perancis buat macam tu meskipun wujud jugak tekanan dan konflik antara negara-negara tersebut. Menteri-menteri Perancis lain termasuklah Presidennya dilaporkan kecewa dan marah dengan tindakan Australia.

Negara-negara lain bersuara, ada yang kecewa dan gusar dengan wujudnya aset berkuasa nuklear di lautan diorang

Sementara tu, China jugak terasa bahangnya. Kehadiran kapal selam berkuasa nuklear dilihat akan menggugat keamanan di rantau Indo-Pasifik. Kesatuan Eropah jugak tak puas hati dengan layanan yang diberikan kepada Perancis, dan menuntut permohonan maaf serta penjelasan tentang apa yang berlaku.

New Zealand yang sebelum ni bersahabat baik dengan Australia sehingga setuju nak buat gelembung perjalanan antara negara, turut mengkritik tindakan Australia ‘membawa masuk’ aset tentera berkuasa nuklear. PM New Zealand, Jacinda Ardern kata sebarang kapal selam berkuasa nuklear tidak akan dibenarkan berada di perairan diorang walaupun ia adalah milik Australia.

aukus komik
Via Benarnews.org

Indonesia dan Malaysia jugak gusar dengan perkembangan ni. Kita sependapat dengan Indonesia bahawa kewujudan kapal selam berkuasa nuklear hanya akan memudaratkan keadaan. Perlumbaan senjata boleh berlaku sekiranya Australia meneruskan kerjasama membina kapal nuklear bersama AS dan UK di perairan Indo-Pasifik. Sebelum AUKUS, kapal selam Attack class tu tak guna nuklear dan sesuai untuk Indo-Pasifik yang dah bersetuju menjadi kawasan bebas nuklear sebagaimana yang dipersetujui dahulu dalam perjanjian zon bebas senjata nuklear Asia Tenggara 1995.

infografik aukus
Via Bernama

Ada jugak negara lain yang takde masalah dengan kapal selam nuklear ataupun kehadiran aset berteknologikan AS dan UK di Indo-Pasifik. Filipina mengalu-alukan kerjasama tersebut, manakala Singapura pulak nak berdiri atas pagar dan hanya komen yang baik-baik je terhadap kerjasama tu.

PM Australia pun sebenarnya sedar dan faham dengan pelbagai reaksi yang boleh timbul akibat tindakannya tu. Dia dahpun menghantar wakil diplomat dan turut menghubungi ketua-ketua negara lain bagi menjelaskan tindakan tersebut. Dia hantar wakil ke Malaysia, dan menghubungi PM Jepun Yoshihide Suga, PM India Narendra Modi, Presiden Indonesia Joko Widodo serta PM Singapura Lee Hsien Loong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *