Rampasan kuasa berlaku di Myanmar, ini hal yang anda perlu tahu

F1

Myanmar adalah negara yang rumit untuk kita nak faham sekarang ni. Yang kita maklum setakat ni, Myanmar sekali lagi dikawal oleh kuasa ketenteraannya dengan pimpinan Jeneral Min Aung Hlaing. Aung San Suu Kyi, tokoh kemanusiaan sekaligus merangkap sebagai wajah parti NLD di sana ditahan oleh pihak tentera sekali lagi. Apa sebenarnya yang berlaku di sana, dan apa je respon kita terhadap perkembangan Myanmar?

Kudeta Myanmar Coup
Via Kompas.com

Tentera memberontak tuduh ada penipuan dalam pilihan raya, rupanya idea menentang penyatuan Myanmar dah lama

Baru-baru ni, Myanmar mengadakan pilihan raya umum dimana parti NLD masih lagi memegang tampuk pentadbiran di negara tersebut. Kalau dalam adat demokrasi yang kita faham, sebaiknya lepas dah jelas menang tu… pihak tentera kena terima hakikat bahawa tu adalah pilihan rakyat. Walau bagaimanapun, hal tu tak berlaku. Pihak tentera, dipimpin oleh Jeneral Min Aung Hlaing menafikan kemenangan tersebut dan menuduh parti NLD ni menipu dalam proses pilihan raya.

728 X 90

Harus kita kenali dulu siapa sebenarnya Jeneral Min Aung Hlaing. Dia dilantik menjadi ketua tentera, menggantikan Than Shwe pada 2011. Tak banyak yang dapat kita kenali keperibadiannya semasa dia membesar, melainkan komen dari sorang penulis blog bernama Hla Oo yang kata bahawa Min Aung Hlaing ni keras orangnya kerana veteran tentera, tapi jugak sorang cendikiawan dan budiman.

Min Aung San
Jeneral Min Aung Hlaing bersalaman dengan Aung San Suu Kyi… Via BBC

Pada 2016 jugak iaitu ketika Aung San Suu Kyi mara ke tampuk kepimpinan, Min Aung Hlaing ni nampak mesra je dengan Aung San Suu Kyi. Walaupun begitu, Min Aung masih lagi sayangkan komrad militarinya. Kat sana, mereka dipanggil Tatmadaw. Min Aung cuba pastikan 25% kerusi tu diduduki oleh anggota Tatmadaw, manakala NLD pulak berusaha keras nak bataskan kekuatan ketenteraan.

Sepanjang 2016 dan 2017 ni, Tatmadaw berterusan menyeksa Rohingya di daerah Rakhine. Kami ingat lagi pada waktu ini, kita mulai tertanya-tanya apa sebenarnya prinsip dan pendirian Aung San Suu Kyi sang penerima Hadiah Nobel Keamanan ni. Diiktiraf seluruh dunia sebagai tokoh antarabangsa, kemudiannya kita pun turut simpati dengan nasibnya serta masa depan Myanmar; kemudian dah dapat kuasa, terus diam je ke membiarkan Rohingya dibantai sebegitu rupa?

Aung San Rohingya
Dulu dipuji, kini dicemuh.. Via The Irish Times

Tatmadaw pun ada jugak proksi sendiri dalam gelanggang politik, iaitu Union Solidarity and Development Party (USDP). USDP ni kalah pada pilihan raya tahun lalu, kemudiannya mencabar keputusan pilihan raya tu. Bila tak berjaya, Tatmadaw ni yang putuskan nak buat rampasan kuasa pada akhir Januari tahun ni. Hasilnya, Min Aung pegang kuasa total ke atas Myanmar dan mencetuskan darurat.

Idea penyatuan Myanmar sebagai suatu persekutuan ni sebenarnya dah lama. Pada 1962, rampasan kuasa daripada Myanmar yang baharu 14 tahun jadi negara mengubah senario politik negara tersebut. Memandangkan Myanmar ni ada banyak etnik (macam kita jugak), dikatakan ada kumpulan bukan etnik majoriti ni sokong federalisme atau konsep persekutuan. Maksudnya sistem macam kita jugaklah. Negeri-negeri atau lokaliti harus ada autonomi untuk melaksanakan urusan negeri masing-masing.

Myanmar Peta
Luas jugak Myanmar ni… Via BBC

Namun begitu, idea ni tak diterima oleh pihak tentera masa tu. Ditambah lagi dengan kerajaan yang tak berapa kuat, dengan mudahnya pihak tentera merampas kuasa. Banyak kali dah rakyat bangkit, namun setiap kali tu jugak, ramai cedera atau mati. Boleh kita simpulkan bahawa idea pelbagai kerajaan dalam sebuah negara ni agak asing dan pelik dalam minda pihak tentera. Nak jugak satu negara, satu ketua, satu sistem.

Negara-negara kecam dan gantung hubungan dengan Myanmar, Malaysia dan Indonesia sepakat nak adakan perbincangan dengan Myanmar

Susulan pergolakan terbaharu di Myanmar, banyak negara dah kecam dan menggantungkan hubungan diplomatik dengan Myanmar. Negara-negara Eropah termasuk United Kingdom mengecam tindakan ketenteraan, Duta Penasihat Australia pulak kena tahan di Myanmar lepas Australia ikut kecam bersama negara Eropah. Manakala New Zealand memutuskan untuk gantung hubungan dengan Myanmar. Amerika Syarikat, di bawah pentadbiran Joe Biden ugut nak boikot.

China pulak boleh dikatakan ‘sokong’ tindakan Myanmar ni. Sebelum ni, China dah banyak kali ‘back-up’ Myanmar; siap veto kenyataan bersama PBB yang diniatkan nak kutuk tindakan ketenteraan tu. Oleh sebab China dah veto, bermakna PBB kena diam. Thailand, Cambodia dan Filipina pun senyap dan menyatakan tu hal ehwal dalam negeri serta harus diuruskan secara dalaman.

China Myanmar Economic Corridor
Sebelum kudeta ni, Myanmar memang ada buat perjanjian koridor ekonomi dengan China.. Via ORF

Pertemuan dua mata Malaysia-Indonesia baru-baru ni memberi sinar kepada rakyat Myanmar yang gelisah dengan perkembangan politik di sana. Nikkei Asia melaporkan, Indonesia dan Malaysia menyeru ASEAN adakan pertemuan serantau bagi membincangkan masalah yang berlaku di Myanmar. Sambung media tu lagi, lawatan Muhyiddin ke Indonesia jugak dipercayai untuk meningkatkan imej dan keyakinan luar kepada dirinya lepas dilihat tak lagi diyakini oleh rakyat Malaysia.

Seperkara penting yang perlu disebutkan adalah kebajikan 200 pekerja pelantar minyak Petronas yang kini terkandas di perairan Myanmar. 200 pekerja ni adalah rakyat Malaysia ye, bukan rakyat negara lain. Memetik sumber;

“Ada kawan-kawan yang sudah dihantar ke darat, tetapi tidak ada khabar berita daripada mereka. Kami juga tidak dapat hubungi kedutaan,”- Seperti yang dipetik oleh Astro Awani pada 7 Februari 2021

Kami difahamkan mereka dah hampir kekurangan bekalan makanan, terputus laluan pengangkutan udara lantaran perkhidmatan helikopter terhenti lepas kudeta tentera di ibu negara tersebut. Ni suatu yang perlu diambil serius oleh pihak Petronas dan Kedutaan Malaysia serta Myanmar sendiri. Selain dari situasi pekerja pelantar Petronas, kita kena turut mengesahkan sekiranya ada lagi warganegara kita yang turut terkesan dengan kudeta ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *