Ini sebab dua pemain sepak takraw negara digugurkan, rupa-rupanya…

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita dari sukan sepak takraw apabila dua tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak digugurkan dari skuad takraw negara. Menurut laporan beberapa media, kedua-dua tonggak skuad negara berkenaan digugurkan dengan alasan disiplin.

“Apa yang saya dapat tahu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan mengejut mengugurkan kedua-duanya. Alasan yang diberikan adalah berkaitan dengan disiplin. Mungkin membabitkan kehadiran semasa latihan selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari,” – memetik sumber yang dilaporkan oleh Harian Metro

Kejayaan yang buat satu Malaysia berbangga di Sukan Asia. Via Astro Awani

Kami pun terkejut apabila melihat hantaran Facebook Syahir…

Nampaknya benda ni bukan setakat isu disiplin je, tapi ia juga dikatakan turut berkait dengan pemotongan elaun dikenakan terhadap pemain yang menimbulkan perasaan tak puas hati. Selalunya memang macan itulah, apabila ada elaun atau gaji yang dipotong tanpa alasan yang munasabah, mestilah atlet akan rasa tak dihargai dan mulalah menunjukkan masalah disiplin.

 

Nampaknya ramai yang mengetahui masalah ni dari hantaran media sosial Syahir. Menurut surat yang diorang terima, Syahir digugurkan sebagai atlet negara dan dikeluarkan dari skuad sepak takraw kebangsaan serta digantung sementara daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan. Apa yang buat kami terperanjat, dia bukan setakat digugurkan dari skuad negara, tapi turut digantung daripada menyertai apa-apa aktiviti berkaitan takraw. Nampaknya isu ni macam serius je.

Tindakan drastik PSM ni nampaknya akan berikan impak besar kepada persiapan skuad negara terutamanya menjelang temasya Sukan SEA Filipina. Kedua-dua atlet ni dah buktikan kemampuan diorang apabila meraih emas di Sukan SEA 2015 dan 2017 dalam acara regu. Gandingan diorang bersama Farhan Adam dan Azlan Alias turut memastikan emas Malaysia di Sukan Asia 2018 sekali gus menamatkan kemarau 24 tahun negara.

Baru-baru ni Syahir kata diorang berdua memang nak tarik diri…

Mohd Syahir Rosdi, ada jelaskan dia dan Zulkifli dah berhasrat untuk menarik diri daripada skuad negara untuk menyertai Sukan SEA Filipina, November ni. Tapi, belum pun sempat hasrat tu disuarakan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), diorang dah terima surat pengguguran daripada badan induk tu.

Syahir. Via Stadium Astro

Dia kata – penarikan dirinya dan Zulkifli adalah kerana masalah peribadi masing-masing. Tapi dia tak beritahulah apa masalah tu. Nama pun masalah peribadikan, takkanlah dia nak beritahu semua orang.

“Semangat untuk nak main Malaysia itu memang ada, namun disebabkan masalah peribadi, kami mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Sukan SEA. Tak sempat kami nak buat surat untuk tarik diri, tiba-tiba surat pengguguran dah keluar. Jadi, saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini,” – Syahir, seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro

Zulkifli. Via Metro

Nampaknya diorang berdua kena jawab surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Tatatertib PSM dalam tempoh 14 hari. Menurut Syahir, diorang takde sebarang perancangan. Dalam surat pengguguran tu ada cakap hanya untuk sementara, jadi diorang nak menunggu selama 14 hari ni. Diorang juga bercadang nak tulis surat tunjuk sebab. Cukup sayanglah kalau diorang ni takde dalam Sukan SEA nanti, tapi kalau betul diorang ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan, kita patu bagi diorang ruang. Lagipun diorang dah banyak berjasa.

Nampaknya Malaysia mungkin akan pilih acara ‘bukan kegemaran ramai’ untuk takraw di Sukan SEA

Kamai harap masalah ni dapat segeralah diselesaikan, sebabnya ia akan beri kesan pada persiapan skuad negara menjelang beberapa kejohanan penting. Paling dekat – Sukan SEA hujung tahun ni.

Nampaknya pasukan negara dah beri bayangan untuk menyertai acara ‘doubles’ selepas berjaya meraih perak dalam Kejohanan Asia di Kunming, China baru-baru ni. Walaupun pilihan tu bakal menimbulkan rasa kurang senang berbanding menyertai acara tradisi, regu atau regu berpasukan, namun matlamat keseluruhan kontinjen Malaysia untuk meraih emas mungkin boleh dicapai jika menyertai acara “doubles”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *