Tengah hangat acara Le Tour de Langkawi, mamat ni ingatkan kita pada ‘Maznah’

F1
Tengah hangat acara Le Tour de Langkawi, mamat ni ingatkan kita pada ‘Maznah’

Buat kali pertamanya Sabah jadi venue pembuka tirai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020. Perlumbaan bertaraf antarabangsa ni akan menyaksikan penyertaan seramai 133 pelumba daripada 21 pasukan. Menurut Phoong Jin Zhe selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah, diorang berbesar hati apabila penganjur LTdL 2020 iaitu Human Voyage sudi bawa perlumbaan ni ke Sabah.

S
Via I Love Borneo

“Sudah tentu program ini akan terus mempromosikan Sabah ke seluruh dunia dan ia akan menggalakkan sektor pelancongan sukan yang selama ini kita usahakan,” – Phoong Jin Zhe, Menteri Belia Dan Sukan Sabah, seperti yang dilaporkan Sabah News Today

Perlumbaan ni akan berlangsung selama seminggu, turut anjurkan program berbentuk komuniti

Perlumbaan peringkat satu akan diadakan Jumaat (7/2/2020) ni di Padang Merdeka, Kuching. Ini adalah penganjuran kali kedua di sana selepas kali pertama pada tahun 1997, kerana laluan perlumbaan selalunya tu tertumpu di Semenanjung. Secara tradisinya, Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi akan jadi lokasi mula dan penamat.

Pasukan yang dah sahkan penyertaan dalam edisi LTdL kali ni termasuklah satu pasukan bertaraf Jelajah Dunia, lima pasukan profesional benua, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan (Malaysia). Dua pasukan yang berpangkalan di China tarik diri sebab isu koronavirus. Selain tumpuan perlumbaan di atas jalan raya, ada pelbagai acara berkaitan komuniti dan masyarakat setempat akan diadakan termasuk kayuhan santai dan pameran mini.

Perlumbaan lapan peringkat PETRONAS LTdL 2020 akan berlangsung pada 7 hingga 14 Februari 2020, meliputi jarak keseluruhan 1,145.9 kilometer merentasi Sembilan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

S1
Laluan LTdL 2020. Via Sarawak Tourism

Ada jugak yang tertanya-tanya tentang masalah koronavirus sepanjang pertandingan ni berlangsung. Menurut Berita Harian, penganjur pertandingan ni akan jalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penularan wabak koronavirus. Ketua Pegawai Operasi HV, Shahaizereen A Hamid kata, penganjur akan lakukan saringan secara terperinci untuk pastikan pelumba, pegawai dan petugas yang tiba dari China bebas daripada jangkitan tu.

“Pasukan dan petugas media yang tiba dari China akan menjalani pemeriksaan rapi dan dikuarantin oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar. Kami akan memastikan LTdL kali berlangsung tanpa sebarang kebimbangan khususnya membabitkan isu kesihatan dan keselamatan,” – Shahaizereen A Hamid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Bukan setakat isu koronavirus je, tetapi isu hadiah pemenang pun telah dijamin

Bukan setakat isu koronavirus je, sebelum ni ada jugak masalah hadiah pertandingan dalam acara LTdL ni. Cuma kali ni penganjur beri jaminan bahawa takde lagi isu babitkan hadiah wang kemenangan akan timbul pada penganjuran kali ni.

S1
Via SelangorKini

LTdL yang memasuki edisi ke-25 ni turut dinaikkan taraf sebagai Siri Perlumbaan Profesional agak  istimewa sebab ada pendekatan baru diperkenalkan. Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) perkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Wang Hadiah Kemenangan (PMS), ia jadikan UCI bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hadiah kemenangan.

“Kami memberi jamiman tiada lagi masalah berhubung hadiah kemenangan dengan sistem baru yang diperkenalkan oleh UCI ini. Sistem ini akan diguna pakai buat pertama kali pada edisi kali ini. Wang kemenangan disalurkan kepada PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) seteruskan akan diberi kepada UCI,” – Shahaizereen A Hamid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

S1
Macam kenalkan? Via Stadium Astro

LTdL sebelum ni berdepan dengan isu kelewatan pembayaran hadiah kemenangan pada tahun 2018 ketika di bawah kendalian Ciclista Sports Sdn Bhd. Ia bukan isu yang baru, sebab sebelum ni, beberapa siri penganjuran sebelum ni turut berdepan masalah yang sama.

Ketika orang nak promosikan LTdL ni, orang mula fokus pada ‘Maznah’ pulak…

Ketika saingan perlumbaan ni nak bermula, nama Shahaizereen ni jadi bualan ramai apabila ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon dalam filem Seniman Bujang Lapuk iaitu HM Busra. Katanya kalau nak saksikan sendiri ‘Maznah’ datanglah beramai-ramai saksikan perlumbaan LTdL (Le Tour de Langkawi) kali ni.

“Boleh tengok depan-depan, betul ke tak betul Maznah,” – Kata Shahaizereen, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Wajah Shahaizereen dikatakan sama dengan pelakon yang bermain trompet ucapkan dialog ‘Maznah ye?’ Ketika Ramli (P Ramlee), Ajis (Aziz Sattar) dan Sudin (S Shamsuddin) ketuk pintu biliknya disebabkan terganggu dengan bunyi bising.

S1
Gambar yang tular di media sosial. Via Dunia dan Akhirat

Gambar Shahaizereen yang disamakan dengan HM Busra tu hidupkan semula nostalgia zaman kegemilangan filem Tan Sri P Ramlee sehingga jadi tular. Shahaizereen kata, tak pernah terlintas perkara sebegitu timbul malah langsung tak menyangka ia tular di laman sosial.

Hahh, apa lagi! Mari kita sama-sama berikan sokongan untuk LTdL ni. Sambil-sambil tengok jaguh dunia berlumba, boleh tengok brother ‘Maznah’ ni. Bukan selalu kita dapat peluang untuk tengok pelumba-pelumba profesional berlumba.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top