Korang mesti dah tahu komunikasi merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik pasti akan buatkan diri kita lebih disenangi oleh ramai orang. Tapi, korang tahu tak bahawa terdapat beberapa teknik komunikasi yang lemah yang dapat menjadikan seseorang itu tak digemari oleh orang ramai? Kat bawah ni kami kongsikan 5 teknik komunikasi tu…
1. Berkongsi terlalu banyak perkara di media sosial…
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang lebih banyak berkongsi di media sosial adalah kerana mereka menginginkan lebih penerimaan daripada orang lain. Namun, Pusat Penyelidikan Pew telah dedahkan bahawa perkongsian yang berlebihan di dalam media sosial sebenarnya hanya akan berfungsi sebaliknya dan menjadikan ramai orang yang tak menyukainya.
Perkongsian di media sosial yang dilakukan adalah penting untuk menunjukkan pelbagai perkara seperti ekspresi atau ungkapan tetapi ianya perlulah dilakukan dengan bijak dan terkawal. Membiarkan semua orang tahu apa yang sedang anda lakukan – anda bersarapan apa, makan tengah hari di mana dan makan malam dengan siapa hari ini hanya akan buatkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Ia boleh sebabkan orang tak menyukai korang.
2. Terlalu serius dan tak mesra dengan rakan-rakan di sekeliling…
Dalam sesetengah benda, pasti kita akan lebih mudah tertarik kepada individu yang ada semangat yang tinggi bukan? Namun, perkara ni jadikan sangat mudah untuk orang yang bersemangat disalahertikan kepada seseorang individu yang serius ataupun tak berminat terhadap perkara lain kerana mereka lebih cenderung untuk tertumpu kepada kerja mereka sendiri je.
Orang yang mudah untuk digemari akan mengimbangi semangat mereka dengan kemampuan untuk bergembira ataupun dalam erti kata lain adalah bagaimana mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja; walaupun mereka serius ketika di tempat kerja tapi mereka mesra antara satu sama lain.
Mereka hanya berikan tumpuan untuk ada interaksi yang bermakna dengan rakan sekerja mereka, mengingati segala apa yang telah diberitahu kepada mereka pada semalam ataupun minggu lalu dapat menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka sama penting dengan kerja yang mereka lakukan.
3. Mempunyai sifat baran yang tak terkawal, tak mampu kendalikan emosi…
Setiap manusia pasti akan ada sifat marah dalam diri mereka masing-masing kan? Namun, meledak atau melepaskan kemarahan kepada sesiapa sahaja tidak kiralah sama ada mereka memang perlu dimarahi ataupun tak hanya akan memberikan pandangan yang negatif kepada diri mereka.
Apabila korang ada sifat yang tak boleh mengawal kemarahan maka korang akan dilabel sebagai seorang yang tak stabil, tak dapat untuk didekati dan sangat menakutkan. Apabila korang mampu untuk kendalikan emosi korang, hal ni akan membuatkan korang akan kelihatan seperti pemandu kenderaan yang mampu mengawal segala-galanya dengan cekap.
4. Bermain telefon ketika orang lain sedang rancak berbual, benda selalu terjadi
Korang mesti ada seorang kawan yang suka berbual sambil bermain telefon kan? Kalau korang nak tahu, tiada apa hal yang boleh membuatkan orang lain menyampah dengan korang melainkan jika anda menjawab mesej ataupun panggilan ketika sedang rancak berbual. Malahan, korang juga akan tak disenangi jika hanya meleretkan pandangan ke arah telefon ketika sedang berbual.
Untuk pengetahuan korang, apabila korang komited dan fokus dalam sesuatu perbualan maka korang pasti akan rasa bahawa perbualan tu lebih menyeronokkan dan berkesan. Tapi kalau korang asyik main telefon, itu bermaksud bahawa fikiran korang sedang berada di tempat lain dan perbualan pun pasti tak akan rasa seronok kan?
5. Kurang bertanyakan soalan kepada rakan-rakan…
Kesilapan terbesar seseorang dalam sesuatu perbualan adalah mereka tertumpu kepada apa yang mereka ingin katakan sehingga mereka tak dengar dan berikan perhatian kepada apa yang orang lain sedang ucapkan ataupun katakan.
Kata-kata orang lain mungkin didengari dengan jelas tapi makna yang ingin disampaikan oleh orang tu tak dapat difahami oleh diorang. Cara mudah untuk mengelakkan daripada situasi ini berlaku adalah dengan menanyakan kepada mereka sebanyak soalan yang mungkin.
Kebanyakan orang suka untuk mengetahui anda fokus dengar segala apa yang dikatakan olehnya. Jadi, kalau korang bertanyakan soalan, itu menandakan bahawa korang bukan sahaja mendengar dengan baik tapi ambil berat tentang apa yang sedang mereka katakan. Hal ini secara tak langsung akan jadikan orang lain lebih minat nak borak dengan korang.
Korang bolehlah lihat cara rakan-rakan korang berkomunikasi selepas ni…
Lepas ni kalau korang tengah berbual dengan rakan-rakan korang, korang boleh lah cuba untuk perhatikan segala gelagat dan cara rakan-rakan korang berkomunikasi. Mana tahu ada antara rakan korang yang mempunyai kelemahan komunikasi seperti yang kami nyatakan kat atas kan. Korang boleh lah tegur dan berikan sedikit tips untuk cara berkomunikasi dengan betul.