Menteri kata Malaysia tak terkesan perubahan iklim? Sebenarnya fakta itu salah

f1
Menteri kata Malaysia tak terkesan perubahan iklim? Sebenarnya fakta itu salah

Dua tiga menjak ni, ramai jugak yang perasan bahawa Malaysia dah jadi semakin panas. Ye lah, walaupun Malaysia sememangnya berada di garis khatulistiwa… kadangkala kita pun turut mengalami perubahan suhu yang agak luar biasa. Maksudnya apa yang korang perasan tu dah betul dah; Malaysia dah semakin panas. Dah banyak sebenarnya saintis kita berjaya membuktikan hal ni, namun malangnya masih ramai lagi yang tak pedulikan sangat bab alam sekitar.

728 X 90

Kali ni, kami ringkaskan intipati temubual Jailan Simon yang merangkap Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bersama wartawan Harian Metro. Perkongsian ni ternyata amat penting, kerana METMalaysia ni antara agensi yang bertanggungjawab meneliti perkembangan cuaca kita dari semasa ke semasa. Bila kita bertanya kepada ahlinya yang lebih arif, tentunya kita lebih faham cabaran dan situasi alam sekitar kita ni.

pkpd klang
Via Harian Metro

Ramai ingatkan cuaca berubah, MetMalaysia kata ramai sebenarnya tak tau perkara sebenar

Jailan Simon kata, sebenarnya ramai jugak salah faham mengenai cuaca dan suhu ni. Yang banyak berubah adalah suhu, bukanlah cuaca. Cuaca ni macam apa yang korang nampaklah; hujan dan tak hujan je lah. Oleh demikian, kita akan lebihkan fokus nak bincang pasal suhu. Macam kami katakan sebelum ni, Malaysia sebenarnya dah jadi lebih panas berbanding tahun-tahun lalu.

jailan simon
Ni lah Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon.. Via Youtube

Dalam tempoh 100 tahun, suhu di negara kita dah naik lebih kurang 1.6 hingga 1.8 darjah Celcius. Tu peningkatan yang agak tinggi. Sekiranya kita tak buat apa-apa mengenainya, tak hairanlah suhu ni akan terus meningkat kerana pemanasan global atau pencemaran. Pelepasan karbon dioksida jugak menyumbang ke arah pemanasan global. Mengikut Jailan sendiri, peningkatan suhu ni boleh dibuktikan dengan graf yang diorang kaji. Manakala dari segi hujan, ia tak begitu jelas… cuma dalam beberapa tempoh belakangan ni, Malaysia menemui cuaca yang sebelum ni jarang berlaku.

Contohnya, wujudnya kejadian puting beliung mini di utara Semenanjung. Biasanya, kejadian seperti ni berlaku akibat cuaca ekstrem seperti hujan lebih lebat atau ribut petir. Malangnya, peranan MetMalaysia jugak bukanlah untuk mengelak kejadian-kejadian ni daripada terus berlaku. Peranan sebenar agensi ni adalah untuk pengurusan bencana, termasuklah ramalan cuaca untuk pelbagai fungsi. Haa.. kalau takde MetMalaysia, banyak sektor terganggu.

Antara fungsi MetMalaysia ni adalah untuk berikan maklumat cuaca untuk operasi penerbangan terutamanya untuk penerbangan awam, tentera dan sebagainya. Operasi di laut pun kena dapatkan maklumat awal daripada MetMalaysia, barulah diorang dapat jalankan sebarang operasi. Dahulunya, agensi ni hanya kesan bencana yang akan berlaku macam banjir. Misalnya, kalau monsun datang… kita boleh berikan amaran lebih awal.

Buat ramalan cuaca tak semudah yang disangka, tak ramai pengkaji cuaca di Malaysia

Ramai beranggapan keluarkan ramalan cuaca ni senang je, dan tak perlukan usaha yang terlalu berat. Dengan kemunculan teknologi baharu, dah pasti ia lebih senang berbanding dahulu. Tetapi usaha nak ramal cuaca masih tak boleh dipandang enteng. Banyak jugak sebenarnya cabaran yang MetMalaysia hadap semasa nak keluarkan ramalan cuaca setiap hari. Jailan Simon berkongsi lagi, ramalan cuaca ni ada bermacam lagi. Contohnya kalau ramalan musim di waktu musim tengkujuh, ia lebih senang kerana kita dah tau ia adalah musim peralihan monsun. Maka, cuacanya lebih stabil dan konsisten.

peralihan monsun
Via Facebook

Sementara untuk cuaca bagi ramalan penerbangan, MetMalaysia boleh dapat lebih dari 90% ketepatan untuk digunakan oleh pihak pengoperasian kapal terbang di Malaysia. Gempa bumi pulak, dalam satu hal lagi, tak boleh diramal. MetMalaysia hanya boleh kesan lokasi, masa dan berapa kuat skala gempa tu. Tetapi kita masih boleh ramal jugak sekiranya gempa bumi tersebut boleh cetuskan rantaian lain seperti tsunami.

Cabaran-cabaran lain yang dihadapi adalah cuaca Malaysia, yakni terletak di kawasan khatulistiwa ni tak ramai orang kaji. Kebanyakan kajian dilakukan di negara beriklim sederhana, maka sains berkaitan khatulistiwa ni agak terhad. Tambah lagi, corak cuaca di sini agak berbeza dengan negara lain. Di negara khatulistiwa, kita gelarkannya jenis cuaca kita ni sebagai cuaca awan perolakan. Tempoh masa hujan tak lama dan sistem tu sendiri tak lama. Kadangkala, kita baru nak kesan dan keluarkan amaran… rupanya kejap je dan tak sempat pun nak laporkan.

peralihan monsun ribut1
Via Sinar Harian

Cuaca tu sendiri jugak adalah kecil. Jadi MetMalaysia tak dapat nak ramalkan cuaca setempat, lagi-lagi untuk cuaca yang sekejap je berlangsung. Kalau kat negara yang sederhana, senang sikit nak ramalkannya. Salah satu cabaran lain adalah dari segi teknologi jugak.

Tak ramai orang yang mampu membeli alatan kaji cuaca ni. Kita terpaksa harapkan barangan yang diimport dan kosnya agak tinggi, seperti radar. Dulu-dulu kita buat secara manual, tetapi tentulah ia akan memakan masa dan tenaga yang banyak. Bila kita buat secara automatik pulak, berlaku masalah komunikasi membabitkan kawasan pedalaman yang masih takde sistem komunikasi lengkap. Namun begitu, kita tengah usaha nak tambahbaik rangkaian stesen yang dapat liputi seluruh negara.

sistem cuaca automatik
Kawasan sistem Cuaca Automatik (AWS).. -Via Met.gov

Tahun ni lebih sejuk berbanding tahun-tahun lalu, sistem pencerapan cuaca kita agak luas

Ramai nak tau bagaimana keadaan cuaca kita sekarang ni. Mengikut Ketua Pengarah ni, sekarang ni adalah waktu peralihan monusn timur laut kepada monsun barat daya. Dalam tempoh tengah-tengahnya, kita panggil sebagai peralihan monsun. Peralihan monsun ni, dalam istilah ringkasnya, merupakan perubahan angin. Sebelum ni kita terima angin dari timur laut.

Pada Mei nanti, kita akan terima angin dari barat daya. Semasa tengah-tengah bulan tu, angin akan datang dari pelbagai arah dan tak kuat. Ketika nilah lazimnya lebih banyak berlaku perolakan awan, lalu mengakibatkan ribut petik di pantai barat Semenanjung, Selangor, Perak, Johor dan Melaka. Di kawasan bandar, sentiasa ada risiko berlakunya banjir kilat dan sebagainya.

peta angin monsun
Peta angin monsun di Malaysia.. -Via PDFSlide

Januari, Februari dan Mac merupakan fasa akhir monsun timur laut. Ni bermaksud musim panas dan kering. Keadaan panas ni biasanya berakhir pada pertengahan bulan April, tapi hujan dah datang sekarang. Musim panas yang diramalkan tu takkan segera berakhir kerana matahari ni berada di atas kepala kita sekitar 23 Mac dan dijangka masih panas sehingga pertengahan April sebelum beransur sejuk.

Ada dua fenomena utama yang korang wajib tau, iaitu fenomena El Nino dan La Nina. El Nino ni membawa cuaca panas yang ekstrem, kering melampau dan kemarau. Pada 2015 dan 2016, kita alami suhu yang sangat tinggi iaitu 39 darjah Celcius. Tahun ni pulak , kita alami La Nina dan ia lebih sejuk jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Ni tak bermakna ia akan kekal sejuk, sebab gelombang haba yang melanda negara ni hanya berada di tahap berjaga-jaga (37-40 darjah Celcius). Suhu maksimum kita setakat ni adalah 35-37 darjah Celcius.

el nino la nina
Via AHA Centre

Teknologi pencerapan cuaca kita sentiasa berkembang dari tahun ke tahun. Lagi 3 tahun, kita dijangka akan memiliki 25 stesen rangkaian radar yang boleh pantau kawasan mana yang berlaku hujan atau ribut petir. Selain tu, kita ada 400 sistem automatik di seluruh negara. Kita jugak ada sistem cerapan secara manual, biasanya diletakkan di pedalaman. Kita turut mempunyai sistem satelit yang cerap data satelit daripada Jepun, China dan Amerika Syarikat. Perkara ni tak mengejutkan kerana kita masih perlu tengok data seluruh dunia jugak.

Misalnya ketika monsun timur laut, kita dipengaruhi oleh cuaca dari China dan utara Asia. Ketika monsun barat daya, dari Australia dan lautan Hindi. Setiap jam kita menerima data dari seluruh dunia, begitu jugak dengan data daripada lapangan terbang. Kita jugak turut berkongsi data dengan diorang. Data tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data kita, dan begitulah maklumat yang kita jana dari komputer kita ke sistem diorang.

gempa bumi metmalaysua
Via Utusan Borneo Online

Sains cuaca ni menarik jugak untuk diselidiki dan kami rasa tak keterlaluan sekiranya kita nak masukkan jugak ilmu cuaca ni dalam silibus pendidikan kita termasuklah dijadikan sebagai suatu subjek pilihan untuk institusi pengajian tinggi. Nak dijadikan sebagai suatu bab je mungkin tak cukup, khususnya apabila kita nak cuba mantapkan lagi ilmu pengetahuan kita terhadap cuaca khatulistiwa. Walaupun begitu, isu pengetahuan adalah isu kecil jika nak dibandingkan kesedaran kita termasuklah inisiatif kerajaan negeri untuk ‘memperdagangkan’ sumber hasil hutan tu. Kerajaan negeri tak boleh sesuka hati jarah alam sekitar tanpa ada pelan melestarikan alam sekitarnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top