Alamak! Semalam terlupa baca niat puasa, apa hukumnya?

Alamak! Semalam terlupa baca niat puasa, apa hukumnya?

Setiap kali bulan Ramadan datang, mesti akan ada isu orang terlupa nak berniat. Sebabnya simple, sebab masa bangun sahur tu kepala tengah mamai. Jadi kami fikir elok jugak kalau kami kongsikan pandangan ulama tentang hukum terlupa niat ni. Sebelum kami start, korang kena tahu yang pandangan Islam ni terlalu luas. Sebab kami perasan, ramai dalam kalangan orang Malaysia ni, apabila dia berpegang pada satu-satu pandangan agama; dia fikir itu je pandangan yang wujud dalam agama.

Salam Ramadan. Via UBC

Jadi untuk memastikan kredibiliti pandangan yang kami nak share ni, kami ambil pandangan dari mufti yang agak moderate kat Malaysia. Tak lain tak bukan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Sembilan.

Ada 3 syarat berniat yang perlu diketahui oleh umat Islam

Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah;

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. – (Al-Bayyinah: 5)

Via MySumber

Dalam berniat untuk berpuasa, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

  1. Al-Jazmyang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.
  1. Al-Ta’yiiniaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
  2. Al-Tabyiit: menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Hafsah R.Anha:

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut). – Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

Via Giphy

Adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam?

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat Islam. Para ulamak telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:

  • Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
    Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah.
  • Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.

Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.

Bagaimana pulak dengan kes orang yang terlupa niat berpuasa?

Macam yang kami dah cakap tadi, niat puasa tu wajib dilakukan pada tiap-tiap malam. Oleh itu, orang yang terlupa berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu malam tidak sah baginya melakukan ibadat puasa dan wajib diqadha hari puasa yang terluput itu pada hari lain di luar bulan Ramadhan.

Batman lupa niat puasa. Via Tenor

Tapi, demi menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari, ulama-ulama mazhab Syafi’e menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.

Dalam perkara ini, Syeikh As-Sharqawi Rahimahullah dalam Hasyiahnya menyebutkan;

Ertinya: “Sekiranya seseorang berniat pada malam pertama Ramadhan untuk berpuasa sebulan penuh, adalah tidak memadai selain pada hari pertama itu sahaja. Walaubagaimanapun, hendaklah dia melakukan yang demikian itu (berniat pada malam pertama Ramadhan untuk berpuasa sebulan penuh) supaya dia mendapat pahala puasa bulan Ramadhan sekiranya dia terlupa untuk berniat pada (setiap malam) sebagaimana mengikut pendapat Imam Malik Radhiallahu ‘anhu – Begitu juga sunat berniat puasa di awal siang hari pada hari dia terlupa berniat bagi mendapatkan pahala puasanya sebagaimana pendapat Imam Abu Hanifah Radhiallahu ‘anhu – Jelasnya, semua perkara yang dinyatakan itu adalah dilakukan dengan cara bertaqlid…” (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala tuhfah at-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih Al-Lubab: Juz 1, halaman 407)

Via Tenor

Pengarang kitab Hasyiah al-Baijuri pula menyebutkan;

Ertinya: Dan menurut pendapat Imam Malik, sesungguhnya adalah memadai berniat puasa satu bulan penuh Ramadhan pada malam pertama daripada bulan Ramadhan. Dan bagi orang yang bermazhab Syafi‘e boleh bertaqlid (mengikut) dalam perkara tersebut bagi mengelak supaya dia tidak terlupa berniat pada satu-satu malam yang menyebabkan dia perlu mengqadha’ puasanya. (Hasyiah asy-Syeikh Ibrahim al-Baijuri: 1/553)

Berdasarkan perkataan dua ulama Syafi’e di atas, mereka dilihat turut cenderung untuk bertaqlid dengan mazhab Maliki dalam perkara menjaga kepentingan orang yang terlupa berniat setiap malam, iaitu berniat sebulan penuh di malam pertama bulan Ramadhan. Maka ia bolehlah dilakukan bahkan sunat beramal dengannya.

Berniatlah sebulan siap-siap, takut-takut terlupa berniat

Ini sebenarnya baru dua pandangan popular tentang perihal niat dalam puasa. Sebenarnya ada beberapa lagi pandangan ulamak tentang niat berpuasa ni. Tapi untuk bacaan awam, dua pandangan ni cukup kot. Jadi bagi sesiapa yang tak berniat sebulan lagi, eloklah korang cepat-cepat berniat sebulan…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top