Harga tiket penerbangan selalu mahal? Ini kaedah diorang tentukan harga

Harga tiket penerbangan selalu mahal? Ini kaedah diorang tentukan harga

Pernah tak korang tengok-tengok harga tiket nak pulang kampung, tiba-tiba mahal pulak jadinya. Tak macam bulan lalu, harga tiket dah naik. Diam-diam menyesal tak beli dulu. Benda ni bukanlah isu terpencil, bahkan seorang kolumnis Berita Harian pun pernah ulas perkara ni. Haa, kami cuba jelaskan kenapa syarikat penerbangan boleh suka hati naikkan harga tiket.

1. Syarikat penerbangan pun nak untung

Biasanya syarikat penerbangan ada sistemnya sendiri untuk tetapkan harga. Yelah, mana ada syarikat nak rugi kan? CNN huraikan sedikit pasal sejenis sistem khas iaitu Expected Marginal Seat Revenue (EMRS). Sistem ni boleh kira kadar untung satu-satu destinasi penerbangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kan seronok kalau kita boleh terbang. Via Giphy

Ada beberapa aspek yang dilihat dalam sistem ni. Dalam dokumentari pendek CNBC bertajuk “How do airlines price tickets?”, ada 4 benda penting yang akan diambil kira:

(a) Tempahan korang dulu-dulu

(b) Jumlah tempat duduk yang masih ada

(c) Pasaran permintaan

(d) Kemungkinan untuk isi semua tempat duduk

Sebab poin di aspek (a) nilah, korang kena daftar jadi ahli untuk syarikat penerbangan supaya boleh tebus bonus loyalti. Setakat padam ‘cookie’ saja untuk dapat tiket murah tak cukup. Benda ni dah ‘busted’ dalam siasatan wartawan Huffpost, Skyscanner, Telegraph dan The Sun.

2. Kejap, nak bisnes ke nak bercuti ni?

Kita dah tau syarikat penerbangan hanya kenal pelanggan dan pembeli tiket guna sistem mereka sendiri. Nampak 4 poin di atas tadi? Harga tiket ni pun ditentukan oleh jenis tempat duduk dan pasaran permintaan ke satu-satu destinasi. Kalau nak duduk kat ‘first class’ atau ‘business class’, mestilah harganya tak sama dengan orang yang nak duduk kat kelas ekonomi, betul tak? Tu jelas sangat.

Benda ni biasa untuk orang yang nak pilih tempat duduk sendiri. AirAsia dah tetapkan harga ikut kedudukan kerusi, siap boleh tengok kalau kerusi tu dah ada orang tempah atau masih kosong. Kredit gambar: AirAsia

Yang tak jelas ni adalah tujuan korang nak ambil destinasi penerbangan ke tempat tersebut. Kajian Kevin R. Williams (2017) dari Universiti Yale buktikan bahawa sistem harga kapal terbang pandai teka sama ada korang ni beli untuk bercuti atau beli untuk urusan bisnes/rasmi.

Biasanya kalau korang nak ke Jepun pada musim bunga, sahlah korang ni macam beli tiket ke Jepun untuk bercuti. Tapi kalau korang nak ke Kuala Lumpur atau kota-kota perniagaan macam London, New York, Dubai… sistem tu main agak je korang nak beli tiket untuk urusan bisnes. Tapi semua ni akan ditentukan jua akhirnya oleh pasaran permintaan.

Tengok situasi kat Malaysia pula, musim cuti ni jadi elemen utama nak tentukan sama ada korang ni nak bercuti atau ada urusan penting. Ikut dapatan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 2018, harga tiket digandakan tiap kali pada hari cuti terutamanya hujung minggu sebelum tarikh jatuhnya Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

Sebab tu nak ke Tawau, Sabah pun mahal sangat sampai serupa harga nak ke Jepun pula ketika beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri. Kredit gambar: Tenor

3. Eh… tak bolehlah harga tu!

Antara faktor penentu dalaman harga tiket kapal seperti kos minyak, pilihan kerusi, berat kargo dan cukai. Salah satu yang korang mungkin tak sedar: harga tambang asas. Tiap destinasi perkhidmatan penerbangan dah tetapkan harga tambang asas ikut sejarah pembelian pelanggan lalu dan kesan peristiwa semasa.

Tak banyak sumber yang boleh tentukan sejauh mana kita boleh tahu pasal harga tambang asas nak ke Pulau Pinang atau nak terbang ke Singapura. Kita hanya boleh agak perkembangan dengan pemerhatian harga tiket pada tahun-tahun lalu. Kaedah kajian ni kena pakai oleh MAVCOM (2018) iaitu dengan ambil purata je dari 2016 dan 2017.

Kredit gambar: Giphy

Bukan tu saja, Google Flight pun guna teknologi algoritma mereka sendiri untuk ramal harga tiket kapal. Biasanya yang ditunjukkan tu adalah ramalan daripada harga tambang asas ikut kiraan mereka. Tapi Skyscanner pesan, kalau hasil jualan ke sesebuah tempat tu di bawah harga tambang asas – syarikat penerbangan mungkin akan perbanyakkan kuota tawaran tiket harga kapal ke tempat tersebut dengan  harga yang murah!

Kita boleh set nak Google Flight bagi perkembangan dan ramalan harga. Kredit gambar: Travel With Grant

Sekarang ni, korang kena jadi lagi peka pasal trend harga tiket kapal. Banyak aplikasi mudah alih yang boleh korang guna agar jadi pembeli tiket kapal yang bijak. Kalau boleh, korang cuba dulu agak-agak sendiri harga tambang asas bila nak pulang kampung supaya taklah sakit hati terbeli tiket harga yang lebih mahal. Kami ucapkan korang agar semoga berjaya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top