Kecoh satu dunia bila bintang Arsenal berdarah Turki tapi lahir di Jerman, Mesut Özil mengkritik umat Islam yang hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Muslim Uighur kat Xinjiang ditindas oleh kerajaan China. Macam yang kita dah bincang dalam artikel sebelum ni, Xinjiang ni nama asalnya adalah Turkistan, dan etnik Uighur dah duduk kat situ sejak ribuan tahun yang lepas.
Komen tular Ozil tu dia muat naik kat akaun Twitter dan Instagram dia sendiri dengan tajuk “East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah”. Dia menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan” dan “Mukmin yang secara bersendirian mereka yang memaksa orang menjauhi Islam.”
Kritikan Ozil buatkan Arsenal cuak, cepat-cepat Arsenal lakukan penafian…
Mengkritik kekejaman Kerajaan China, Ozil menulis dalam Bahasa Turki, “Quran dibakar… Masjid ditutup… Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan… Ulama’ dibunuh seorang demi seorang.. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri”.
Dia sambung lagi, “Mereka tidak bersuara. Mereka telah mengabaikan masyarakat itu (Uighur). Tidakkah mereka tahu bahawa membiarkan penganiayaan itu sendiri adalah satu penganiayaan? Saidina Ali, menantu Nabi Muhammad berkata, ‘Sekiranya anda tidak boleh elak penganiayaan, dedahkannya”.
Bintang bola sepak beragama Islam tu memuat naik kenyataan kira-kira 48 jam sebelum pasukan yang dia wakili (Arsenal) menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad. Arsenal buat ‘disclaimer’ tak nak ada kaitan isu Uighur-Ozil.
Lepas kecoh satu dunia pasal kenyataan Ozil tu, Arsenal ada keluarkan satu kenyataan kat media sosial China, Weibo, menyatakan pihak kelab tu takdE kaitan langsung dengan pendirian yang disuarakan Özil.
Dengan penuh rasa cuak, kelab yang tengah cari mana hilangnya sentuhan kejayaan diorang kata; “Berhubung komen oleh Mesut Özil pada media sosial, Arsenal perlu membuat kenyataan jelas. Kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Özil. Sebagai pasukan bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak mencampuri hal politik.”
Disebabkan Ozil lakukan kritikan terhadap China, diorang batalkan siaran perlawanan melibatkan Arsenal
Republik Sang Naga tetap menghukum kelab Meriam yang jarang menang tu, walaupun Arsenal sedaya upaya mengelak daripada dikaitkan dengan kritikan Ozil. Walaupun Arsenal dok pulun nak mengelak kena hukum akibat kenyataan Ozil tu, diorang tetap tak boleh lari daripada kekejaman China.
Buktinya, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV dah menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dengan Manchester City daripada program diorang. Perlawanan EPL kat London tu asalnya dijadualkan disiarkan secara langsung kat saluran sukan CCTV, sebelum tengah malam, malah dah ditulis dalam satu jadual yang diterbitkan dalam akaun rasmi Weibo liga tu.
Tapi, tiba-tiba, CCTV gantikan perlawanan dalam jadualnya tu dengan perlawan yang ulangan antara Tottenham dan Wolverhampton Wanderers.
Oktober lepas, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika (NBA) alami kerugian yang banyak, lepas tular komen ‘online’ daripada seorang eksekutif kelab NBA yang menyebut krisis berkaitan China. Pengurus Houston Rockets, Daryl Morey, menulis satu ciapan di Twitter menyatakan sokongan kepada para demonstran pro-demokrasi kat Hong Kong. Akibatnya, beberapa buah syarikat China menangguhkan penawaran penajaan dan juga siaran.
Selain tu, Persatuan Bola Sepak (CFA) mengatakan komen Ozil sebagai ‘tidak dapat diterima’ dan telah ‘melukai perasaan’ penyokong bola sepak kat negara tu.
Ada gesaan untuk boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk, China mula kumpul sampel DNA…
Seperti yang kita sedia maklum, sejak sekian lama, Beijing dituduh menindas etnik minoriti Uighur kat Xinjiang dengan menahan mereka secara paksa kat satu kem tahanan yang diorang gelarkan ‘kem latihan vokasional.’ Satu laporan oleh pelapor khas kat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa seramai sejuta atau 7% umat Islam kat Xinjiang dimasukkan dalam kem ‘pendidikan politik’ tu.
Dalam usaha nak meningkatkan lagi ‘pemprofilan berdasarkan kaum’, Kerajaan China sekarang ni mengumpul sampel darah daripda ratusan orang Uighur di Xinjiang secara paksa. Dalam satu temu bual dengan yenisafak.com, aktivis dan wartawan Uighur, Tahir Imam dedahkan Beijing menggerakkan satu projek baru untuk mendapatkan sampel-sampel DNA, sebagai permulaan kepada program besar-besaran dasar pembunuhan etnik Uighur.
Untuk jangka panjang, Beijing didakwa mahu kawal minda serta aktiviti seharian orang Uighur, sebelum menghapuskan budaya, agama dan jati diri diorang. Proses ‘DNA phenotyping’ dibangunkan untuk mendedah dan mengaitkan seseorang dengan keturunan, warna kulit dan warna mata sesuatu etnik. Sebab tu Tahir menggesa dunia memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk kat Beijing 2022 nanti.
Malaysia pulak nak sebarkan propaganda perlekeh penderitaan Uighur
Amat janggal apabila Malaysia yang terkenal sebagai negara pendukung kedamaian, akan mangadakan Sambutan 45 Tahun Hubungan Diplomatik pada 21 Disember 2019 ni kat Bangi Avenue Convention Centre (BACC), diisi dengan propaganda tentang Xinjiang. Apakah mesej yang ingin disogok mereka dalam acara ni? Nak tunjuk semuanya okay dan baik-baik saja ke kat Xinjiang?
Dunia perlu tahu bahawa umat Islam Uighur kini ditindas, dinafikan hak, diugut, dipaksa dan 1001 lagi seksaan dunia yang tak dapat dibayangkan kita.
Khabarnya mereka yang terlibat dalam persembahan program kat BACC tu dibawa khas dari Xinjiang, sedangkan pelarian Uighur yang ada kat Malaysia dan kat mana-mana sekarang pun berada dalam ketakutan, apatah lagi menjadi buruan. Nak perbaharui visa dan passport pun susah, malah ada yang akhirnya ditahan dan senyap tanpa kesudahan. Rupanya dibawa pulang ke China – ke kem tahanan untuk soal siasat dan siksaan.
Baru-baru ni, terang-terang Shohrat Zakir, gabenor Uighur Xinjiang menipu bila buat kenyataan yang kesemua ‘penuntut’ yang jalani latihan kat ‘kem vokasional Uighur’ dah lulus dan kini hidup dengan gembira. Kenyataan Shohrat tu disambut dengan kemarahan ramai sanak-saudara tahanan Uighur yang masih hilang sampai ke hari ni, tanpa sebarang khabar berita.
Kita semua ada peranan kecil untuk bersolidariti dengan rakyat Uighur…
Ayuh gelombangkan bantahan penganjuran persembahan ini sebagai tanda solidariti kita kepada Uighur yang kini dizalimi. Kita mungkin tak sokong Arsenal atau tak minat Ozil, tapi kita mesti bersolidariti dan menghormati keberanian dia menyebarkan advokasi dan kesedaran tentang umat yang sekian lama dizalimi tu. Peduli Uighur; kita semua Uighur!