TIGA penerima Anugerah Point of Light dari Malaysia yang korang wajib tahu

f1

Beberapa bulan lalu, kita menerima berita gembira bahawa salah seorang rakyat Malaysia diberikan anugerah berprestij antarabangsa pada tahun ni. Lebih menarik lagi, ia diberikan di atas nama Ratu Elizabeth sendiri dan khusus untuk mengenang jasa sukarelawan yang dah habiskan masa diorang membantu komuniti masyarakat sekelilingnya.

728 X 90

Anugerah Points of Light ni pertama kali diperkenalkan oleh Presiden George H.W Bush pada 1990, sebelum diperluaskan lagi dengan kerjasama Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sejak tu, ratusan sukarelawan daripada pelbagai usaha dan bidang dah diiktiraf dan menerima Anugerah Point of Light ni termasuklah para sukarelawan daripada negara-negara Komanwel menerusi Commonwealth Points of Light.  Oleh tu, kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang 3 orang penerima Anugerah Points of Light dari Malaysia.

1. Digelar sebagai Doktor Teddy Bear, doktor ni sanggup keluarkan belanja perubatan untuk orang lain

Sudah kenyataan umum kita tau bahawa tugas doktor adalah suatu tugas yang mulia kerana dioranglah yang lebih pakar dalam hal kesihatan. Dari tangan doktor jugaklah, kita berikhtihar mencari kesembuhan dengan ilmu perubatan diorang. Kadangkala kat Malaysia ni, kita tak sedar betapa mahalnya kos penjagaan kesihatan dan perubatan tu sehinggalah kita pergi ke hospital swasta ataupun ke luar negara. Malah, ada sesetengah orang ni tak mampu pun nak ke hospital kerana terlalu sibuk mencari nafkah ataupun tak dapat bawa diri kerana sakit ataupun masih kecil.

dr madhu point of light
Doktor Teddy Bear sedang menerima anugerah tersebut.. Via Points of Light

Oleh tu, usaha sorang doktor yang membuka klinik bergeraknya sendiri amat perlu untuk kita hebahkan. Dr. Madhusudhan Shanmugam merupakan penerima anugerah Point of Light Komanwel kita yang pertama. Pada 2015, dia membuka klinik bergeraknya iaitu Teddy Mobile Clinic untuk memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma, makanan dan pakaian untuk mereka yang memerlukan. Dia digelar sebagai ‘Doktor Teddy Bear’ oleh para pesakit mudanya sebab dia selalu berikan sebuah patung beruang semasa diorang buat lawatan pemeriksaan.

Bila seseorang pesakit tu berdaftar kat klinik bergeraknya, diorang akan dapat pemeriksaan darah, tahap gula dalam darah dan sesi nasihat perubatan – semuanya secara percuma. Kat hospital atau klinik swasta, sesi nasihat perubatan kadangkala boleh cecah lebih dari RM50 jugak tu. Pada awalnya, Dr. Madhusudhan tanggung segala kos perubatan dan keperluan lain.

teddybear doctor
Doktor Teddy Bear sedang berkhidmat.. -Via New Strait Times

Namun bila dah ramai orang maklum dengan usahanya, para penderma dengan senang hati sedekahkan keperluan seperti ubat-ubatan, pakaian, makanan dan keperluan lain. Program tersebut kini dah cecah seramai 50 anggota, termasuklah enam doktor dan menyediakan perkhidmatan untuk hampir 50 pesakit setiap minggu.

2. Penyu semakin pupus, tetapi usaha sorang pakar ni memungkinkan penyu boleh selamat

Suatu hal yang mendukacitakan sekiranya ada lagi haiwan yang ada kat negara kita ni dah pupus. Terdahulu, spesis badak sumbu sumatera dah diisytiharkan pupus di Malaysia selepas spesis terakhirnya, Iman dah mati. Sudah pasti, kita pun taknak ada lagi spesis haiwan lain hilang kat tanah air kita lagi. Penyu jugak sebahagian dalam senarai haiwan terancam, ditambah lagi dengan aktiviti manusia yang menceroboh hutan dan mencuri telurnya untuk dijual sebelum ia selamat menetas pun.

chen pelf nyok point of light
Dr. Chen bersama Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia.. -Via Point of Light

Dr. Chen Pelf Nyok merupakan penerima kedua dari Malaysia, atas usahanya menyelamatkan tuntung air tawar selepas dia temui spesis tersebut di Sg Kemaman. Dia kemudiannya bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar, Taman Negara dan penduduk kampung di Kg. Tok Kapor, Kg. Pasir Gajah dan Kg. Dadong untuk membina projek pemeliharaan dan kajian tuntung sungai. Diorang dah selamatkan lebih dari 4,500 telur tuntung sungai dan berjaya lepaskan lebih dari 2,700 anak tuntung ke sungai.

Dr. Chen turut menjadi pengasas bersama Persatuan Pemeliharaan Penyu di Malaysia, dan menyelaras pelbagai program kesedaran tentang penyu bersama murid-murid sekolah seluruh Malaysia. Dalam program tersebut, murid-murid dididik tentang bagaimana nak selamatkan tuntung dan penyu dengan langkah-langkah pemeliharaan yang cukup mudah. Contohnya, jangan buang sampai merata-rata di pantai dan berhenti makan telur diorang. Mudah kan?

3. Uncle Kentang yang terkenal kerana selalu tolong orang, akhirnya dah diiktiraf dunia

‘Uncle Kentang’ rasanya tak perlu diperkenalkan lagi; dah ramai orang kenal kebaikan dan pelbagai program kebajikan yang dah dia buat. Ramai jugak orang yang minta bantuannya, dan tak kurang pulak, turut memberikan sokongan dari segi kewangan dan moral kepadanya. Latar hidupnya turut membentuk dirinya pada hari ni, dan dah banyak dikongsikan di laman sosial.

uncle kentang miskin
Uncle Kentang sedang melawat rumah orang yang perlukan bantuan.. -Via WikiImpact

Berdasarkan maklumat daripada Wiki Impact, sebuah laman sesawang yang khusus untuk menampilkan kisah-kisah kesusahan dan tokoh-tokoh sukarelawan; Uncle Kentang ni dulunya orang miskin jugak. Keluarganya pun orang miskin jugak, dimana masa diorang membesar, diorang tak pernah rasa betapa selesanya tidur atas tilam. Atas kemiskinan ni lah, dia sangat faham penderitaan orang miskin.

Lepas enam tahun bersama PDRM, dia mulakan Program Kepolisan Komuniti (CPM) pada 2007. Dari situ, dia sedar bahawa jenayah banyak berlaku kerana kemiskinan. Dia mula fokus memberikan bantuan makanan, khususnya ubi kentang. Oleh sebab dia tak pernah beritahu nama sebenarnya kat komuniti yang dia tolong, orang panggillah dia sebagai Uncle Kentang.

uncle kentang baby
Via WikiImpact

Nama sebenarnya adalah Kuan Chee Heng, dan dia adalah penerima ketiga anugerah Point of Light ketiga dari Malaysia pada Mac 2021. Banyak jugak program kebajikan lain yang telah dia lancarkan, seperti perkhidmatan makanan, pasar 10 sen dan macam-macam lagi. Daripada program ni jugak, orang lain boleh mendermakan pakaian dan bantuan makanan untuk Uncle Kentang salurkan. Manakala, orang yang perlukan bantuan boleh mintak dengan Uncle Kentang. Lebih ramai orang dapat memberi, lebih ramailah orang lain yang dapat dibantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *