Kerajaan nak pinda hukuman terhadap penagih dadah, ini yang mungkin akan berlaku

Fok
Kerajaan nak pinda hukuman terhadap penagih dadah, ini yang mungkin akan berlaku

Baru-baru ni dalam salah satu sesi Parlimen, kerajaan dah setuju nak pinda hukuman untuk para penagih dadah iaitu daripada hukuman penjara menjadi tindakan pemulihan dan rawatan. Tindakan ni sebenarnya adalah kesinambungan usaha kerajaan PH terdahulu yang ingin memperkenalkan dasar nyah jenayah dadah, dan merupakan suatu yang menarik untuk kita bincangkan.

Jenayah dadah ni dah lama kita cuba banteras, malah ia merupakan salah satu negara di Asia sekarang ni yang sedang bertungkus lumus nak mengawal jenayah berkaitan dengan dadah khususnya jenayah penyeludupan dadah yang masih berleluasa hingga kini. Tapi perlu sangat ke kita tukar hukuman?

Jerat Dadah
Via Asklegal

Stigma bekas penagih dadah masih wujud, kini giliran kerajaan mahu tukar stigma tersebut

Kadangkala ada penagih dadah ni tak nak pun bergelumang kembali dengan dadah, tetapi oleh sebab dah pernah kena label sebagai “sampah masyarakat”, mereka tak diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri serta terlibat dalam masyarakat. Maka bekas penagih ni boleh kembali semula sebab dadah bila mereka rasa takde harapan lagi nak berubah jadi baik.

Hukuman penjara pun nampaknya tak lagi dapat membantu elak mereka ni pulang semula kepada tabiat menagih dadah, jadi kerajaan kena mengupayakan satu inisiatif yang boleh memberi ruang perbaiki diri tu. Bila kita dah mulai melihat penagih dadah ni sebagai pesakit, sudah tentulah ramai orang tak takut lagi dengan bekas penagih dadah seterusnya mudahkan mereka nak dapat kerja atau berniaga.

Remaja Penagih Dadah
Remaja pun tak terkecuali.. Via Remaja

Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri kata kerajaan sedang wujudkan dasar berkaitan pengalihan hukuman penyalahgunaan dadah daripada penjara kepada program rawatan dan pemulihan. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 akan digantikan dengan akta baharu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang itu juga bersetuju supaya dasar pengalihan ini diperhalusi dalam akta baru iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang sedang dirangka,”- Seperti yang dipetik Malaysiakini pada 5 Ogos 2020

Substan
Via Facebook

Akta baharu tu selari dengan keadaan sekarang ni, dimana dadah kini lebih mudah didapati dan lebih pelbagai jenisnya akibat kelicikan para penyeludup ni buat dadah jenis sintetik yang lebih berbahaya. Para pengedar pun semakin licik, siap buat jaringan kenalan yang amat besar supaya tak tertangkap. Penagih dadah ni biasanya ambik dadah je. Mereka tak jual dadah. Jadi bila ditahan, kita tak betul-betul ganggu sangat operasi dadah sebab yang ditangkap cuma pembeli je.

Ada jugak pihak yang bantah perubahan arah polisi ni, minta kerajaan perhalusi supaya masyarakat lebih jelas

Tuan Ibrahim Tuan Man pada 24 Julai 2019 pernah bersuara pasal usaha kerajaan PH yang nak bergerak ke arah menyahjenayahkan ketagihan dadah. Dia kata kerajaan kena fikir semula usaha tersebut sebab kalau orang dah mulai fikir ketagihan dadah tu bukan lagi satu jenayah, nanti semakin ramai orang yang nak rasa dadah tu pulak.

Dalam Islam, perkara yang boleh merosakkan akal perlu dicegah atau ditolak. Ketagihan dadah boleh merosakkan akal dan imunisasi tubuh. Oleh itu, saya berpendapat dadah perlu diharamkan dan terus dijadikan sebagai satu jenayah.

Memberikan peluang untuk mereka memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil tetap akan menyebabkan ketagihan. Isu yang perlu difokuskan ialah bagaimana kaedah untuk merawat penagih dadah. Adakah dengan terus memberikan dadah untuk kegunaan peribadi atau menjauhkan mereka daripada najis dadah?- Seperti yang disiarkan di Malaysiakini pada 24 Julai 2019

Bekas Penagih Dadah
Ada penagih dadah ni jadi baik kerana sokongan keluarga.. Via Jamiyah

Tan Sri Musa Hassan jugak tak setuju dengan langkah nyahjenayah dadah ni, sebab dikhuatiri akan menyebabkan orang semakin berani nak guna dadah. Tambahnya, kerajaan kena perhalusi jenis dadah yang akan dinyahjenayahkan dan sebaiknya, dadah jenis sintetik masih lagi diharamkan.

Dadah seperti ganja dan ketum mungkin boleh dinyahjenayahkan, sama seperti pandangan sorang peguam perundangan, Rosal Azimin Adnan. Dia kata dadah jenis herba seperti minyak CBD jugak turut digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan tujuan perubatan, serta dilihat tak memberi kesan ketagihan sebagaimana dadah jenis sintetik.

Rampasan Dadah / Ipk Kl
Sekali tengok, macam snek biasa je.. Ni lah antara jenis bungkusan yang mengandungi dadah sintetik..Via Berita Harian

Kerajaan jugak kini menimbangkan penanaman hem untuk tujuan penyelidikan industri, susulan beberapa perubahan polisi dan dasar kerajaan terhadap dadah tu sendiri. Akta Racun 1952 jugak akan dipinda untuk disesuaikan dengan perkembangan penguatkuasaan kerajaan terhadap dadah ni.

Bercakap tentang penanaman hem untuk tujuan penyelidikan industri, ia akan terus diperketatkan. Hamzah Zainuddin kata;

“Diperketatkan ini bermaksud kita nak lihat, jika apa-apa tanaman sama ada ketum, hem atau apa sahaja yang mempunyai unsur-unsur psikoaktif, mesti diberi penekanan sesuai.

Sekiranya ingin dikomersialkan sebagai ubat, bagaimana sudut perundangan yang akan dikenakan, justeru semua ini akan diambil penekanan,”- Seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 21 Julai 2020

A Man Gathers Marijuana Plants For Medicinal Use At The Company Pharmacielo In Rionegro,
Via Cilisos

Bergerak seiring dengan perkembangan rantau Asean, pengedaran dadah perlu terus ditakrifkan sebagai jenayah yang perlu dibanteras

Langkah Malaysia yang mula menyahjenayahkan golongan penagih dadah sebenarnya selaras dengan bukti-bukti kajian serta dapatan kaedah yang telah digunakan oleh pelbagai negara.

Cabaran terbesar negara dalam isu nyahjenayah ni adalah untuk memberi kefahaman yang jelas bahawa nyahjenayah tak bererti penggunaan dadah mulai dibenarkan pulak. Lebih utama, kita nak merelevankan paradigma perundangan tu dengan realiti dan akar isu penyalahgunaan dadah.

Cbd Hemp Malaysia
3 orang anak muda dari Malaysia cipta produk perubatan berasaskan ganja.. Via Says.com

Pengedaran dan penjualan dadah terutamanya dadah sintetik masih lagi perlu dilihat sebagai jenayah yang perlu dibendung, dan polisi rawatan penagih dadah ni diharap dapat memindahkan tenaga dan aset negara tu agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembanterasan rangkaian dadah di rantau Asia pulak.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top