Pelajar tahfiz meninggal dunia dengan kesan lebam, pusat tahfiznya tak berdaftar

Bapa Nurul Amin Abdul Rahman Bernama1

Apabila kita bercakap tentang institusi tahfiz, ramai melihat ia seolah-olah kita bercakap tentang ‘agama’. Korang kena ingat, Islam adalah agama yang sempurna; tapi manusia atau institusi yang mewakili ‘Islam’ tak sempurna. Dalam erti kata lain ulama dan institusi agama boleh dikritik sekiranya perlu.

Kritikan tu pulak bukan saja-saja, kena datang dengan contoh atau bukti yang betul, supaya orang tak lihat kritikan tu sebagai nak jatuhkan agama. So, hari ni kami kongsi cerita tentang kematian seorang pelajar tahfiz yang tak berdaftar…

Seorang pelajar di pusat tahfiz yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri ditemui meninggal dunia…

Beberapa hari lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dihantar ke sebuah pusat tahfiz tak berdaftar di Lanchang, Temerloh, maut dengan kesan lebam pada tubuhnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan kata mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Katanya, polis tengah tahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.

“Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut. Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya,” – Othman Nanyan, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Othman kata siasatan awal dapati pusat tahfiz yang beroperasi kat sebuah rumah batu mula ambil pelajar sejak awal tahun ni, dan buat masa ada empat pelajar termasuk mangsa. Pusat tahfiz tu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tu.

S1
Sedihnya tengok gambar ni. Via Oh Bulan!

Othman kata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang bawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tengkuk dan kaki mangsa sejuk, disahkan meninggal setelah dihantar ke klinik…

Tengkuk dan kaki murid tahfiz tu dipercayai dipukul dikatakan dah sejuk ketika dia ditemui oleh warden asrama tu. Warden pusat tahfiz tu, Siti Nor Asilah Samsuri kata; Mohammad Aimin Nurul Amin, dalam keadaan tak bermaya dengan kesan lebam pada badan tu ditemui selepas menjenguk bilik mangsa.

Reaksi kami masa tulis artikel ni. Via Giphy

“Saya jenguk ke bilik selepas tiga pelajar yang lain sudah pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Zohor. Tengkuk dan kaki dia sejuk serta terbaring dalam keadaan tidak bermaya di bilik asrama ketika saya temuinya. Saya bersama suami bergegas membawanya ke klinik sebelum 10 minit kemudiannya dia disahkan meninggal dunia dan memang tak sedar ada kesan lembam di badannya,” – Siti Nor Asilah, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Siti Nor Asilah kata, dia tak pernah dengar insiden pergaduhan babitkan empat pelajarnya kat pusat tahfiz terbabit. Dia kata selama ni mangsa seorang yang ceria dan tak pernah mengadu dipukul. Dia balik bercuti di rumahnya selama empat hari sebelum balik semula ke asrama.

Tiga remaja direman, pusat tahfiz tu sebenarnya tak berdaftar dan diragui…

Tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian pelajar tahfiz yang kita tengah sembang ni akan direman sehingga Khamis ni.

S2
Via Sinar Harian

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan yang maklumkan perkara tu semasa dihubungi media. Macam yang kami kata tadi, Mohammad Aimin disahkan meninggal dunia semasa terima rawatan kat Klinik Kesihatan Lanchang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan mengesahkan pusat tahfiz tu tak pernah kemukakan permohonan kepada pihak MUIP sejak mula beroperasi awal tahun ni dan pihaknya telah mengarahkan supaya pusat tahfiz itu ditutup.

S3
Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. Via NST

Katanya MUIP yang buat lawatan ke pusat tahfiz tu dapati ia diusahakan oleh pasangan suami isteri, dan ada 14 pelajar belajar di situ, namun 10 pelajarnya berulang-alik setiap hari.

“Kami mendapati pusat tahfiz itu tidak menepati syarat dan kriteria yang diwajibkan bagi membuka pusat tahfiz termasuk dalam aspek keselamatan. Malah, jika diikutkan pusat tahfiz yang mahu mengambil pelajar kanak-kanak yang berusia tujuh tahun perlu mematuhi pelbagai syarat lain kerana mereka masih dianggap terlalu muda untuk menguruskan diri sendiri,” – Wan Abdul Wahid Wan Hassan, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Selain keadaan pusat tahfiz tak ikut piawaian, Wan Abdul Wahid kata kredibiliti dan kelayakan satu-satunya tenaga pengajar di pusat tahfiz itu juga boleh dipersoalkan kerana pengajar itu tak dapat dipantau sebab pusat tahfiz tu tak berdaftar.

S4
Via Astro Awani

Dia juga kata – kita perlu pastikan ajaran yang dibawa adalah selari dengan amalan di negara ini, selain tu sekiranya ia melibatkan pelajar usia muda, subjek pendidikan adalah lebih meluas dan bukan hanya menghafal al-Quran semata-mata. Sebab itu, penting untuk ibu bapa mencari pusat tahfiz yang berdaftar bagi anak mereka supaya pendidikan yang diperoleh adalah menyeluruh untuk masa depan mereka.

S5
Via Astro Awani

Dia berharap orang ramai tak mudah menyerahkan tanah sebagai wakaf kepada mana-mana individu yang berhasrat membuka pusat tahfiz kerana ia menambah lagi kepada masalah pusat tahfiz yang tak berdaftar.

Niat baik kena diikut dengan perancangan yang rapi, bukan main bedal je…

Ini bukanlah kes pertama kematian pelajar melibatkan institusi tahfiz. Kami faham niat baik ramai orang nak membentul lebih ramai huffaz. Niat tu baik dah. Cuma niat yang baik perlu diikuti dengan perancangan yang rapi dan silibus akademik yang baik. Setiap pusat tahfiz patutnya mendaftarkan diri diorang supaya pemantauan akan kerap dilakukan. Terutamanya dalam isu-isu keselamatan.

Benda bukan main-main ni, kita tentang sembang pasal nyawa orang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *