Perbincangan Islam dibuli di bawah PH, ini kisah yang ramai tak tahu

Perbincangan Islam dibuli di bawah PH, ini kisah yang ramai tak tahu

Baru-baru ni ada satu perbincangan yang hangat berkenaan kedudukan Islam pada era Pakatan Harapan. Ramai yang dah bagi respon yang macam-macam; tak kesahlah mereka menyokong hujah Ustaz Wan Ji yang merupakan Pengarah Akademik SAUDARA Sosio-cultural Research atau Tuan Haji Aminuddin Yahaya, Presiden ISMA Pusat. Macam biasalah, perbahasan tentang agama ni terbuka dengan pelbagai pandangan.

Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Wan Ji dalam hujahnya; agama ini tertakluk kepada dua yakni agama itu sendiri dan tafsiran terhadap agama. Kami yakin dalam berbincang tentang keadaan Islam selepas PRU14, kita memang sering becakap dalam konteks tafsiran agama. Teks agama tak boleh bercakap, disebabkan itu ia memerlukan tafsiran manusia untuk difahami. OK, pasal hujah-hujah panel, korang boleh tengok video kat bawah ni.

Ustaz Wan Ji ceritakan beberapa benda di belakang tabir, agak menarik

Apabila Ustaz Wan Ji sampai je kat sesi rakaman, Saudari Finaz beritahu dia yang sepatutnya rakaman dilakukan secara live. Tetapi, memandangkan bulan Ramadan, diorang buatlah rakaman Pada waktu tengahari sebab bimbang pihak panelis akan terkejar-kejar untuk hadir wacana tersebut. Al-maklumlah, mesti kedua-dua panel ni nak pergi solat Tarawih, dan mesti ambik 23 rakaatkan? So memang akan rush kalau nak berlari dari masjid ke studio.

Moderator rancangan ni, Finaz kata; semasa dia cadangkan tajuk ni, dia bimbang ditolak. Tetapi, tidak disangka-sangka, pihak “atasan” TV al-Hijrah bersetuju juga. Wacana bermula. Banyak perkara yang dibincangkan. Muqaddimah Finaz, ia menyebut berkenaan kenyataan Mufti Perlis, kononnnya Islam terancam dalam PH.

Pada permulaan forum, antara perkara yang dibincangkan oleh Haji Aminuddin adalah seperti berikut;

  • Islam dibuli dalam PH, kerana perlantikan beberapa jawatan dalam negara terdiri dari kalangan masyarakat Non Muslim.
  • Isu ICERD
  • Isu LGBT – Kerajaan PH dikatakan mengiktiraf.
Rancak berbincang. Via FB

Bagi yang dah tengok video perbincangan ni, Haji Aminuddin kata dia tak setuju dengan pelantikan Ketua Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara(sebelum ni) sebab diorang datang kelompok bukan muslim. Peguam Negara menurutnya penting sebab akan beri nasihat kepada Yangi DiPertuan Agong tentang agama Islam. Untuk isu ICERD pulak, dia kata – sebenarnya triti antarabangsa ni akan benarkan orang daripada murtad, sebab tu dia marah.

Ustaz Wan Ji nyatakan bahawa masalah besar pada Haji Aminddin, dia gagal bezakan antara Islam dan tafsiran terhadap Islam. Berbeza pendapat dalam isu tafsiran, ia bukan bermaksud berbeza dengan Islam. Dalam isu perlantikan bukan Islam dalam beberapa jawatan dalam kerajaan, ia bukan isu Islam, tapi tafsiran terhadap Islam.

Ustaz Wan Ji. Via Yapiem

Ustaz Wan Ji kata kerajaan tak pernah iktiraf LGBT

Dalam menanggapi isu LGBT pulak, saya nyatakan bahawa lebih 10 kali saya dengar dari Dr Mujahid bahawa kerajaan tidak pernah mengiktiraf pun LGBT. Kemudian, Haji Aminuddin menyatakan bahawa maksud mengiktiraf bukan semestinya bercakap mengiktiraf, tetapi dengan berjumpa dengan kumpulan LGBT tu pun macam iktiraf juga. Ustaz Wan Ji kata; itu tafsiran liar yang dia berikan kepada Dr Mujahid. Dia nyatakan bahawa tindakan Menteri itu sebagai sikap dakwah yang dilakukan oleh Menteri kepada kelompok LGBT, sepertimana Mufti Wilayah dan Ustaz Ebit Liew lakukan.

Via Free Malaysian Today

Paling mencuit hati, dalam perbincangan ni apabila Haji Aminuddin kata ustaz Wan Ji adalah “ulama DAP”, terus Wan Ji kata bahawa itu adalah fitnah, kerana dia bukan Ahli DAP, tetapi Ahli PKR; di Pulau Pinang dulu, dia bukan bekerja dengan DAP, tapi bekerja dengan kerajaan negeri.

Kalau ikutkan ustaz Wan Ji ada dua masalah yang ada pada kerajaan Pakatan Harapan hari ni;

  • Kelemahan kerajaan.
  • Ada pihak – golongan muslim liberal yang mengambil peluang.

Ustaz Wan Ji katakan kerajaan PH ada masalah dalam mengurus isu, terutama dari sudut media. Dan dia turut akui, golongan muslim liberal turut  mengambil peluang. Dia juga tambah satu lagi, ia ada kaitan dengan juga propaganda musuh politik PH –  PAS dan ISMA.

Menurut Haji Aminuddin apa yang dilakukan PH dah ada sejak zaman BN

Dalam wacana ni, Haji Aminuddin setuju dengan Kerajaan PH yang mahu memartabatkan Mahkamah Syariah dalam isu RUU 355. Cuma, apabila dibacakan oleh Finaz beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Pihak Kerajaan, seperti konsep rahmat sekelian alam, maqasid Syariah, perkasakan mahkamah Syariah; Haji Aminuddin agak pesimis – dia kata apa yang dilakukan itu sudah ada pada zaman BN lagi.

Haji Aminuddin. Via ISMA

Ketika Finaz bertanya kepada ustaz Wan Ji, apa kerajaan kena buat untuk atasi banyak masalah. Dia sempat sebut 1 sahaja, itu manfaatkan orang-orang bijak agama di Malaysia. Dia ada sebut satu nama, iaitu Dr Rozaimi Ramli – beliau ada kebijaksanaan dari sudut pemahaman teks Islam yang baik dan kebijaksaan dalam logik dan berhujah.

Ustaz Wan Ji simpulkan diskusi tu dengan kongsikan perkara yang disebutkan oleh Bin Bayyah;

  • Bin bayyah pernah berpesan agar sebarang perkara Islam mesti ada empat perkara: adil, rahmat, hikmah dan maslahah. Justeru, sebarang tindakan yang zalim, tidak rahmat – permusuhan seperti perkauman, tidak hikmah – kejahilan dan mafsadah atau kerosakan, ia adalah salah, walaupun dibacakan seribu satu ayat al-Quran dan hadis.
  • Bin Bayyah berpesan agar imej Islam kena jaga. Saya sengaja cakap begitu, untuk memberi ingatan kepada Haji Aminuddin dan ISMA agar tidak merosakan Imej islam.
  • Jangan memfitnah, dan jangan mudah nak menuduh kalangan yang berbeza pendapat sebagai liberal dan seumpamanya. Jangan tiru amalan khawarij yang pernah dipesan oleh Nabi saw dulu.

Ada dakwaan yang kata rancangan tu tak akan disiarkan

Pada hari siaran diskusi ni akan ditayangkan, ada pihak kata yang siaran ni terpaksa ditangguh. Facebook milik Haji Aminuddin menggambarkan persepsi seperti ada arahan agar ia tidak disiarkan. Ustaz Wan Ji pulak, apabila tersebar prinskrin Haji Aminuddin itu, terus dia hantar WhatsApp kepada pihak TV al-Hijrah, tetapi tidak berbalas.

Lawa poster ni. Via Twitter

Walaubagaimana pun, ketika pihak pejabat Menteri hubungi ustaz Wan Ji, mereka berjanji untuk meminta pihak TV al-Hijrah siarkan rakaman itu seperti jadual yang dijanjikan. Hasilnya bolehlah korang tengok melalui video yang awal-awal kami kongsikan tadi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print