Ustaz Halim Ambiya, graduan UIA yang ajar geng-geng punk tentang agama di Indonesia

F1
Ustaz Halim Ambiya, graduan UIA yang ajar geng-geng punk tentang agama di Indonesia

Sebut je “punk”, ramai membayangkan punk ni suatu kelompok atau gaya hidup yang luar dari norma kebiasaan masyarakat. Ada jugak membayangkan dulu punk ni dah kira setaraf dengan kelompok sesat, dan ada kaitan dengan penyembahan syaitan. Black Metal pun dikatakan sebagai sebahagian dari pujaan pulak dah…

Namun di sebalik stigma dan persepsi buruk masyarakat terhadap kelompok punk ni, masih ada yang sayangkan mereka sebagai sebahagian dari saudara seagama jugak. Kali ni kami nak ceritakan kisah Ustaz Halim Ambiya yang tekun ajar anak-anak punk belajar mengaji Quran…

Tasawuf Underground
Via Tirto.id

Ustaz Halim selalu berkongsi ilmu di media sosial, sebelum putuskan untuk lebih tumpukan perhatian pada anak punk dan jalanan

Di Indonesia, komuniti Tasawuf Underground ni memang dah popular dalam kalangan masyarakatnya. Ustaz Halim pun bukanlah calang-calang orangnya, kerana pada waktu dia menubuhkan komuniti Tawasuf Underground ni, dia dah agak terkenal di media sosial dan rajin menulis serta menyunting buku berkaitan Islam.

Lahir pada 12 Julai 1974 di Indramayu, Jawa Barat, dia jugak adalah lepasan pascasiswazah dari International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ustaz Halim Ambiya
Ni lah Ustaz Halim Ambiya.. Via Kumparan

Sebelum tu, dia jugak adalah lepasan Sekolah Menengah Agama (SMA) Muhammadiyah Haurgelis Indramayu serta merupakan graduan ijazah sarjana muda dari Fakultas Ushuluddin, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.

Dia memang dah lama aktif dalam organisasi kemahasiswaan, dunia penulisan hingga banyak kali jadi penyunting buku serta rajin kongsi kata-kata dari para tokoh ulama kat media sosial. Tetapi di sebalik penglibatannya dalam masyarakat, dia rasa tak cukup pulak usahanya untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Ustaz Halim Ambiya (kedua Kanan) Memberikan Ceramah Kepada Sejumlah Anak Punk Di Kolong Jembatan Layang Tebet, Jakarta.
Ustaz Halim (berbaju kuning) tengah berkongsi tentang Islam… Via Ayosurabaya

Pada awalnya, dia cuba mendekati kelompok punk dan anak jalanan yang biasanya berpeleseran di terminal dan pasar. Biasanya untuk tarik perhatian mereka, dia jemput berbincang santai di kedai kopi. Untuk faham macam mana pemikiran sesebuah kelompok masyarakat yang tersisih, ni lah cara terbaik nak mendekati mereka.

Menurut Halim, anak-anak punk ni sebenarnya mempunyai kesedaran kemanusiaan yang tinggi. Budaya punk sendiri banyak kali disalahertikan, sehingga tak banyak yang berani nak tanya dan menghampiri kelompok punk tentang apa sebenarnya tu ‘punk’. Contohnya, anak-anak punk ni akan kumpul duit dari pelbagai usaha demi nak sedekah kat rumah anak yatim je.

Halim Ambiya Jalanan
Via Sinar Harian

Selain dari jadi teman dan guru nak bincang pasal agama, dia jugak bersedia menjadi teman luahan hati dan sembang hal-hal yang lebih berat, seperti ideologi. Bagi Halim, agak penting jugak nak faham dan jadi terbuka nak sembang bab ideologi ni supaya kita boleh elak anak-anak punk ni tersesat ke dalam jalan ekstremisme pulak dah, sama ada dalam aliran Islam ataupun aliran lain.

“Punk secara ideologis radikal, anti-kemapanan, mengkritisi pemerintah itu why not. Tapi, menjadi radikal yang terlalu itu membahayakan. Dikit-dikit bidah itu bahaya,”- Ustaz Halim Ambiya, seperti yang dilaporkan Tirto.id
Punk Hijrah
Punk tak semestinya boleh dianggap sesat.. Via Tirto.id

Islam dah semakin ‘melangit’, Ustaz Halim tanya bila kita nak ‘bumi’kannya semula pada masyarakat

Dalam temu bual yang disiarkan oleh Tirto.id tu jugak, dia turut mempersoal pandangan dan perilaku segelintir masyarakat Islam yang dilihat terlalu selesa dalam dunianya sendiri. Perkara ni ada benarnya. Katanya;

“Mereka terlalu melilit mata. Kita kadang nutup kaca mobil melihat mereka. Agama kita jadi terlalu melangit, tidak membumi. Zikir kita hanya melangit, tidak dihunjamkan ke bumi”

Tasawuf Underground Iqra
Via Tirto.id

Maksud Ustaz Halim ni adalah kadangkala kita sendiri menutup mata dan tak nak tengok pun orang susah atau yang tak mempunyai kelebihan macam kita. Ada orang jaga sangat rutin ibadatnya dan hubungannya dengan Allah, tapi tak langsung menjaga hubungannya sesama manusia. Dalam temu bual lain, Ustaz Halim konsisten mempersoalkan benda yang sama.

“Saya lihat kalau Islam hanya didekati di dunia maya, tak tersentuh, terlalu melangit, tidak membumi. Islam tidak hadir di masyarakat karena itu sejak 3 tahun yang lalu ketika pengajian dari cafe ke cafe, saya berusaha merangkul anak punk dan jalanan,”– Seperti yang dilaporkan Kumparan.com

Tasawuf Underground Punk
Via Tirto.id

Dengan penubuhan komuniti seperti ni, ia seolah memberi peluang kedua untuk membangunkan semula jiwa anak-anak punk yang lesu secara spiritualnya. Dia sendiri tak sangka kelompok punk dan anak-anak jalanan ni berminat jugak nak belajar ilmu agama, dan bersemangat nak ‘berhijrah’ ke jalan hidup yang lebih baik.

Minat tersebut jugak terpupuk dari dedikasi Ustaz Halim tu sendiri, dimana dia dikatakan satu-satunya ustaz yang tekun datang ke tempat mereka setiap hari. Dia berbeza dengan ustaz-ustaz sebelumnya yang pernah mendampingi mereka dan berdakwah kepada mereka.

Punk tak semestinya sesat, masjid pulak tak semestinya untuk segelintir orang Islam je

Kat Malaysia, budaya punk pun wujud jugak dan seringkali hubungan kelompok punk di Malaysia dan Indonesia ni terjalin dengan bentuk-bentuk yang lebih murni, seperti dalam jalan aktivisme. Tak semua kelompok punk tu boleh dikatakan ‘sesat’ secara akidahnya, sebab secara asasnya, punk ni lebih kepada semangat nak tolak perkara-perkara yang mengancam kemanusiaan seperti anti-perang dan anti-kapitalisme.

Punk Indonesia
Sedikit sebanyak ramai jugak pandang serong dengan cara mereka nak tonjolkan semangat.. Via batamtoday.com

Dalam kajian Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah dan Muhammad Takiyuddin Ismail (2016), antara kelompok punk yang menjurus kepada aktivisme kemasyarakatan ni adalah Rumah Api di Kuala Lumpur dan Pangrok Sulap di Sabah. Misalnya, Rumah Api banyak buat aktiviti kemasyarakatan seperti buat pasar percuma Really, Really Free Market dan Foods Not Bombs yang agih-agihkan makanan untuk gelandangan.

Masjid jugak sepatutnya lebih dari sekadar tempat beribadat. Masjid kenalah berfungsi sebagai tempat pertemuan, pendidikan dan kemasyarakatan. Ustaz Halim Ambiya pernah kongsikan kekecewaannya mendengarkan anak-anak punk dihalau dari masjid kerana penampilan mereka sedangkan mereka nak berteduh dan belajar agama di sana.

Rohingya Masjid Johor
Via Malaysiakini

Ketika pandemik ni jugak, kerajaan dah buat sekatan ke atas rakyat bukan berwarganegara Malaysia agar tak menunaikan solat di masjid. Hal ni sebenarnya amat mendukacitakan kami. Ramai rasa ia dah macam menyisihkan sebahagian umat Islam lain daripada beribadat hanya kerana dokumen pengenalan je. Kami harap sekatan ni tak berlangsung lama lah…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top