Parlimen Digital bukti Dewan Rakyat sepatutnya boleh bersidang untuk bahaskan isu rakyat

F1
Parlimen Digital bukti Dewan Rakyat sepatutnya boleh bersidang untuk bahaskan isu rakyat

Seperti yang kami selalu katakan, dalam keadaan krisis, Parlimen diperlukan untuk perbincangan sihat berlaku. Walaupun ada di antara kita yang tak suka dengan ahli politik, kita kena terima hakikat – diorang adalah wakil yang dipilih secara sah melalui pilihan raya. Kerja diorang adalah berbincang dan membina dasar untuk memastikan kebajikan rakyat akan terbel. Lagipun, takde tempat yang lagi baik untuk bincang pasal isu rakyat – selain dari Parlimen.

Kalau sembang kedai kopi atau buat live kat media sosial je, selalunya ia akan jadi tak seimbang. Dekat Parlimen, dasar dan undang-undang boleh diluluskan. Malangnya, sejak Covid-19 melanda negara, kerajaan yang ada hari ni buat keputusan tanpa disemak imbang oleh pembangkang. Situasi macam ni tak baik, sebab kerajaan boleh buat apa je yang diorang suka tanpa sebarang semak imbang.

Kumpulan anak muda ini “ajar” kita macam mana nak adakan perbahasan Parlimen secara atas talian

Kami rasa disebabkan benda ni, sekumpulan anak muda ambik peluang untuk “ajar” kerajaan hari ni tentang kaedah berbahas di Parlimen dengan menggunakan teknologi. Benda nak berbahas di Parlimen ni adalah persoalan nak atau tak nak je. Kalau diorang betul-betul nak berbincang dan adakan sesi perbahasan Parlimen, benda tu boleh je dibuat, gunakanlah teknologi yang ada kan?

Gabungan beberapa persatuan anak muda di negara ini ambik inisiatif untuk anjurkan satu sesi parlimen secara dalam talian yang pertama di negara ni. Ia diberikan nama Parlimen Digital. Dikendalikan oleh Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Rakyat Demokratik, Parlimen Digital himpunkan seramai 222 perwakilan belia yang dipilih.

“Kami mengambil elemen dari prosiding parlimen dan menyesuaikannya secara dalam talian. Kami akan menggunakan sistem perlindungan kata laluan serta ciri ‘ruang menunggu’ untuk para peserta. Selain itu, kami akan menggunakan sistem berasaskan OTP untuk mengendalikan proses undian,” – Eshaan Menon dari United Nations Association of Malaysia, seperti yang dilaporkan AWANI

102373396 127536482320632 8701290850281833543 O
Ternyata program ini disokong oleh ramai pihak. Via Facebook Parlimen Digital

Penganjur Parlimen Digital jelaskan, objektif persidangan ni adalah untuk beri ruang dan saluran kepada anak muda untuk suarakan pendapat dan perspektif tentang dasar-dasar yang perlu dilaksanakan bagi menangani krisis COVID-19. Persidangan ni akan diadakan secara atas talian dalam bahasa Malaysia dan disiarkan secara langsung di platform media sosial untuk tontonan ramai.

Via Giphy

Parlimen Digital telah dilaksanakan pada 4 dan 5 Julai lepas, dengan himpunkan seramai 222 belia untuk berdebat, berbincang dan meluluskan rang undang-undang dan polisi yang perlu dilaksanakan. Inisiatif ini urut mendapat kerjasama daripada badan-badan NGO lain seperti Architects Of Diversity, Projek57, MyHutan, Persatuan Alumni Felo Perdana, Teach For Malaysia selain ahli politik..

Walaupun idea ini dah cukup baik, ada dakwaan para peserta dapat perhatian pihak polis

Sebagai rakyat biasa, apabila kita dengar ada orang anjurkan acara macam Parlimen Digital ni, kita kemungkinan besar tak akan ada masalah. Sebabnya, baguslah ada orang nak bincang apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah COVID-19 ni. Cuma, ada berita yang “tak enak” dah berlaku. Menurut laporan MalaysiaKini, beberapa wakil daripada projek Parlimen Digital telah dihubungi polis selepas diorang tamatkan sidang maya hari pada hari pertama.

Sesi sidang Parlimen Digital hari pertama yang dipengerusikan peguam Lim Wei Jiet berakhir dengan 222 wakil luluskan usul kerajaan perlu lancarkan pakej rangsangan ekonomi yang khusus mensasarkan golongan muda. Setakat ini, tidak jelas sebab-sebab polis menghubungi mereka walaupun pihak penganjur dijangka akan mengeluarkan kenyataan penuh esok.

“Kami tidak tahu mengapa, hanya mereka meminta maklumat peribadi (peserta) dan apa yang berlaku,” – Kata seorang anggota sekretariat Parlimen Digital kepada Malaysiakini.

Benda ni tak sepatutnya berlaku. Via Giphy

Setiap 222 peserta dipilih untuk mewakili kawasan parlimen mereka, sebijik macam persidangan Dewan Rakyat. Anggota Sekretariat Parlimen Digital yang lain beritahu Malaysiakini, setakat ni takde ada jawatankuasa penganjur yang dihubungi pihak berkuasa.

Sebaliknya, polis tempatan dari kerusi parlimen tertentu telah menghubungi perwakilannya, dengan sekurang-kurangnya lima orang daripada lebih 50 wakil yang bercakap awal hari ini didakwa dihubungi melalui media sosial termasuk di Instagram. Keadaan ini sudah tentu akan memberi rasa “khuatir” kepada mereka yang pertama kali menyertai acara berbentuk politik seperti ini. Yalah, siapa je yang tak takut kalau tiba-tiba polis cari kita kan?

Teknologi yang ada sepatutnya digunakan untuk memperkasakan demokrasi, dunia sedang bergerak ke hadapan

Kita kena akui, sekarang segalanya boleh dilakukan di hujung jari atau dari rumah. COVID-19 telah mengajar kita banyak benda, salah satunya – perbincangan politik yang penting sebenarnya boleh dilakukan dalam talian, tanpa perlu mengadakan ceramah-ceramah politik yang selalu berlaku sebelum ini. Dengan perkembangan teknologi yang ada, sayanglah kalau ia tak digunakan untuk memperkasakan demokrasi yang ada di negara kita. Ia sepatutnya dicontohi oleh kerajaan hari ini – tak salah untuk kita belajar sesuatu dari kumpulan anak muda.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top