Ketika makanan sesedap durian jadi punca huru-hara, ini ceritanya

F1
Ketika makanan sesedap durian jadi punca huru-hara, ini ceritanya

Anda perasan tak sejak kebelakangan ni di media sosial ramai betul orang tunjuk diorang tengah menikmati buah durian, kan? Kami tengok pun rasa nak cari durian dan makan ramai-ramai. Negara Khatulistiwa macam negara kita mungkin tak dapat merasa keadaan cuaca 4 musim. Tapi jangan risau, negara kita ada musim durian!!

Sedapnyer duriann. Via Giphy

Musim durian mungkin rahmat buat penggemar durian, atau orang Asia. Tapi lain pula ceritanya di Barat. Kalau kita rasa ‘heaven’ dapat makan durian yang jarang-jarang nak dapat selain pada musimnya, durian ni juga dah certuskan huru-hara di negara Orang Puteh.

Bau Durian disangka gas berbahaya, perpustakaan universiti di Australia keluarkan amaran kecemasan

Tahun lepas, durian dah cetuskan huru-hara di perpustakaan University of Canberra. Kejadian ini berlaku pada Mei 2019 menurut akhbar dalam talian, The Guardian.

Kisahnya bermula apabila satu bau busuk yang teramat kuat melanda perpustakaan universiti tersebut. Bau tersebut telah mencetuskan panik dan semua pengunjung diarahkan keluar untuk mengosongkan bangunan. Pasukan keselamatan dan bomba pun segera bertindak mencari punca “kebocoran gas” tersebut.

Macam ni la kot gaya Orang Puteh bila bau durian. Via Giphy

Sejam kemudian, baru mereka jumpa sebiji durian dalam tong sampah di tingkat 2 perpustakaan tersebut. Siapalah yang makan durian dalam perpustakaan ni? Kejadian bau durian disangka gas bocor ini juga pernah berlaku sebulan sebelum ini di perpustakaan universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).

Lepas dah selesai masalah bau yang disangka gas bocor, perpustakaan itu kembali beroperasi seperti biasa…

Di Jerman pula, 6 orang pekerja di pejabat pos dikejarkan ke hospital akibat durian

Dahsyat betul durian ni, kalau di Australia boleh buat perpustakaan dikosongkan, di Jerman pula, bau durian cetuskan panik di sebuah pejabat pos di Bavaria. Bukan sahaja panik, ada yang sampai masuk hospital kerana ‘mabuk’ dengan bau durian. Seramai 12 orang pekerja muntah-muntah, 6 orang daripada mereka telah dikejarkan ke hospital.

Puncanya datang daripada sebuah bungkusan yang berisi durian. Sebelum parcel itu dibuka, mereka menyangka parcel itu mengandungi bahan kimia berbahaya. Iyalah, bau busuk yang seakan-akan bahan kimia terlarang itu sangat kuat. Tak hairanlah, mereka menghubungi pihak polis dan bomba kerana khuatir akan berlaku letupan.

 

Seramai 60 orang individu yang berada dalam bangunan pejabat pos tersebut juga telah diarahkan keluar bagi tujuan keselamatan. Selepas siasatan selesai, barulah mereka tahu bahawa parcel busuk itu sebenarnya mengandungi 4 biji durian yang dikirimkan kepada seorang penduduk di Nuremberg.

Walaubagaimanapun, menurut laporan akhbar The Guardian, parcel itu telah selamat dihantar kepada penerimanya. Macam-macam hal betul…

‘Smell like Hell, Taste like Heaven’ adalah perumpaan biasa orang Puteh kepada durian

Durian merupakan buah yang paling popular di dunia kerana sifatnya yang begitu unik. Baunya mungkin busuk seperti kentut tapi rasanya enak sekali! Di China, sejak durian dari Thailand diimport ke sana, buah ini menjadi kegilaan ramai. Kemudian, dengan inisiatif dari FAMA, durian Malaysia berjaya mengatasi durian Thailand dengan harga yang lebih mahal di sana. Sebab itulah, durian makin lama makin mahal.

Tapi rugilah bagi orang Puteh, mereka sangka buah sesedap durian ini berbahaya macam bom atom. Katanya “dont judge a book by its cover”, tapi mereka “judge a durian by its odour”. Apa-apa pun, dalam dunia ini, kalau kita tidak bersikap terbuka dan enggan mencuba, kita tidak dapat merasai pengalaman yang menarik seperti rasa makan buah durian,

Oklah, kami lapar pula cerita pasal durian ni. Anda tahu kat mana port makan durian yang best? Kongsikan di ruangan komen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top