займ срочно

Pada awalnya nak bantu adik yang pekak, akhirnya bertukar menjadi kerjaya

F1
Pada awalnya nak bantu adik yang pekak, akhirnya bertukar menjadi kerjaya

Sejak 1986, wajahnya sering terpapar kat kaca televisyen di bucu ruang kecil. Gaya badan dan gerakan tangannya nampak macam lucu, tapi amat berguna kepada golongan pekak yang tengah tengok televisyen di rumah. Haa… bagi sesiapa yang masih tak tau apa fungsi gerakan tangan yang dilakukan oleh jurubahasa isyarat, tu lah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)!

Tan Lee Bee
Selalunya duduk kat hujung skrin tu je…-Via murai.my

Golongan pekak sebenarnya agak sukar nak faham apa yang kita cuba sampaikan kalau setakat nak suruh baca gerakan bibir kita je. Lagipun tak semua orang pekak ni mampu beli alat pendengaran, dan kadangkala alat pendengaran tu tak membantu sangat pun. Jadi gerakan tangan ni amatlah membantu mereka untuk lebih faham apa yang kita nak cakap.

Keluarga selalu sedih mengenangkan adik tak dapat dengar, doa Tan Lee Bee akhirnya terjawab jua

Dalam temu bual yang disiarkan oleh Malaysia Gazette, Tan Lee Bee banyak berkongsi pengalaman dan cabarannya sebagai seorang guru bahasa isyarat dan jurubahasa isyarat dulu. Anak kelahiran Labis, Johor ni dibesarkan dalam suasana keluarga yang besar, iaitu 11 orang adik beradik. Bapanya merupakan guru besar sekolah Cina manakala ibunya bekerja sebagai penoreh getah.

Lee Bee Keluarga
Lee Bee dan sebahagian dari keluarganya.. Via Youtube

Salah sorang adiknya tu tergolong dalam golongan cacat pendengaran, jadi ibu bapanya selalu sedih melihat nasib adiknya tu. Mereka sekeluarga selalu doakan adiknya yang pekak tu supaya “disembuhkan” dari keadaan cacat pendengaran tu. Dia pun berdoa jugak, tapi dia tak sangka doanya dijawab pulak dengan cara yang tak disangka-sangka.

Lepas SPM, dia sanggup temankan adiknya yang pekak tu untuk bersekolah di sebuah sekolah khas kat Kuala Lumpur sebab adiknya masih tak biasa sangat dan tak nak ke sekolah. Jadi dialah yang temankan adiknya tu ke sekolah dan sempat tengok bagaimana pelajar sekolah khas belajar. Usai balik dari sekolah, adiknya akan ajar pulak Lee Bee pasal gerakan isyarat dari frasa-frasa mudah seperti ‘selamat pagi’ dan ‘terima kasih’.

Suasana Sekolah Pekak
Suasana sekolah pekak dulu-dulu.. Via Youtube

Dia tak rasa kekok belajar bahasa isyarat, sebab dia sedar mengenai keperluan nak faham bahasa isyarat tu sebagai cara nak berkomunikasi dengan adiknya dan golongan pekak yang lain. Lama-lama belajar tu, dia pun dah bina kemahiran berbahasa isyarat sehingga membolehkannya jadi guru bahasa isyarat di sebuah sekolah pekak. Tu pun berkat kesungguhannya belajar dan mempraktiskannya dengan kawan-kawan pekak lain.

Dari guru bahasa isyarat takde sijil menjadi jurubahasa isyarat yang buat Tun Hasmah pun terpegun

Kemahirannya berbahasa isyarat banyak memberi manfaat kepada golongan pekak, terutamanya dengan kaedah pengajarannya yang baharu dan dah senangkan penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada golongan pekak.

Tan Lee Bee Full
Via Harian Metro

Masa dia jadi guru bahasa isyarat dulu, dia perasan anak-anak murid dia takde masalah nak faham gerakan tangan tu. Tapi bila sudah bab nak faham bahasa Bahasa Melayu formal, ramai tak berapa faham konteks dan maksud ayat tersebut.

Untuk menyelesaikan hal ni, Lee Bee ambil inisiatif ajar maksud ayat tu dengan lakonan serta ekspresi wajah yang lebih sesuai. Sebab tu lah sampai sekarang, korang boleh tengok sendiri bagaimana Lee Bee menyampaikan sesebuah maklumat tu dalam bahasa isyarat. Dia banyak gunakan mimik, ekspresi muka serta pelbagai gerakan tangan.

Tan Lee Bee Jurubahasa Isyarat
Mungkin nampak lawak lagaknya, tapi beginilah cara penyampaian maklumat yang berkesan… Via Twitter

Dia jugak pernah terlibat dalam bidang penyiaran menerusi program bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM pada 1986. Sudah semestinya dia adalah calon terbaik yang dipilih menjadi jurubahasa isyarat untuk isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Tun Siti Hasmah dalam suatu program. Lepas habis program tu, ternyata Tun Siti Hasmah begitu terpegun dengan kemahirannya tu.

Pada 1988 tu, dia akhirnya berjaya dapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran dalam kemahiran berbahasa isyarat ke Universiti Tennessee. Selama ni dia memang takde sijil dan pendidikan formal dalam bidang penyampaian bahasa isyarat, namun kesungguhannya membawa hasil (dan dirinya) ke Amerika Syarikat.

University Of Tennessee
Antara bidang utama Universiti Tennessee adalah bahasa isyarat untuk orang pekak… Via Centre of Deafness, UT

Sepulangnya dia dari Amerika Syarikat, dia menyambung perkhidmatannya sebagai jurubahasa isyarat di RTM dan terus komited melaksanakan tugasnya menterjemahkan berita untuk golongan pekak. Dengan cara ni, takde alasan untuk semua tak tau perkembangan terkini yang disiarkan dalam berita.

Tanggungjawab jurubahasa isyarat lebih getir ketika negara dilanda pandemik COVID-19, pastikan semua faham arahan penting

Dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19, korang boleh tengok sendiri bagaimana rakyat membantu sesama sendiri dan berkempen untuk terus menyumbang semampu boleh kepada kelompok yang memerlukan pertolongan dengan #KitaJagaKita.

Tan Lee Bee dan jurubahasa isyarat lain pun boleh dianggap sebagai hero Malaysia jugak. Kata Lee Bee, dia sebagai jurubahasa isyarat memikul tanggungjawab penting iaitu dengan menyampaikan maklumat penting dengan tepat dan mudah difahami kepada golongan pekak.

Pkp Tan Lee Bee
Agaknya macam ni lah kot cara nak bagi mudah faham.. Via murai.my

Dia dengan rakan sekerja lain akan ambil giliran untuk jadi penterjemah bahasa setiap hari, terutamanya untuk siaran rasmi seperti perutusan Perdana Menteri dan laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan. Korang pun boleh bayangkan sendiri tahap kemahiran yang harus ada untuk jurubahasa isyarat dalam sidang rasmi; dah lah kena cepat faham intipati maklumat yang disampaikan, lepas tu nak terjemah lagi supaya ia senang difahami… fuh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top