Insurans adalah industri yang haram?! Ini beberapa istilah insurans yang korang kena tahu

F1

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami banyak membincangkan persoalan insurans kepada para pengikut setia ORANGKATA. Tujuan kami bincangkan isu insurans ni adalah untuk beritahu kepada anda semua – insurans merupakan sesuatu yang penting dan tak boleh dipandang ringan. Kita tak boleh salahkan masyarakat semata-mata kalau kadar pemilikan insurans di Malaysia masih rendah, sebabnya masih ramai yang tak tahu insurans ni umpama payung yang akan melindungi diri kita.

728 X 90

Hari ini kami akan mengajak korang untuk memahami beberapa istilah penting dalam insurans. Untuk mengetahui bagaimana selok-belok dalam dunia insurans ni, kita haruslah tahu terma-terma yang selalu digunakan oleh syarikat insurans. Dia macam ni, ada terma yang kadang-kadang kita dengar cukup menakutkan – padahal ia tidaklah sesukar yang kita fikirkan.

Tabarru’ yang membawa maksud perkongsian tanggungjawab untuk hari-hari yang memerlukan

Salah satu istilah yang korang kena tahu dalam industri insurans adalah Tabarru’. Untuk pengetahun korang, tabarru’ ni merupakan satu bentuk mewakili tanggungjawab yang dikongsi bersama di kalangan ahli-ahli masyarakat untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang telah mengalami musibah atau kesulitan. Konsepnya mudah – andaikan dalam satu lorong tu ada lima rumah. Kelima-lima rumah tu bersetuju untuk buat satu tabung kecemasan untuk mereka.

1
Tabung itu akan digunakan untuk membantu ahli-ahli yang berada dalam kecemasan. Via https://calcitecu.com/

Beberapa bulan selepas diorang buat tabung kecemasan tu, salah sebuah rumah telah dimasuki pencuri. Barang-barang berharga dalam rumah tu licin dikebas oleh si pencuri, dan pemilik rumah terpaksa tanggung kerugian yang besar. Disebabkan tabung kecemasan ni dah dicipta – si pemilik rumah akan mendapat wang dan ganti rugi dari tabung tu. Cuba bayangkan kalau tabung tu tak wujud, dia akan rugi macam tu je. Nampak tak konsep dia kat sini? Berkongsi risiko.

Konsep ini digunakan oleh insurans konvensional dan takaful, tapi memiliki perbezaan dari segi mekanisme dan pengertian. Oleh sebab nak bahas benda ni agak panjang, kami akan jelas perbezaan dan mekanisme ini pada artikel akan datang.

1
Kedua-duanya ada perbezaan. Via Loan Street

Salah satu benda lagi yang kita sering dengan dalam industri insurans adalah Wakalah. Bagi mereka yang nak tahu, wakalah bermaksud seseorang (muwakkil) melantik satu pihak yang lain (wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Kalau dalam insurans pulak, ada konsep wakil. Selalunya syarikat insurans yang akan memegang wang premium (bayaran) pemegang insurans, dan akan menguruskan duit tu.

Sama macam konsep wakalah, si wakil boleh menerima upah daripada urusan ini. Dalam konsep takaful, ada istilah wakalah bi al-istithmar yang membawa maksud kontrak perwakilan bagi tujuan pelaburan. Maksudnya, pengendali takaful jadi agen kepada pemegang takaful dalam jalankan pelaburan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui. Para pemegang takaful akan dikenakan bayaran sebagai upah ke atas kerja-kerja berkaitan pelaburan yang dilaksanakan oleh pengendali takaful bagi pihak peserta.

Mudharabah adalah salah satu konsep yang paling penting dalam industri insurans

Salah satu terma terpenting dalam industri insurans dan takaful ni adalah isitlah Mudharabah. Ia membawa maksud akad pelaburan kerjasama dalam satu-satu urus niaga di antara pihak yang mengeluarkan modal dengan pengusaha yang akan jalankan urus niaga berdasarkan syarat yang dah dipersetujui. Ia gunakan konsep perjanjian berkongsi keuntungan. Setiap keuntungan akan dibahagikan di antara kedua-dua pihak mengikut peratusan yang dah dipersetujui.

1
Contoh konsep Mudharabah supaya korang senang faham. Via Islam Financial

Cuma, jika berlaku sebarang kerugian, keseluruhan kerugian kewangan akan ditanggung oleh pihak yang keluarkan modal, manakala pengusaha pula tak dapat sebarang ganjaran bagi usaha dan kerja yang telah dilaksanakan. Dia macam ni, katakan korang bagi kami duit korang untuk diuruskan dalam perniagaan – nanti kalau perniagaan tu untung, kita akan bahagikan keuntungan mengikut apa yang kita dah persetujui. Cuma benda ni perlukan ‘akad’ atau persetujuan di antara dua belah pihak.

Kemudian ada pulak istilah yang tak kurang pentingnya, iaitu istilah Hibah merupakan perkataan Arab yang bermaksud ‘pemberian’. Hibah ni kalau ikut terjemahan secara langsung, ia membawa maksud pemberian secara sukarela yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan barang yang diberikan itu mempunyai kegunaan untuk si penerima. Kalau ikut agama Islam pulak, hibah merupakan suatu kontrak pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan.

Ohhh, macam tu rupanya. Via Giphy

Dalam insurans nyawa, benda yang lebih kurang sama wujud, iaitu Penamaan dan Hak Penyerahan Hak Mutlak. Premium insurans nyawa akan dibayar, dan sekiranya berlaku kematian kepada si pemegang insurans, sejumlah wang akan diberikan kepada warisnya. Peninggalan wang ini akan digunakan oleh keluarga si pemegang insurans nyawa untuk mereka memulakan hidup baru dan membayar hutang-hutang yang mungkin ditinggalkan si mati.

Kita boleh lihat dari segi konsep, ada persamaan di antara insurans konvensional dan takaful

Untuk bulan-bulan mendatang, kami akan terangkan beberapa lagi istilah yang penting dalam industri insurans ni supaya korang akan lebih mudah faham. Kita akan lihat bagaimana insurans dan takaful berbeza, dan apa persamaan yang mungkin kedua-duanya miliki. Korang rasa, apa yang menjadi perbezaan terbesar di antara insurans dan takaful? Bagaimana pulak dengan persamaan kedua-duanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *