Sejak kecil kita diajarkan peribahasa – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Peribahasa ni sesuai kalau kita nak berikan kepada mereka yang tak lakukan persediaan untuk hadapi waktu-waktu getir. Macam yang kami pernah kata pada artikel kami sebelum ni, ada orang yang percaya dia tak akan hadapi waktu-waktu getir. Saat kita diberi kesihatan dan keselesaan hidup, memang jarang kita bayangkan hidup dalam kesusahan. Oleh sebab tu kami guna peribahasa sesal dahulu pendapatan, sebab kalau menyesal lepas tu, memang menangis je lah jawabnya.
Korang pulak macam mana? Korang percaya tak yang saat-saat getir berkemungkinan akan datang kepada kita? Atau korang yakin je yang musibah kalau datang pun, boleh je diatasi tanpa lakukan persediaan? Pendirian-pendirian ni, korang tak boleh mintak orang lain jawabkan untuk korang, semuanya terletak pada pilihan sendiri.
Rasa skeptikal orang ramai terhadap insurans masih wujud, industri insurans kena kekal relevan
Salah satu persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi hari-hari yang mencabar adalah mengambil insurans sebagai persediaan untuk melindungi diri dan orang yang tersayang. Kami pernah tulis tentang perbezaan di antara insurans nyawa dan am. Kalau nak cakap pasal kepentingan insurans ni, dah ada banyak gila orang tulis tentangnya. Kami nak permudahkan semua hujah-hujah tu dengan kata; musibah boleh datang pada bila-bila masa, dan korang sepatutnya melakukan persediaan dengan mengambil insurans mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Cuma, kami sedar je, masih ramai orang di luar sana yang masih skeptikal dengan pengambilan insurans. Banyak faktor yang menyebabkan benda ni berlaku, salah satunya adalah ejen insurans yang tak cukup terlatih dan bertanggungjawab memberikan penerangan yang salah kepada pelanggan insurans. Akhirnya, tindakan tak bertanggungjawab ejen-ejen insurans ni telah beri imej yang buruk pada industri insurans. Padahal banyak je ejen yang bertauliah dan mampu berikan korang penerangan yang tepat tentang insurans.
Selain tu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir, masalah rasa tak percaya orang ramai terhadap industri insurans dah wujud sejak 30 tahun lepas, dan masih berlaku sehingga hari ini.
“Seorang peniaga pernah menulis surat kepada isterinya, yang berpindah kerana sakit, dengan mengatakan. ‘Orang insurans ni, cepat mengambil wang kita tetapi lambat melakukan bayaran’. Keadaan yang berlaku pada abad ke-11 masih lagi berlaku sehingga ke hari ini,” – Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Market pada 19 November 2019.
Jadinya, kalau industri insurans ni nak kekal relevan, diorang kena cari jalan untuk pastikan orang ramai tak lihat industri insurans ni sebagai ‘lubuk’ untuk wang orang ramai diambil. Seperti mitos yang diceritakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad tadi, masih ramai yang anggap diorang susah nak dapat duit tuntutan/pampasan dari pembekal insurans. Benda ni adalah hal yang paling penting untuk dijelaskan kepada orang awam, sebelum diorang berfikir untuk jual insurans kepada sesiapa.
Satu lagi benda yang kami nak cakap, pemain industri insurans ni juga kena pastikan pakej-pakej yang diorang tawarkan (insurans nyawa dan am) tidak terlalu rumit untuk difahami. Orang suka beli benda yang simple, sebab ia mudah difahami. Pakej insurans macam pakej ‘Allianz Diabetic Essential’ yang akan memberi manfaat kepada pesakit Diabetes Jenis 2 adalah contoh yang baik tentang produk yang mudah difahami pengguna. Sebab ia spesifik terhadap satu penyakit je, bukan semua, orang ramai pun tak pening nak fikir banyak perkara.
Selain dari beri pelindungan peribadi, pemain industri insurans kena bantu orang ramai ketika berhadapan krisis seperti pandemik
Satu lagi benda yang orang ramai perlu tahu, industri insurans ni sepatutnya bukan sekadar untuk kaut keuntungan semata-mata je. Ia juga perlu berfungsi sebagai elemen untuk membantu membina masyarakat yang ada daya tahan yang kuat. Lebih-lebih lagi ketika dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19, bantuan dan perlindungan amat diperlukan oleh kebanyakan orang. Dekat sini peranan pemain industri insurans amat diperlukan. Ia perlu dilakukan kerana sejak sekian lama kita mendengar insurans adalah ‘pelindung’ pada masa-masa kecemasan.
COVID-19 adalah di antara ‘kecemasan’ terbesar yang pernah berlaku, dan sudah menjadi kemestian untuk pemain industri membantu mengurangkan kesan dari ‘kecemasan’ besar yang dihadapi dunia. Dalam kes ni, kami nak ambik satu contoh, iaitu kempen ‘Allianz We Care Community’ yang dilaksanakan pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Diorang buat benda ni untuk berikan bantuan dan keyakinan kepada rakyat Malaysia dalam masa-masa menghadapi pandemik ni.
“Salah satu inisiatif awal program ini adalah memberikan faedah COVID-19 secara percuma kepada pelanggan dan bukan pelanggan Allianz Malaysia. Melalui ‘Allianz We Care Community’, kami berharap dapat mendorong rakyat Malaysia yang bimbang dengan senario terburuk untuk merasa yakin dan selamat dalam keadaan baru. Setiap kategori faedah (Standard, Advanced, dan Premium) akan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Disember, dan merangkumi pelepasan tunai setelah diagnosis COVID-19, kemasukan ke hospital, dan faedah kematian kerana COVID-19,” – Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Market pada 27 Mei 2020
Kita patut bagi kredit pada tempat yang perlu, dan apa yang dilakukan oleh syarikat Allianz ni patut diberi pujian. Selain daripada risau dengan keadaan kesihatan kita semasa COVID-19, apa yang lebih merisaukan adalah keadaan ekonomi kita sekiranya kita dijangkiti COVID-19. Pelepasan tunai untuk mereka yang dijangkiti COVID-19 ni pastinya akan beri kelegaan kepada pelanggan Allianz Malaysia. Selain tu, Allianz Malaysia tawarkan faedah tambahan berkaitan penjagaan kesihatan tanpa bayaran kepada rakyat Malaysia melalui program seperti pembukaan hotline untuk pertanyaan perubatan, e-baucar farmasi, diskaun untuk Pakej Pemeriksaan Kesihatan, fisioterapi secara atas talian, bimbingan kesihatan digital dan banyak lagi untuk menjaga kesihatan menjaga kesejahteraan mental dan fizikal rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19. Nampaklah syarikat ni nak bantu orang ramai, termasuklah mereka yang bukan pelanggan Allianz Malaysia.
Masa untuk sediakan payung sebelum hujan, korang boleh bermula dengan insurans hayat
Kami pun dah banyak sembang pasal kepentingan persediaan menghadapi musibah. Hahh… ini kami nak cadangkan kepada mereka yang belum ada insurans tu, sekarang adalah masa yang terbaik untuk korang fikir masak-masak untuk kaji dan dapatkan perlindungan insurans. Salah satu insurans yang korang kena dapatkan adalah insurans nyawa (hayat). Pelan insurans hayat penting untuk pencari nafkah tunggal keluarga, sebabnya kalau berlaku kematian atau hilang upaya kekal si pencari nafkah, polisi insurans hayat akan berikan perlindungan untuk keperluan paling asas keluargnya.
Oleh kerana insurans hayat bawak maksud untuk jaga kesejahteraan keluarga, ia akan jadi tonggak penting dalam perancangan kewangan seseorang dan keluarga. Penting untuk merancang dan mempersiapkan sebarang kejadian yang tidak diduga kerana keluarga tak harus dibebani dengan usaha untuk memenuhi tanggungjawab kewangan yang ditinggalkan oleh si mati. Korang juga boleh dapat pengecualian cukai kalau ambik insurans hayat ni. Jadi, apa tunggu lagi?