Maka tibalah waktunya filem yang mendapat perhatian hampir semua kaki panggung wayang. Filem Avengers: End Game yang ditayangkan selepas subuh 24 April 2019. Setelah kebanyakan kaki-kaki panggung ni solat Subuh berjemaah di masjid, mereka akan segera pergi ke pawagam untuk menyaksikan filem ni. Jadi jangan terkejut kalau nampak tok imam yang guna serban pergi tengok sekali.
Kami pun tak tahu nak cover pasal apa tentang filem ni, setiap angle dah ditulis oleh pelbagai media. Setelah berbincang, sambil tengok member baca Yassin tiga kali sebab Nifsu’ Syaaban katanya. Kami pun diberikan ilham untuk tulis lima cara paling mengarut, Thanos akan dikalahkan oleh pasukan Avengers. Bila benda-benda macam ni, idea mengalir macam air.
1. Ant-Man masuk ke anus Thanos, dan besarkan diri
Banyak-banyak teori merepek, kami rasa teori ni paling lawak. Seperti yang dah diketahui seantero dunia – Ant-Man ni ada kuasa untuk kecilkan diri dia. Kami tak nak bincanglah secara mendalam sebab ni artikel jenaka. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergilah tengok movie dia.
Idea ni walaupun kelihatan bangang, tapi masuk akal. Cuba bayangkan apa jadi kalau tiba-tiba Ant-Man menyeludup ke punggung Thanos dan masuk ke anusnya. Setelah Ant-Man mengelilingi anus Thanos sebanyak tujuh kali (sebab sesat tak jumpa jalan keluar), dia boleh je besarkan diri kembali. Akhirnya – BOOMMM. Thanos akan meletup.
2. Klise sikit, Avengers ambik Infinity Stones dan snap dia
Kalau ikutkan trailer panjang yang berbayar End Game (iaitu Infinity War), hampir separuh watak-watak penting dah di-snap oleh Thanos. Paling sedih tentunya masa budak ni pergi sekolah tiba-tiba sampai ke angkasa hanya untuk di-snap. Siapa lagi kalau bukan Spiderman.
Katakanlah team yang ada ni, berjaya kalahkan atau perdayakan Thanos untuk dapatkan semua batu Infinity Stones tu – mereka boleh je snap balik si Thanos ni. Lagipun Captain America dan Ironman dah kamcing balik. Hari tu hampir dapat dah dikalahkan Thanos, tapi mujur Star Lord tu bijak sangat – beremosi. Tapi terima kasihlah kepada dia jugak, kalau dia takda; sudah tentu filem End Game ni takda.
3. Thanos taubat nasuha, lalu snap semula semua orang
Sebaik-baik taubat adalah taubat nasuha, yakni taubat yang bersungguh-sungguh dan menyedari kejahilan diri. Semua orang ada masa silam, tapi orang juga ada masa hadapan yang baik kalau dia mahu berubah. Dalam filem Avengers, kita tak tahu Thanos ni ada agama atau tak. Sebab kalau Thor pun semi-god, Thanos ni salasilah memungkin dia jugak adalah level god. Orang Islam tak boleh percaya eh.
Cuba bayangkan kalau Thanos tiba-tiba rasa – bunuh orang yang tak berdosa itu adalah satu dosa besar dan bakal masuk neraka. Ditambah lagi dia rasa menyesal sebab bunuh anak sendiri – Gamora. Kita tak tahu, disebalik badan Thanos yang ungu, di hatinya ada taman-taman bunga yang mekar.
4. Kembali ke masa silam untuk ambik semua Infinity Stones
Benda ni pun masuk akal jugak. Dalam team avengers tu, ramai je yang bijak-bijak. Tak mustahil mereka berjaya cipta mesin untuk pergi ke masa silam. Memandangkan Time Stone tengah ada di tangan Thanos, mereka kena cari jalan untuk pastikan mereka boleh pergi ke masa silam – apa lagi; mesin masalah.
Kalau MCU ni boleh terima penjahat botak yang berwarna ungu, mengapa tidak mesin masa? Cuba bayangkan macam manalah agaknya Thanos ni masa dia masih kecil. Agak-agak comel tak? Pada masa tu mereka boleh ja pergi ambil batu-batu ni, dan musnahkan. Tapi banganglah macam tu kan? Baik guna mesin masa tu untuk bunuh dia masa dia waktu kecil. Tak pun, masa mak bapak dia tengah bercinta, goda mak Thanos!
Biar bapak Thanos kena tinggal.
5. Kapten Marvel selamatkan semua
Boringlah teori ni. Penat MCU bina momentum filem lebih 10 tahun. Tiba-tiba ada watak baru datang untuk selamatkan keadaan? Tak logik. Bosan. Kami tak nak. Memandangkan teori ni boring sangat, tak payahlah kita tulis panjang-panjang.
Tapi dalam filem Captain Marvel ni, bolehlah kita tengok macam mana imbanya dia. Siap main terbang-terbang bagai. Selamba badak ja dia halau Ronan. Adakah dia kunci kepada kemenangan avengers? Sama-sama kita tunggu.
Jagalah adab masa tengok movie
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tengok movie buat macam pawagam tu rumah dia. Ada yang bawak selimut, tapi selimut dia sama level dengan bau tong sampah. Tak dilupakan juga untuk ibu bapa yang bawak anak-anak. Kalau rasa anak-anak tu suka main masak-masak sampai menangis kat pawagam. Tinggal je kat rumah.
Apa teori best lagi eh? Ada idea tak?