Kerajaan Finland bagi lebih RM2,700 kepada penganggur di negara mereka, ini ceritanya

F1
Kerajaan Finland bagi lebih RM2,700 kepada penganggur di negara mereka, ini ceritanya

Mesti lebih tenang rasa hati apabila korang tak perlu terlalu gusar lepas diberhentikan akibat COVID-19, kan? Kami faham, ramai dah yang dibuang kerja dan ada pulak kata peluang pekerjaan untuk beberapa tahun ni akan lebih sengit saingannya. Graduan pun semakin ramai, manakala pekerja berpengalaman yang terpaksa dilepaskan akan merebut jawatan yang sama.

Bila takde kerja, takde duit. Takde duit, macam mana nak hidup? Haa.. jom tengok bagaimana Finland bereksperimen dengan situasi rakyatnya yang tak bekerja. Selama 2 tahun, mereka dapat duit percuma tiap bulan. Bukan bantuan sekali ye, setiap bulan selama 2 tahun.

Kerja Nurse
Via ILO

Eksperimen Finland hasilkan dapatan yang menarik, inspirasikan negara lain untuk jayakan eksperimen sendiri

Eksperimen yang kami maksudkan ni bukan eksperimen ke atas biologi manusia macam yang selalu digembar-gemburkan berlaku dalam perang dunia dulu. Sebaliknya, eksperimen kat Finland ni merujuk pada prinsip Universal Basic Income (UBI). Kami pernah sentuh pasal situasi industri kerja dan arah ekonomi kita yang boleh menggunapakai prinsip UBI.

Kajian tersebut dilaksanakan oleh kerajaan Finland dan dimulakan pada 2016, seterusnya berakhir tepat pada 31 Disember 2018. Seramai 2,000 orang penganggur dipilih secara rawak dalam lingkungan usia 25 hingga 58 tahun termasuklah yang memang dah terima manfaat kehilangan kerja.

Universal Basic Income Ubi
Via Firstpost

Manfaat tersebut ditukarkan kepada bayaran tanpa syarat sebanyak €560 setiap bulan dan akan terus berlangsung selama dua tahun walaupun mereka dah dapat kerja dalam tempoh. Kajian tersebut jugak dilaksanakan dengan kelompok sampel kawalan seramai 5,000 orang yang dipilih untuk terus terima manfaat kehilangan kerja.

Menurut Kela, kementerian yang selia kebajikan sosial rakyatnya, manfaat kehilangan kerja tu dikira mengikut hari dan jumlah tanggungan isi rumah. Secara puratanya, manfaat kehilangan kerja tersebut boleh cecah €724 setiap bulan tapi ia akan berubah apabila penerima dapat kerja serta masih tertakluk pada cukai.

Kela Finnish Finland Pejabat
Via The Economist

Kedua-dua program kajian ni ada kebaikan dan keburukannya, jadi kerajaan Finland nak tengok yang mana satu perlu diperhalusi dan diteruskan agar dapat beri manfaat terbesar pada rakyatnya. Hasil dapatannya mampu membuktikan bahawa rakyat dan kerajaan tak rugi kalau mengaplikasikan prinsip UBI yang sebenar.

Antara dapatan laporan kajian tersebut yang dikeluarkan pada 2019 adalah:

  • Kepuasan terhadap hidup lebih tinggi dalam kelompok ujian yang terima €560 setiap bulan berbanding kelompok kawalan yang terima manfaat kehilangan kerja
  • Persepsi terhadap tahap kesihatan, kadar tumpuan terhadap hidup dan minat terhadap perkara yang menyeronokkan diri dalam kelompok ujian lebih tinggi berbanding kelompok kawalan
  • Persepsi terhadap kebolehan diri cari kerja dan kesejahteraan kewangan turut lebih tinggi berbanding kelompok kawalan
  • Kelompok ujian turut rasa kesukaran urusan birokrasi akan menurun jika sistem UBI diperkenalkan

Rata-rata pandangan kelompok ujian mengenai UBI sangat positif dan melihat potensi sistem berasaskan UBI ni takkan buatkan mereka rasa malas, sebaliknya lebih mudah untuk mereka rasa selamat dan terjamin untuk cari kerja serta mulakan perniagaan. Atas keputusan kajian tersebut, banyak negara seperti Jerman nak cuba jugak.

Mekanisme agihan kekayaan negara harus terus diteliti, prinsip UBI sebenar boleh bantu ringankan beban

UBI ni bukan semata-mata nak suruh kerajaan bagi wang percuma begitu je. Kajian Finland tak lama sangat berbanding dasar pemberian manfaat kehilangan kerja tu, tetapi yang pasti, kajian tersebut membuktikan bahawa rakyat lebih rasa selamat dan sejahtera nak hidup serta memajukan kualiti hidup mereka.

Via Giphy

Kat Malaysia, prinsip UBI ni dah berkali-kali disebut dan dicadangkan. Dalam situasi COVID-19 ni, rasanya takde salah untuk kita memikirkan semula tentang prinsip agihan kekayaan negara kita kepada rakyat. Jika kita masih dalam keadaan selesa kerana taknak hadapi terlalu banyak perubahan, boleh jadi kita akan terus menggunakan mekanisme yang bermasalah dan tak sesuai dengan keadaan serta keperluan rakyat pada masa hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top